Wednesday, 24 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Teaser Episod 10


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Izzue menghantar Shera pulang ke kolej seperti biasa. Tapi kali ini, dia berpegang pada 1keputusan. Sewaktu Shera meninggalkan telefon bimbitnya pada Izzue sementara waktu, Izzue mengambil nombor Hazrin dan save ke dalam telefon bimbitnya. Dia mendapat akal pada pagi itu dan dia perlu bertindak.


Izzue menaip mesej dari telefon bimbit miliknya lalu dihantar kepada Hazrin. Apabila Shera kembali semula, telefonnya berdering. Panggilan itu dari Hazrin. Shera menyambut panggilan tersebut. Izzue membuat muka selamba meski dalam hati rasa berapi.


Sesudah beberapa minit Shera meletakkan panggilan, Izzue mendapat mesej balas dari Hazrin. Izzue tersenyum dan kembali membalas mesej Hazrin. Tak sampai beberapa saat, Hazrin membalas dan Izzue hanya tersenyum melihat kata "Thank You" dari Hazrin.


Mengapa Hazrin mengucapkan terima kasih? Mengapa pula Izzue tersenyum? Apa yang dihantar oleh Izzue kepada Hazrin sebenarnya? Segalanya pasti terungkap dan kita akan tahu siapa yang dia pilih.


Credit: Google


Kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu
Tapi kau memilih untuk yang satu itu
Yang paling dungu
Yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu dan hati kau pecah beribu.

(#SeksiOvari: Fazleena Hishamuddin)

6 comments:

Sam Banjamin said...

hmmm... pakat2 ape la ngn hazrin tu...

Cik Kay Jue said...

adeh.. ckj pun da terjebak sama dalam cerita berepisod ary.. hehehe..

apa la yang izzue ckap kat hazrin...
apa jadi lepas tu? huh?

yana said...

tak sabar nak tau kesudahannyeeee! dupdap dudap jantungg. hehe :3

Miziey said...

Mohon buat filem untuk kisah ni. Drama pun boleh. Heheh.

Tinta Lana said...

Salam.

Ary..rasa mcm..izzue n shera kembali bersatu..kan kan? hahaha

ceh..memandai je. Berkomplot apa deme ni..hazrin tu..rsa mcm nama mompuan pun ada.

cik amal said...

Kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu
Tapi kau memilih untuk yang satu itu
Yang paling dungu
Yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu dan hati kau pecah beribu.

suka sangat2 ayat ni

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com