Saturday, 24 November 2012

Kenapa Ary suka menonton Glee?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Glee merupakan rancangan drama siri berbahasa inggeris yang ditayangkan di saluran FOX. Glee juga sudah memasuki musim ke-4. Ary mula mengikuti glee sejak musim ke-2. And sampai sekarang, ary tak pernah miss walau satu episod pun. *Alangkah indahnya if ary tak miss membaca al-quran walau sehari pun,kan?*


Why I would love watching Glee?

  • It's musical. Salah satu elemen kegemaran ary adalah muzik. Glee ini adalah berkonsepkan musical di mana pelakon-pelakon akan menyanyi dan menari untuk beberapa babak tertentu. Malah, terus terang ary cakap, ary lebih mengikuti lagu-lagu inggeris apabila lagu tersebut dinyanyikan dalam Glee. Contohnya, lagu Everyone's Talk. Biarpun lagu tu dah lama, tapi ary mula minat nak dengar selepas tonton episod 5 glee - The Role You Were Born To Play.


  • Glee memaparkan realiti sebenar dalam satu masa. Realiti sebenar kadang-kadang tidak dapat diterima oleh masyarakat kita. Contohnya, isu hubungan sejenis yang dipaparkan melalui watak Blaine, Kurt, Brittany dan Santana. Ianya membuatkan Glee di-protest oleh beberapa pihak. Dan ary tertarik pada perkara baru yang ditampilkan Glee baru-baru ini iaitu berkaitan dengan Dyslexic.
  • Pelakon-pelakon yang sedap mata memandang. Hehehe. Itu sesiapa pun akan tertarik. Kalau dah pelakon dia hensem, cantik dan comey belaka kan? 
  • Glee would improve my english^^ Biarpun bahasa inggeris yang digunakan dalam Glee adalah diibaratkan bahasa inggeris pasar, namun begitu, glee dapat menambah pengetahuan dari segi vocabulary, penyusunan ayat, etc.

  • 4 sebab tu cukup tak rasanya? heheheXD

    1 comment:

    ◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

    suke sb lagu n tarian dorang best sgt.. pelakon memg tak cantik kiranya mcma kebnyakkan student biasa...

    hasil tulisan arisyalee.blogspot.com