Saturday 17 November 2012

Terima Kasih, Cinta Hati Saya.. Kontroversi Penutup AIM 19


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Red Carpet yang mengujakan! Lebih-lebih lagi sebab ary minat giler dengan Dahlia Syazwan dari rancangan On Air tu! Malah, persembahan dari Marsha dengan lagu Firework dan Titanium membuatkan ary tak sabar-sabar nak menonton a whole AIM. Boleh juga ary katakan persembahan Marsha lebih baik dari persembahan Nation One Emcees pada AIM yang lepas.




Pembukaan AIM dengan pelbagai jenis versi lagu Anak Kampung juga memeriahkan anugerah lalu diikuti dengan pengenalan pengacara majlis berprestij ini - Aznil Haji Nawawi & Adibah Noor. Jadi, sambil menonton, ary telah siapkan senarai pemenang untuk Anugerah Industri Muzik ke-19.

  1. Lagu Nasyid Terbaik - Doa by Nora J.
  2. Lagu Pop Etnik Terbaik - Kuasa Cinta by Noraniza Idris & Black
  3. Lagu Hip Hop Terbaik - Aku Maafkan Kamu by Jamal Abdillah & Malique
  4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days by Jaclynn Victor
  5. Artis Baru Terbaik - Mojo
  6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di dalam Lagu - Seperti Dulu by Forteen
  7. Video Muzik Terbaik - Sparkle by Yuna
  8. Lagu Pop Terbaik - Patah Seribu by Shila Amzah
  9. Lagu Rock Terbaik - Idola by Azlan & The Typewriter
  10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara - Sudah cukup Sudah by Nirwana Band
  11. Kulit Album Terbaik - unknown *so sorry*
  12. Rakaman Album Terbaik - Hikmah by Nora
  13. Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu - Counting Days by Jaclynn Victor
  14. Anugerah Kembara - Mizz Nina *what?? apapun, congratulations*
  15. Anugerah Sri Wirama - Alleycats
  16. Anugerah Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) - Bahagia Sementara by Jamal Abdillah
  17. Anugerah Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) - Counting Days by Jaclynn Victor
  18. Album Terbaik - SalamMusik
  19. Lagu Terbaik - Patah Seribu by Shila Amzah
Sepanjang AIM 19 ini berlangsung, ada beberapa perkara yang menarik perhatian ary.
  1. Untuk kategori Lagu Pop Etnik Terbaik, semua calon pemenang adalah lagu Noraniza Idris dan lagu-lagunya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya. Jadi, confirm-confirm lah Noraniza Idris & Fedtri Yahya menang. Dan boleh jadi pula waktu tu, Aznil Haji Nawawi & Adibah Noor mengusik - Saya rasa 'bukan' Noraniza Idris yang menang. Ngeh3.. 
  2. Hampa kerana lagu Teman Pengganti by Black & Malique boleh kalah. Tapi, diakui, lagu Aku Maafkan Kamu lebih senang berada di halwa telinga mereka yang lebih berusia.
  3. Video klip Terlalu Mencintaimu by Suki Low turut tercalon dalam video muzik terbaik. Eh? Selama ni ary cari video klip lagu ni, tapi tak ada. Then, bila search di youtube, video tersebut baru di-upload 3bulan lalu. Eh? Buat video klip semata-mata sebab nak join AIM kah? Kehkehkeh..
  4. Kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara. Kena ada permit, kalau tidak Zed Zaidi cari. HahahaXD  Isu Zed Zaidi selaku presiden SENIMAN yang menjaga kepentingan artis tempatan menjadi bahan oleh pengacara.
  5. Anugerah kulit album terbaik, rakaman album terbaik & susunan muzik terbaik di dalam lagu hanya disiarkan sekali imbas. Mungkin untuk menjimatkan masa. Tapi kesian depa.. Macam tak adil je.
  6. Ucapan selamba Alleycat. Orang lama berucap di atas pentas - 43 tahun nak ucap dalam 30saat mana cukup~ HahahaXD
  7. Cara Aznil Haji Nawawi membacakan twitter yang ditaip oleh remaja masa kini menunjukkan betapa rosaknya bahasa kebangsaan pada masa kini. Inilah jadinya bila perkataan cuba disingkatkan secara melampau. Rosak bahasa dibuatnya.
  8. Jamal Abdillah sekali lagi memenangi anugerah kategori vokal terbaik (lelaki) buat kali kedua setelah 19 tahun. Pertama kali, dia menang vokal terbaik adalah melalui lagu Kekasih Awal & Akhir. Ayah ary suka benar Jamal menang sebab dia memang peminat fanatik Jamal Abdillah.
  9. Alahai, Shila Amzah~ Siap salam cinta hati oiii~ Apapun, tahniah shila. 
Tahniah kepada semua pemenang. Jadi, stop watching TV. Nak kemas barang. Cha-chang!

6 comments:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

tak tgok pun... btw tq for hapdate.. takda congok sgt:)

Anisa Anuar said...

most of in the list deserve to win..

cci said...

mmg ohsem..

Cikgu Ma said...

eh bila? x tgk pun...

Azhafizah MN said...

tak tengok lah pulak..tak dapat nak komen lebih2 ^_^

maszull said...

assalamualaikum ary...separuh jer mama dpt tengok ari tu sbb dah terlelap...:)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com