Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^
Pernah diajukan soalan seperti tajuk entri kali ni? Selalunya ungkapan seperti itu ditujukan pada masa-masa seperti di bawah:
1) Bila individu tersebut dah malas nak layan. Tapi condition ini selalunya bila yang bertanya itu adalah kanak-kanak.
2) Bila individu tersebut sedang mengejar masa dan nak cepat. So, daripada mengambil masa menjawab dan menjelaskan, individu tersebut lebih prefer untuk kita cuma buat tanpa banyak bertanya.
3) Bila individu tersebut dah tak tahu nak jawab apa. Ini kes taknak menyerah kalah. HahaXD
Bertanya. Itu lah satu-satunya perkara yang digalakkan ketika di dalam kuliah, seminar mahupun mana-mana perjumpaan ilmu. Tapi selalunya, kalau dalam kuliah fakulti ary, everybody dalam mode silent. Secara tiba-tiba kuliah yang hingar-bingar ketika lecturer sedang bercakap berubah menjadi hening seperti filem bisu dan masing-masing menoleh kanan kiri melihat yang lain.
Tapi ada juga di mana bertanya itu tidak perlu. Tapi untuk sesetengah perkara sahaja terutamanya hukum-hakam agama. COntohnya, Kenapa pula lelaki boleh kahwin empat tapi perempuan tak boleh? Ary tertarik untuk meng-quote satu perenggan yang ary terbaca di laman web lain. Ulang sekali lagi. Quote di bawah bukan milik ary lee. CUma disampaikan semula.
"The muslim's basic rule is to follow the commands without trying too hard to understand precisely why a text commands or forbid something. But if he has some knowledge of the reason behind the commands, then praise be to Allah. Alhamdulillah"
Terpulang untuk setiap individu samaada untuk ambil tahu atau tidak tentang hikmah di sebalik setiap suruhan. Tapi suka untuk ary beri andaian. Bayangkan ada 2 doktor, A & B. Kedua-dua ada ijazah & merupakan A student. Tapi A sahaja yang mampu explain kenapa prosedur perubatannya adalah sebegitu rupa sambil menampilkan fakta dan huraian yang bernas. Tapi B hanya mampu mengucapkan, dah buku kata macam tu. Rasanya, which one adalah doktor yang better?
Update 25hb Feb 2013:
Ary mendapat respon dari seorang teman. Katanya dia tidak bersetuju dengan pendapat ary. Katanya, bertanya tentang Islam itu bagus. Hujahnya, kalau kata orang tanya, "Kenapa pula lelaki boleh kahwin empat tapi perempuan tak boleh?" Tak boleh ke tanya soalan tu? Bila soalan tu ditanya, ianya akan membuka minda tentang hikmah sesuatu hukum.
Boleh. Bertanya tentang hukum hakam agama ini sememangnya boleh dan digalakkan tapi jika ianya sehingga membebankan pemikirnya, tak perlu lah bertanya dan berhentilah berfikir. Takut-takut akan tersalah akidah pula nanti.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud:
"Syaitan akan mendatangi kamu dan bertanya, siapa yang mencipta itu dan ini? Siapa yang mencipta itu dan ini? Sehinggalah syaitan akan bertanya: "Siapakah yang mencipta tuhanmu?" Sekiranya ia berlaku, maka hendaklah dia meminta perlindungan daripada Allah s.w.t dan berhenti memikirkannya." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Entri ary ini tidak bermaksud untuk mengharamkan perlakuan bertanya tentang hukum agama. Tidak juga menafikan The Power of Questioning. Cuma ary ingin katakan, bertanya tentang hukum-hakam agama yang boleh membebankan lalu membawa kepada permasalahan akidah adalah tidak digalakkan.
Perkongsian entri ini juga adalah kerana pengalaman ary sendiri yang pernah memikirkan sesuatu yang menafikan kekuasaanNya. Astaghfirullah Al Azim. Bak kata pensyarah ary, curiosity is good. But the curiosity should be controlled^^