Saturday 17 November 2012

Peduli Tapi Buat Tak Tahu..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Semalam, Afdlin Shauki ada menyatakan dalam rancangan Maharaja Lawak Mega yang disertainya, Kalau tak undi BOBOI malam ni pun tak apa, tapi salurkan sumbangan untuk mereka yang berada di Gaza. Macam tu lah bunyinya walaupun bukan 100% sama dengan apa yang dicakapkan.


Tahukan korang apa yang berlaku di Gaza? Jika tak tahu, sila google. Jika tahu, apa yang telah korang lakukan setelah berita itu sampai di telinga korang? Ada yang menghulurkan sumbangan dari segi kewangan, ada yang mendoakan keamanan dan keselamatan mereka yang berada di Gaza dan tidak kurang juga dengan ada yang buat tak tahu? Rasa-rasanya korang terdorong di dalam golongan yang mana satu?


Mari kita buka minda kita. Tidak hanya limit pada perkara yang berlaku di Gaza. 


Adakah antara korang yang membaca menggunakan produk berjenama Apple? Atau mungkin Samsung? Sony pula bagaimana? Tahukah korang bahawa salah sebuah supplier raw material syarikat-syarikat tersebut menggunakan child labour (buruh kanak-kanak)? 


Then, apa masalahnya? Ary pasti ada yang akan keluarkan ayat pertanyaan tersebut.


Di saat kita pergi ke sekolah, kanak-kanak itu perlu bekerja. Bayaran yang diterima pula hanya lah berapa sen jika dibandingkan dengan duit belanja yang kita terima setiap hari. Malah, mereka bekerja lebih dari 16 jam sehari. Masih lagi kita tidak peduli bila kita ditempatkan dalam situasi mereka? Boleh kita buat tak kisah bila adik kita yang berumur 13 tahun bekerja lebih 16jam sehari dan hanya mendapat bayaran 70sen sejam?


Boikot? Itu je lah yang selalu kita lakukan. Itu juga yang ary selalu lihat di mana orang selalu nak boikot McDonald kononnya disebabkan wang mereka disalurkan ke Israel. Tapi sejauh mana mampu kita boikot? Lagi-lagi dengan keadaan negara Malaysia yang baru membangun tapi terus menambah hutang dari Bank Dunia untuk bajet akan datang. 


Kita masih perlu mengejar teknologi yang semakin laju membangun ni. Jika tidak menggunakan tablet atau smartphone, kita akan jauh ketinggalan di belakang berbanding negara-negara besar itu. Dilema. Itulah yang berlaku.

1 comment:

maszull said...

assalamualaikum ary...sokong2..:)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com