Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^
Malam sabtu lepas, ary dan ris membuat keputusan untuk study di McD Bangsar. Yelah... Kalau duk kat bilik ni, al kisahnya memang tak study lah kan? Asyik nak terlelap je mata ni. Mengenangkan ada 3test pada minggu depan, kami pun bersengkang mata sambil melahap di McD Bangsar.
Setelah habis study, makan, menggedik dengan kamera galaxy ace, kitorang pun balik. Waktu tu area pukul 4pagi. Memandangkan ary mula rasa letih, ary minta ris yang drive.
Di persimpangan Jalan Bukit Pantai, ris memecut laju kereta. Selalunya ris ni memang type bawa perlahan. Ary pelik dan ary tegur cara ris bawa kereta. Ris kata, ada 2mamat motor kat belakang follow kitorang. Ary kata, mana ada motor. Kereta tu,kan? Ris jawab, cuba tengok betul-betul. Motor lah.
Bila diperhatikan betul-betul, memang motor. Memandangkan mereka berjalan seiringan, lampu dari motor itu kelihatan seakan-akan kereta. Ary memang dah kecut perut dah. Terus ary gesa ris untuk pecut lebih laju. Setelah tiba di persimpangan jalan besar, lampu hijau berkelip-kelip dan ary suruh ris kejar lampu isyarat tu.
Waktu tu kitorang dah macam lipas kepanasan dah. Tapi, alhamdulillah. Lepas kami kejar lampu isyarat, mamat motor tu tak dapat kejar kitorang and ary perhatikan motor tu masuk ke simpang lain. Mungkin juga motor tu tak bermaksud untuk merompak kitorang. Tapi jam dah pukul 4pagi kan? Jadi, kitorang pun kena gak curiga. Huhuhu. Rasa-rasanya after this, ris dah tak ajak study mcD lagi kot. Ngeh3...
Silap kitorang juga sebab guna jalan shortcut yang sunyi+gelap. So lepas ni, moral of the story, sila guna main road. Huhuhu.
7 comments:
4 pagi.??
Takut pulak eiqa baca.. :O
Betul2x mungkin dia xde niat nk merompak kita tapi kita pun kena pikir jugak sbb 4 pagi kan..
Nasib baik xde pape jadi..
Alhamdulillah..
ala apa nk takut..korg berdua berkereta.mereka bermotor.klu nmpak suspicious atau diorg mulakan ssuatu yg berbahaya, korg langgar jer la diorg..nnt masuk balai, korunk dlabelkan self defence latu..tp jgn main langgar2 jer.periksa dulu samada mereka tu mmg mat rempit yg nk mrompak...
mesti seram kan....betul2 jgn lalu tmpt sunyi...
tindakan berjaga-jaga... its sokey.
Ish..bahaya tu..lain kali hati2 yer..
mcm2 hal sekang.. so hati2 yer..
bahaya juga tu ary.. lain kali jgn study sampai lwt pagi tau.. skrg ni bahay sgt.. mcm2 boleh jadi... take care ok ary :)
Post a Comment