Sunday 7 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Berubah (Ep. 1)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Malam itu, ary rasa pelik bila kawan baik ary, Izzue ajak ary and kawan kitorang yang lain untuk lepak-lepak dan makan. Usually, susah sangat dia nak lepak dengan kitorang. Orang ada awek lah katakan. Duh! Bajet belangkas sentiasa.


Maka, kerana mulut yang agak hawau, ary pun mula membuka bicara ketika di dalam kereta. Kebetulan, kami cuma berdua pada masa itu. Yang lain, naik kereta lain. Sila jangan contohi ya. *Jika manusia berdua, usually ada yang ketiga*


"Shera mana? Tak join ke? Selalu weekend macam ni kau dengan dia," *Shera is actually his gf. 


"Dia kata dia ada wedding event to attend," Riak muka Izzue berubah. Kereta dipandu menjadi semakin laju.


"Dah kau kenapa? Tetiba plak wat muka emo. Gaduh lettew," Bertambah jahat tone ary.Ngeh3.


"Tak lah. Dia tuh dah macam pelik. Previously dia tak macam ni. Selalu, dia pilih untuk hangout dengan aku compared to keluar dengan family dia. Plus, bukan lama pun lagi aku kat KL ni," FYI, si Izzue ni orang Pahang. So, after 2weeks which is before the end of our 4years study, kitorang akan balik ke kampung masing-masing.


"Kau ni.. Dengan family dia kot. Dulu, kau yang beriya-iya suruh dia selalu spend masa dengan family dia," 


"Yes. But bukan dengan ketepikan aku terus macam ni. Dia dah janji dari sebulan yang lepas. We already plan this since last month lagi. But now, dia asyik tolak, reject aku je. Kau faham tak perasaan aku??" Tetiba je mamat ni tinggikan suara pada ary.


"Beb, kalau ya pon, slow down lah sikit kot bawak kereta ni. Aku tak kawen lagi," 


"Dia dah berubah,beyh. Dulu, bila aku buat-buat merajuk waktu mesej, dia cepat-cepat call. Bila aku xreply, dia cepat-cepat send mesej lagi 2-3kali. Dia dah lain. Lain sangat,"


Situasi dalam kereta bertukar menjadi senyap sunyi. Perjalanan untuk makan Nasi Lemak Hanjeng di PJ terasa seperti lama dan jauh biarpun dekat je sebenarnya.




Ary: Manusia akan berubah tapi sayang itu untuk selamanya. 

5 comments:

Unknown said...

ops... ni la masalah or bercinta ni kan... mesti kawan tu jiwa kacau dibuatnya... anyway.. penulisan kamu menarik!

Teena Tna said...

Hmm, boleh dibincang bersama...

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Bukan ke manusia memang akan sentiasa berubah.

Berubah kerana family, luangkan masa dgn family, lana rasa izzue tak patut emo kot,ekekeke. Mandai je ak kan,hehehe

Tapi ary, betul la kan.. Selagi tak merosakkan perhubungan kira ok la. Ni dahagakan perhatian ni,keh3

Unknown said...

nk baca story ni smpai episod terbru. saja bgitauuu.. ngehehe

Cik Kay Jue said...

suka ayat ary ni.. "Manusia akan berubah tapi sayang itu untuk selamanya."

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com