Thursday, 18 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Pujuk (Ep. 7)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ary lapar malam tu. Tapi memandangkan budget dah takat hujung tanduk di hujung sem ni, ary cadang nak beli burger Abang Kerol je. Jimat sikit. Huhuhu. 


"Abang Kerol, beger ayam satu!" Hehe.. Memang macam tu lah ary bila interact dengan siapa-siapa pun. Bajet gengster. HahaXD    Pusing-pusing je ary nampak Izzue tengah duduk di meja batu. Dia order burger gak kot.


"Woi! Haha! Kau pehal tak reply whatsapp aku semalam?" Sekali lagi ary teriak dan kali ini pada Izzue pula. Izzue hanya memberikan senyuman nipis. Ok. Ary salah timing pula ntuk teriak kat dia. Adehhhh..


"Aku gi jumpa Shera tadi. Aku nak pujuk dia balik pada aku," OK. Mamat ni bercerita tanpa belum sempat ary tanya. 


=================================================


Hari Izzue seperti tidak tentu arah selepas Shera membuat pilihan. Segalanya kacau dan serabut. Ketika bekerja, dalam solat, fikiran Izzue hanya pada Shera. Semasa menaip, air matanya jatuh. Coin parking lupa dibayar dan macam-macam lagi. 


Dalam perjalanan pulang ke kolej dari Kota Damansara, entah kenapa, Izzue memandu Suzuki Swift miliknya ke arah Bangi. Bangi - Di mana Shera berada. Secara tiba-tiba, dia terasa ingin memujuk Shera untuk kembali semula padanya. 


Ditemani hujan lebat, bersama dengan poket yang diisi tidak sampai RM10, fikirannya ligat memikirkan cara untuk membuat kejutan dan memujuk Shera. Setelah 3jam menempuh kesesakan lalu lintas, Izzue tiba di kawasan perumahan Shera. 


Dan tiba-tiba dia mendapat akal. Izzue membeli sebuah drawing block dan marker pen. Apa yang terlintas di fikiran Izzue adalah dia berdiri di hadapan rumah Shera bersama tulisan di drawing block tersebut. Dengan harapan Shera will say "YES" to him. 


Izzue melangkah dengan laju dalam hujan. Di bibirnya terukir sebuah senyuman. Izzue yakin Shera akan kembali padanya. Ya. Shera adalah miliknya. Itu bagi Izzue. Bagaimana pula dengan Shera? 

6 comments:

Sally Samsaiman said...

cepat la sambung :)

coklat susu said...

simple tapi best even baru bc eps 7 :)

coklat susu said...

best2 da bc dri eps 1 hehe sambung la lg

Tinta Lana said...

Salam.

Lana rasa..shera mcm tak mau lagi je.. eh,tak baik lana ckp camni, :D

Ary.. lana rasa, sambil menulis cerita sbnr, ary cuba berlatih menulis kan? am i right? Jujur lana habaq..ary memang boleh menulis. Lebih baik kot dari lana skrg ni. Teringin nak menulis cerita, or cerpen, tapi sampai skrg..pendek mcm entry2 yg ada tu lah,keh3

Sam Banjamin said...

dah dah la tu izzue... move on je la... huhuhu..

Aujinz said...

oooo... payoh payoh kalau dah sayang nie..

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com