Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^
Ary baru je lepas shopping baju raya. Tahun ni, ayah telah memberi sedikit peruntukan untuk setiap anak-anaknya. Jadi, ary boleh gunakan peruntukan yang ayah berikan untuk beli semua persiapan pakaian raya. Dari atas sampai bawah. e.g baju kurung, tshirt, kemeja, jeans, sandal/kasut, etc.
Jadi, hari ni ary nak kongsi cara shopping raya versi ary. Dan fokus kali ini adalah pada shopping PAKAIAN raya.
Harga merupakan aspek penting bagi ary bila ary nak membeli pakaian baru. Ary akan cuba dapatkan harga yang berpatutan untuk setiap barang yang ary beli. Apa yang dimaksudkan dengan berpatutan bagi ary? Bersesuaian dengan nilai semasa memakainya.
Contoh: RM30 untuk sehelai baju lengan pendek adalah mahal buat ary. Tak kisah lah jenama apa pun. Sebab baju tu akan di-cover dengan cardigan or jacket. So, nak buat apa mahal-mahal kan?
Macam shopping semalam, semua baju lengan pendek untuk perempuan mahal-mahal belaka. Semuanya RM25++. Then, ary temankan ibu ronda di bahagian pakaian lelaki. Tiba-tiba je ary terpandang sehelai baju lengan pendek.
Eh?? Baju pompuan ke jantan ni?? Sebab baju tu berwarna pink terang dan cutting nya seakan-akan baju perempuan. So, lepas usha harga tshirt tu, ary pun decide nak beli. Ada kesah baju tu baju pompuan ke jantan? Kalau pakai kat badan, nampak pompuan jugak:P Instead of bayar RM30++, ary decide untuk beli baju tu dengan harga RM13.
Then, if beli jeans, ary akan cari jeans yang memberi potongan diskaun yang tinggi. Dan seperti biasa, ary tak kesah jenama apa, janji murah dan jeans itu selesa untuk dipakai. Itu bermaksud jeans itu tidak menyempit dan menyendatkan kaki. Kalau di KL, ary suggest beli jeans di SOGO sebab harga jeans di sogo agak murah. Jeans SAHAJA.
Kalau perasan, ary ada bold kan beberapa perkataan dengan warna biru. Itu antara perkara yang ary akan nilai before beli sesuatu. BTW, dah habis shopping raya? ^^
3 comments:
Salam.
Ary..dah lama dah lana habis shoppg ary, sebulan sebelum puasa lagi,hahahhaa.
Ya,aspek yg lana tgk pun lebih kurg sama mcm ary. Cuma tgk juga jenis barang. Kalau pakaian, bak kata ary, lana pun asal selesa, longgar, labuh, dah cukup. tpi harga sah2 aku nk yg murah2, hahahaha.
tapi kalau kasut, tdg, prefer mahal skit..sbb benda tu salu pakai..so beli yg molek skit spya tahan lama..tpi tetp mencari yg murah juga,ekekekke
harga, jenama, diskaun, selesa...ok kne tulis key point ni. :P
tapi aku biasanya tengok DESIGN > HARGA > SELESA dulu..tp kebiasaanya design cantik tp harga xcantik..sigh
betul betul. jeans kat Sogo, bila time2 raya ni mmg murah gila. handbag pun. harga turun smpai 80% :)
Post a Comment