Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^
Rasulullah s.a.w bersabda dan membawa maksud:
Redha Allah bergantung kepada redha ibu ayah
Murka Allah s.w.t bergantung kepada murka kedua ibu dan ayah
-Riwayat Al-Hakim
Mengalir air mata semasa menonton video ini seawal pagi tadi. Ini merupakan pengisian baru buat ary.
Ada benarnya apa yang disabdakan itu. Suka untuk ary kongsikan pengalaman ary. Masih ingat lagi interview ary dengan Smart Focus? Pada mulanya, ary dilarang untuk ke interview atas sebab-sebab keselamatan yang menjadi isu oleh ibu dan ayah. Tapi, kedegilan ary mengatasi segalanya.
Maka, sepanjang perjalanan ary ke sana untuk interview, ary dihadap dengan pelbagai ujian dan rintangan. Cuaca hujan, jalan jem sehingga memaksa ary berjalan kaki. Membuatkan ary tampil dengan pemakaian yang selekeh kerana lecak-lecak yang dipijak. Diganggu oleh mat rempit ketika perjalanan. Beg duit tertinggal setelah separuh perjalanan, dan banyak lagi. Itulah yang terjadi bila ary lakukan tanpa redha ibu dan ayah.
Jadi, ary harap supaya korang tidak ulangi lagi kesalahan yang ary lakukan. Sentiasa memohon keredhaan dari kedua ibu bapa korang dengan harapan apa yang dilakukan diredhai Allah. Insya-Allah..
1 comment:
syg mama dan papa :)
Post a Comment