Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Pihak pembangkan telah mengusulkan cadangan supaya PTPTN dimansuhkan. Namun begitu, pihak kerajaan menolak dan membantah cadangan tersebut. Pihak pembangkang membuat kenyataan sokongan dengan mengatakan bahawa berdosa kerajaan kerana mengenakan faedah yang dikenakan ke atas PTPTN di atas penggunaan wang rakyat sendiri. Tapi, tidakkah terfikir bahawa berdosa kerana berbuat janji dan tidak memenuhi janji tersebut?
Sebelum itu, mari kita letakkan diri kita di pihak yang NEUTRAL. Bukan di parti biru, merah, kuning, hijau, putih dan sewaktu dengannya.
Semasa hendak sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi, kita berebut untuk memohon PTPTN - pembiayaan pinjaman pendidikan yang disediakan untuk meringankan sedikit beban rakyat. Pada masa itu, ada yang sanggup beratur panjang semasa penghantaran dokumen permohonan. Ary pernah merasainya.
Dan sebelum duit PTPTN yang dipinjam itu masuk ke dalam akaun, ingatkah lagi akan dokumen perjanjian yang ditandatangani? Ketika itu, termaktublah perjanjian antara si peminjam dan yang bagi pinjam. Tapi, bila tiba saat untuk si peminjam membayar hutang, si peminjam enggan dan melakukan sedaya upaya agar hutang itu dilupuskan. Rasanya, jika kita berada dalam pihak yang bagi pinjam, apa yang kita rasa kalau orang hutang beribu-ribu tapi taknak bayar?
Ya. Memang duit yang korang pinjam itu duit rakyat. Malah, termasuk duit mak bapak sendiri. Jadi tak salah lah kan kalau duit itu digunakan untuk membiaya pendidikan rakyat secara percuma? - Dialog dari mereka yang ingin percuma sahaja.
Berapa banyak lagi benda percuma yang korang mahu? Bukan semua benda boleh diberi percuma dalam hidup ni. Jika semua benda diberi percuma, rakyat hanya perlu goyang kaki, maka terbentuk lah satu lagi negara muflis seperti negara Greece.
Berapa banyak lagi benda percuma yang korang mahu? Bukan semua benda boleh diberi percuma dalam hidup ni. Jika semua benda diberi percuma, rakyat hanya perlu goyang kaki, maka terbentuk lah satu lagi negara muflis seperti negara Greece.
5 comments:
tak habis2 dengan greece dia~ heheh! ;P
tak salah juga. dua2 ada baik dan buruknya. isu ni jadi propaganda pembangkang untuk menangi hati penuntut yg mmbuat pinjaman di dalam negara. sebenarnya, mereka hanya ingin buktikan dgn pentadbiran mereka, kewangan malaysia mampu menampung pendidikan bg semua rakyat. yakni dari sumber corruption yang terlibat dalam kelompok pemimpin negara skrg, mereka mampu mengubah hala tuju duit tersebut bg kebajikan pelajar. pelajar adalah bakal pemimpin masa hadapan. ilmu adalah hak bg setiap manusia.
Anonymous:
Mungkinkah tiada lagi corruption jika pembangkang menguasai pemerintahan. Keadaan masih akan sama. Corruption masih akan terus berlaku tidak kira siapa yang akan memegang tunggak pemerintahan. Malah, pemerintahan sekarang tidak hanya dipegang oleh kerajaan sahaja. Malah, turut ada pembangkang turut serta.
Maafkan ary jika ary tersilap faham apa yang cuba disampaikan.
awak salah tafsir tentang pendidikan percuma.....
& Malaysia ada dlm ranking negara bersih or sewaktu dgnnye?? malaysia dlm 10 negara paling tinggi corupption... Situ tmpt kita...
ary.. thats why we need some changes in our goverment. cukup2 lah dgn corruption yg ada skrg, ape kate kita beri peluang orang lain utk mentadbir? mereka terdiri dalam beberapa parti yg bercantum, jadi apa2 keputusan akan datang mungkin mereka saling mendengar pendapat pihak lain. mmg pihak pembangkang ada skrg, tp majoriti masih di pihak kerajaan dan sy rasa ary mesti tentu sedia maklum yg suara di parlimen mengikut pada majoriti juga kn? u should check the corruption by Tun Dr M since 199+. orang luar malaysia pun lebih bnyk tau tentang konspirasi dalam malaysia ni ary.. Just for info that i think you must know.
Post a Comment