Friday, 12 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Kantoi (Ep. 3)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Jam menunjukkan pukul 11 malam dan ary berjalan keluar dari kolej. Terlihat kelibat Izzue baru keluar dari sebuah KEMBARA. Kelihatan Izzue tersenyum. 


"Der, dari mana je?" Ary menegur mamat yang sedang senyum tiga suku tu.


"Baru lepas makan dengan Shera," Makin tersengih mamat ni.


"Eh? Dah baik dah? Hari tuh muncung, mengadu memanjang kat aku," Ary mengusik Izzue. Izzue ajak ary duduk di meja batu dekat dengan pintu masuk kolej. Macam panjang je cerita mamat ni. Dan memang betul sangkaan ary, Izzue mula bercerita dengan panjang lebarnya.


=========================================================


Izzue keluar date dengan Shera seperti yang dijanjikan. Biarpun tidak seperti yang dirancang, Shera masih menunaikan janjinya untuk berjumpa dengan Izzue. Dan ketika Shera ke ladies, Izzue membelek-belek handphone Shera. Bukan hobi Izzue untuk membelek handphone Shera selalunya, tapi entah kenapa hari itu jarinya gatal sangat. 


Dibuka INBOX dan Izzue terkedu.




"Syg, kita gi makan jom? I have to get back early. Nanti mama tanya," Shera datang semula dari ladies tepat pada masanya.


"What is this,b??!" Izzue menunjukkan mesej yang membuatkan darahnya naik. 


"Syg, I can explain.. " Pappp! Belum sempat Shera explain pada Izzue, satu tamparan dari Izzue melekat pada pipi  Shera.


"What are doing,b?? Why are you being like this?? What's this??" Izzue terduduk. Kepalanya mula serabut. Wajahnya ditundukkan, bimbang orang ramai memerhati.


"Fine. Hazrin, the senior I told you before is actually my ex-bf," 


"Then. why do you lied?? When I asked you, is that your ex-bf, u DENY!! B tipu I lagi!!" Izzue mula hilang kesabaran. Tangannya digenggam menahan marah.


"Yes. I tipu. I'm so sorry. I tak buat lagi," Shera cuba menenangkan Izzue. Memohon maaf atas penipuan yang entah keberapa kali. Setelah beberapa minit drama dua ekor ni ditayangkan free di Times Square, Izzue mengalah. Sekali lagi dia memaafkan Shera dan berpura-pura seakan-akan tiada apa yang berlaku.


=========================================================


"Dia tipu lagi?? Kau buat citer ke hape? Shera tu baik kot," Ary seakan tak percaya mendengar cerita dari mulut Izzue. Izzue tersenyum nipis.


"Aku pun tak percaya. Tapi aku  percaya, dia takkan buat lagi lepas ni," Pandangan Izzue dialihkan ke pemandangan malam. 




Ary: Kadang, biar 1000 mahupun sejuta kali ditikam, hati akan tetap rela jika yang menikam adalah orang yang kita sayang.

5 comments:

nazha anua said...

sekali menipu, memang selamanya takleh percaya..

Tinta Lana said...

Salam.

Urmm..betul juga. Kdg2 kebenaran depan mata pun..disebabkan syg, kita buat2 tak nampak je..

#Ary..next week start keja ek.. waa..tahniah! Merasa jugak lana dpt duit raya dari ary..ahahahahh

:: Mrs.Eady :: said...

yup...sekali menipu beribu kali tak percaya..

Sam Banjamin said...

betul macam drama la... aku pun duk ternanti-nanti entry seterusnya tentang dua couple ni.. hehehe...

Tia Fatihah said...

ary! sebiji macam kisah tia. bezanya, sheera is a boy! huahuaaa..

kesian dekat izzue. terlalu menerima. tapi tak apa. bukan salah dia. dia hanya terlalu cinta mungkin.

dan sheera, tak hairan kalau dia boleh menipu lagi untuk menutupi kesilapannya selepas ini.

hubungan yang dibina atas dasar kebohogan selalunya takkan berakhir dengan bahagia. so, sila jujur pada pasangan :)

yp ary, cerita awesome even tia tak baca episod2 yang lain. nanti nak baca. hehe

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com