Tuesday, 16 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Rembau (Ep. 5)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Kereta di parking tepi masjid qariah Kampung Bongek. Ya. Kampung Bongek adalah arah tuju Izzue untuk menjemput Shera kembali. Bagaimana Izzue tahu Shera ada di kampung itu? Izzue log in akaun FB Shera dan stalk wall Hazrin. Status FB Hazrin menyatakan dia berada di kampung Bongek dan Izzue yakin Shera turut bersama.




Izzue menanti Shera yang berjanji akan bertemunya di masjid itu. Itupun selepas diajukan dengan pelbagai ugutan. Ugutan ingin membuat kacau di majlis orang dan seumpamanya. Izzue bukan lagi dirinya yang dulunya selalu cuba berkelakuan tenang. 


15minit menunggu, sebuah kereta entah apa jenamanya dipandu menghala ke arah Izzue dan orang yang dinanti turun dari seat pemandu. Shera masuk dan duduk di seat penumpang bersebelahan Izzue.


"Mana barang??" Izzue mula baran melihat Shera datang berlenggang tanpa beg pakaian.


"Syg, please jangan macam ni. I dah kata, jangan datang kan?" Ya. Shera telah memberi amaran supaya Izzue tidak datang. Shera berjanji akan berjumpa dan berbincang dengan Izzue tentang hal ini pada esok harinya.


"Why are you always do this to me,b?? Please!! Why???" Izzue yang tidak dapat mengawal diri, cuba untuk memukul Shera. Memukul wanita yang dia cintai. Shera mengangkat tangan untuk melindungi diri, menahan pukulan dari Izzue.


"Then,LEAVE ME!!" Izzue tersentak. Matanya merenung tajam mata Shera mencari kebenaran di sebalik kata-kata Shera sebenatar tadi. Jantung Izzue berdetak lebih laju.


Izzue hilang kesabaran dan menekan pedal minyak menghala keluar ke jalan namun Shera mengangkat handbreak bagi menghentikan kereta. Suzuki swift merah terhenti serta merta.


"Fine! If you nak I balik, let me drive!" Shera keluar dari kereta dan memandu kembali kereta yang ditinggalkannya tak sampai lima minit tadi. Izzue mengekori rapat kereta yang dipandu Shera dalam jarak yang dekat. 


====================================================


Perjalanan dari Rembau ke KL ditemani suasana sunyi. Tiada suara. Tiada penjelasan. Tiada kesal untuk diluahkan. Hanya ada zikir "Astaghfirullah Al-Azim" yang meniti perlahan di bibir Shera apabila Izzue memerli dan hanya air mata yang menemani Izzue mengenangkan kasih yang telah berubah.



7 comments:

Neo89 said...

Pergh! guwa tak sangka guwa follow kisah ni. Ni memang kisah benar atau kisah yang benar-benar direka sebenar-benarnya?

ary_lee said...

This is a TRUE story. I'm trying my best to write based on story told by Izzue^^

Please pray for his happiness^^ Ameeeeeen^^

Keli Menari said...

huu makin parah..sian dia..harap dipermudahkan..

Sam Banjamin said...

hati saya turut remuk mengenang kisah izzue ni... sedihnya...

nazha anua said...

haha..aku dah kenapa follow cite ni jgk..

izzue ni terlebih bagi hati dia..perempusn ni pulak memang dah tak dak hati dah pun kat mamat ni..

clash jela izzue..dah mcm org gila cinta dlm drama..

nazha anua said...
This comment has been removed by the author.
Tinta Lana said...

Salam.

Lana pun terjebak sama.

Kuatnya rasa kasih izzue dkt shera, smpai sanggup drive ke rembau.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com