Tuesday 30 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Terakhir (Episod 10)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Hari ni hari terakhir ary di kolej. Dah tiba masa untuk meninggalkan kolej yang menjadi tempat teduhan selama 4tahun di UM. Yang meng-spoilkan rasa touching adalah, ary ada LAPAN kotak yang ary nak kena angkut sorang-sorang! Cis! 


"Nak balik Melaka dah ke?" Ary kenal suara yang menegur semasa ary masukkan baran-barang ke dalam kereta. Suara Izzue. Izzue tersenyum tapi jelas kelihatan bahawa senyuman itu hambar. Tiada keikhlasan dan penuh kepura-puraan. 


"Assalamualaikum," Ary memberi salam. Saja nak mengusik kawan ni buat kali terakhir.


"Hahaha. waalaikumsalam," Izzue duduk di atas batu yang menjadi divider parking. Nampak seperti akan ada cerita yang akan diluahkan. Macam biasa lah tu..


=========================================




Izzue menaip mesej dari telefon bimbitnya. Pada mulanya, dia hanya nak send 1 je. Tapi disebabkan terlampau banyak benda yang harus dipesan, 1 menjadi 2. Malah, hendak masuk menjadi 3 mesej tapi dia cuba ringkaskan. Mesej itu adalah untuk Hazrin. Hazrin.


"Jom kita lunch," ringkas sahaja apa yang datang dari mulut Shera. Marah Shera pada Izzue masih belum hilang. Belum sempat izzue bertanyakan keinginan selera buah hatinya itu, telefon Shera berdering.


"Nak makan ni. Nanti dah sampai, owang call," Reaksi dari Shera semasa mengangkat panggilan telefon membuatkan hati Izzue berkecamuk. Tapi dia masih cuba mengekalkan senyuman di bibir. Hari ini adalah hari yang tepat. Tak lama selepas Shera meletakkan telefon, telefon Izzue pula berbunyi menandakan ada mesej yang perlu dibaca.Senyuman nya makin obvious membuatkan Shera curious. 


"Mesej siapa tu?" 


"Adalah," Izzue tersenyum nakal sambil membalas semula mesej yang diterima. Dan tidak lama selepas membalas, dia tersenyum apabila membaca mesej yang menyatakan "Thanks". 


"Siapa je? Bak sini phone,"Shera cuba merampas telefon bimbit Izzue. Pergelutan berlaku antara mereka buat seketika. Tapi Izzue melepaskan telefon bimbit dari tangannya apabila dia tahu yang once Shera NAK, dia kan tetap NAK tahu. 


"Sayang! What are doing?? Why are you texting Hazrin?? Ya Allah... I promise to him that you will never text him!" Nampak rasa kecewa di wajah Shera apabila mengetahui Hazrin adalah orang yang mesej dengan Izzue.


"I cuma nak tinggalkan pesan pada dia supaya jaga b elok-elok. I taknak lepaskan b sebab I nak jaga b. I risaukan b. kesihatan b. But I realize yang b perlukan dia lebih dari I. So, I rasa dah tiba masa untuk I berundur," Izzue menggenggam tangan Shera dan Izzue tahu itu mungkin kali terakhir dia mampu berbuat demikian. 


Suasana di dalam kereta menjadi senyap sunyi. Tiada suara. Biarpun telah tiba di kolej pengajian Shera, mereka berdua hanya membisu. 


"Dah. Gi naik dan solat Asar. Till we meet again,b" Air mula kelihatan bertakung di mata Izzue. Dia cuba bertahan. 


"Sayang, if satu hari nanti, b nak balik pada sayang balik, boleh?" Satu hari nanti? Kenapa perlu akan datang,b? Kenapa tidak sekarang? Itu apa yang Izzue fikirkan ketika Shera bersuara. 


Shera mencium tangan Izzue buat kali terakhir seperti yang biasa mereka lakukan sebelum ini. Izzue masih lagi mengekalkan senyumannya. Mata makin berkaca. Dan air mata terus mengalir apabila Shera menutup pintu dari luar kereta dan berlalu.




=========================================


"So, kau dan Shera dah tak ada apa-apa lah?" Betapa directnya soalan ary pada Izzue. Menyesal pun ada bila tanya soalan macam tu.Izzue tersenyum dan mengangguk perlahan.


"Jauh di sudut hati, aku masih lagi berharap,Ary," Izzue tertunduk. Mungkin cuba menyembunyikan rasa hatinya pada masa itu. Ary hanya memandang. Tak tahu apa yang perlu dikatakan. Biarpun simpati membaluti hati.



9 comments:

sizziey darliana said...

sad ending .. kesian izzue...

Cik Kay Jue said...

huh... sedih... kesian izzue

FN said...

T.T

yana said...

sedih T_T

nazrul ali said...

wise decision..bagi dia dgr lagu firman-kehilangan..

coklat susu said...

sedihnya...huuuuu :'(

Unknown said...

keputusan bijak....

Tinta Lana said...

Salam.

Walaupun rasa berat, ini yang terbaik sbnrnya buat tiga2 pihak..terutamanya izzue..

Soal perasaan, bukan boleh dipaksa2.. Manusia sangat unik ary..ada fizikal, ada rohani. Kita mungkin boleh menipu fizikal, tapi bila roh terseksa, terpancar keluar rasa2 yang tak best tu.

Harap izzue jumpa org yg baru :) Of course susah nak lupa, tpi masa adalah ubat terbaik ^^

Izzue couple ngan ary jelah..eh,keh3 :D

Unknown said...

Pergh! guwa rasa sebak pulak. Tsk.. tsk.. T^T

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com