Wednesday, 21 November 2012

Hebahkan Perkahwinan, Jangan Dirahsiakan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Pagi ini dimulai dengan berita yang merupakan suatu lumrah buat dunia. Meskipun pelik tapi benar. Berita rogol hari ini adalah tentang seorang budak perempuan yang dirogol bapanya sendiri tanpa mengetahui yang itu merupakan bapanya. Malah, bapanya turut tak tahu yang budak perempuan itu merupakan anaknya. Pulak dah? Anak sendiri pun tak kenal? Yang peliknya, mak budak perempuan tu tidur bersebelahan mangsa rogol tu, tapi tak sedar. Maybe kena pukau.. sumber: Berita Harian


Itulah jadinya bila tak tahu keturunan..


Bila lelaki berkahwin satu lagi, dia lebih cenderung untuk menyembunyikan perkahwinan dari pengetahuan isteri pertama. Jika tidak, MELETOP lah dunia. Tapi tidak kah dia sedar yang ini akan memberi masalah pada masa akan datang? 


Contohnya, bila seorang lelaki mengahwini isteri kedua secara rahsia. Lalu dikurniakan seorang cahayamata perempuan. Malang menimpa, lelaki tersebut meninggal dunia akibat kemalangan. Setelah beberapa tahun kemudian, anak lelaki bersama isteri pertama tersebut bertemu dengan anak perempuan isteri kedua. Mereka bercinta lalu membuat keputusan untuk berkahwin.


Dari segi perhubungan, mereka merupakan adik-beradik dan mereka HARAM berkahwin. Tapi, apabila hubungan perkahwinan bapa mereka tadi dirahsiakan, maka tak siapa tahu. Maka, berlaku lah hubungan zina antara adik-beradik dan menghasilkan anak luar nikah. 


See?? Nampak tak masalah tu? Oleh itu, marilah kita beringat-ingat sesama kita. Semoga ianya tidak akan berlaku kepada diri kita dan semua yang berada di sekeliling kita. 


Perkahwinan itu adalah indah dan penuh niat murni. Mengapa perlu dirahsiakan?

2 comments:

Anisa Anuar said...

betul2...kahwin better hebahkan...tunang tu dirahsiakan seelok2nya

Nurul Filzah said...

best .. jadi panduan utk Nurul juga :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com