Thursday, 2 August 2012

Environment Biasa di Masjid/Surau Sepanjang Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Semalam, ary ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat SUNAT tarawikh. Saja je nak caps lock perkataan sunat tu supaya kita sentiasa beringat yang ianya bukan lah wajib seperti solat lima waktu. Keadaan di masjid sudah menjadi semakin lengang.


Dengan hanya 4 saf di bahagian lelaki dan satu saf yang tidak penuh di bahagian perempuan, tarawikh ditunaikan. Ary ingat lagi waktu first day tarawikh, ramai yang datang sampaikan nak duduk tahiyat akhir pun berhimpit. Huhuhu. 




Biasalah tu. Mungkin ada yang sibuk berniaga di bazar ramadhan. Ataupun penat balik dari kerja atau buat kuih raya, etc. Mungkin juga ada yang buat di rumah. Tak apa lah. Tak dosa pun kalau tertinggal tarawikh.


Seperti mana gambar di atas tu terbahagi, bulan ramadhan juga dibahagi kepada 3fasa - kerahmatan, keampunan, keselamatan dari api neraka. Setiap 1fasa mengandungi 10 hari. Dan sekarang kita berada di fasa kedua - keampunan. *ary baru tahu sebenarnya pasal fasa-fasa ni. 

7 comments:

Cikgu Ma said...

standard la tu kalo g solat pun hangat2 cokodok

kerisperak said...

comey gambar tu, sy pun baru tahu pasal fasa tu.. terima Kasih kongsi kt entry ni..

Kesuma Angsana said...

mmg biasa macm tulah saban tahun !

Ety said...

Ary ! Kebetulan. Ety baru je cakap2 dengan mak pasal awal2 di surau, ramai yg datang, bila nak dekat habis Ramadhan dah kurang dah. Padahal hari2 yg terakhir tu la yg perlu kita kejar.

Takpe la, kita bersangka baik pada mereka. Ety pun tak perfect sgt nak cakap lebih2. Hee :)

p/s : Ary, thanks you tentang 3 fasa tu. Baru tahu :)

nadia said...

benda ni memang biasa berlaku.
oohh, baru tau fasal fasa2 tu. thank for sharing

Riswin Zahari said...

owh baru tau psl 3fasa ramadhan ni..
=P

Tinta Lana said...

Salam.

Ary..tmpt tinggal lana..saf nya masih penuh..penuh dgn Bangladesh Muslim..

Uhuuu..mana tah rakyatku (-_-)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com