Tuesday, 31 December 2013

Semua Ex Saya adalah Kawan Saya Tapi Bukan Awak..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Berjalan perlahan sambil membaca komik di tangan. Terdengar seakan suara manusia bernama lelaki dan perempuan sedang bertelagah. Perlahan langkah dihentikan. Ary mendiamkan diri, cuba memasang telinga.


"Why? Kenapa kita tak boleh jadi kawan? Macam you dengan Suzanne. Both of you pernah bercinta 5 tahun, but still you kata dia kawan you kan? But kenapa I tak boleh?"


"Sebab I betul-betul cintakan you! If I benarkan you jadi kawan I, maksudnya I have to face the truth that I can't accept! Bukan sebab I taknak, tapi I tak boleh. Just go away from here!" Ary melihat perempuan itu pergi meninggalkan lelaki yang sedang tertunduk teresak-esak. Ary kenal lelaki itu. Siapa dia? Biarkan rahsia.


"Kalau kau sayang dia, kenapa kau suruh dia pergi? Kenapa kau tak cuba stand for her? Plus, jadi kawan pun cukup kot. Asalkan dapat spend time dengan dia," Ary mula mencelah. Biarpun ary dapat lihat tangisan yang mengalir dari seorang lelaki.


"Untuk apa jadi kawan ary? Aku boleh jadi kawan dengan semua ex aku, tapi bukan dia. Sebab aku betul-betul sayangkan dia. If aku terima jadi kawan dia, hati aku ni takkan dapat baik. Aku akan terus berharap agar dia kembali pada aku. Dan hati ni masih sakit. Masih sakit,"


Ungkapan "Masih sakit" seakan-akan berdengung di telinga. Ary faham apa yang dia rasa. Kadang, kita perlu membuang seseorang yang kita sayang secara fizikalnya - Unfriend di Facebook, berlagak tidak pernah mengenali, etc. Bukannya sebab kita dah lupa pada dia. Bukan juga sebab kita dah move on. Tapi sebab kita nak kurangkan rasa sakit. Tapi pasti kesakitan itu masih ada. Biarpun hanya secebis.

What Happened to You on New Year's Eve?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Pada malam tahun baru, di setiap sudut lokasi atau di mana jua, ary pasti banyak perkara yang berbeza yang sedang berlaku di keliling kita pada malam ini. 


Mungkin ada yang berduka. Mungkin ada yang sedang berbahagia dan bergembira. Ada yang memilih untuk berpisah. Dan mungkin ada yang baru saja berkenalan. Malam tahun baru ini mungkin membawa seribu erti pada sesetengah orang dan sesetengah lagi mungkin merasakan tiada erti yang perlu ditafsirkan.


Ary pula hanya menghitung masa. Dengan harapan, diri ini dapat 'bernafas' semula. 

Saturday, 28 December 2013

Lonely? Boring? Need Girlfriend?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Setelah habis melepak di sekitar Sunway South Quay pada jam 2-3 pagi, dan ketika beransur ke kereta, ary nervous tengok kertas yang diselitkan di cermin kereta. Mana tahu, kot-kot surat saman. Sebabnya, ary tengok cermin kereta orang lain, tak ada pon apa-apa kertas terselit di cermin kereta depa. Dengan pantas, tangan mencapai kertas yang melambai-lambai. *metafora sungguh ayat itu. Ayat nak teater.




Maka terkejut lah beruk melihatnya. Ini mesti kerja warga asing ni. Eja GIRLFRIEND pun tak lepas. Ary rasa, depa ni aim kenderaan tertentu je. Yang nampak macam kenderaan player tu, kenderaan tu lah yang di-aim. Kenderaan je nampak player. Pemandunya setia. GagagaXD   Setia SANGAT! 


Hah! Yang duk gatai tangan nak test market and pi tekan number kat atas tuh, ary babap nanti! 

Friday, 27 December 2013

Secebis Pesan dari #TiketKeNeraka


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Salam Jumaat yang penuh Berkat^^




Sentap? Ary pon = ="

Wednesday, 25 December 2013

Inspired by Just Look at the Picture


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam ^^




That's my wallpaper up until today. Dah sebulan dah pakai wallpaper tu. Because Nikon 1AW1 ni is on my to-get list for 2014. Orang kata, kalau kita nak something, kena tengok gambar benda yang kita nak tu hari-hari. As an INSPIRATION.


Fakta tu terbukti. Sebabnya, salah seorang senior ary layan cerita korea hari-hari waktu dia pregnant. Tup-tup anak dia serupa korea dah.. Jauh benor dengan parents dia. GagagaXD 


Persoalannya, kalau kita nak seseorang, takkan nak tengok gambar orang tuh hari-hari? Kalau bertepuk sebelah tangan, lagi hancur hati kot? HohohoXD 


FYI: 
Just 2 things in my to-get list for 2014 - NIKON 1AW1 & Motorbike. What's yours?

Rabu yang Bisu - Shoes' Fragrance


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^



Tuesday, 24 December 2013

#Status of the Day


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^




Ary bertanya sendiri pada diri. Berapa lama sebenarnya hati yang parah, patah, terluka akan pulih dan kembali seperti dulu? Apakah ianya mengambil masa cuma sekilas cuma? Ataupun seumur hidup? Macam lagu saat terakhir by ST12,"Satu jam saja ku telah bisa cintai kamu di hatiku. Namun bagiku melupakanmu, butuh waktuku seumur hidup".


Apakah masih ada seseorang yang masih kekal dalam ingatan korang sekarang ini? Sedangkan sudah lama tidak bersua muka dan tiada kabar berita? Ary percaya teori ini - Bila kita ingat/kenang/rindu seseorang, dia turut sama merasa. 

Monday, 23 December 2013

Percutian di Penang | Bukit Bendera


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Apa yang special nya tentang Bukit Bendera ni? Setakat ambil gambar je ke? Bukan ada apa pun kat atas tuh. Bla bla bla bla bla dan sewaktu dengannya. Sampaikan orang Penang habaq, "Kalau hang tak pi Bukit Bendera, maksudnya hang tak pi Penang".




Perjalanan ke Bukit Bendera memang menyakitkan kepala kerana korang terpaksa mengharungi pasar pagi *entah apa namanya.tak hengat. Landmark: Temple Kek Lok Sik. Bukan bersebelahan tapi berdekatan. 


Waktu nak beli tiket, memang panjang gilos. Sebabnya, ada beberapa group yang ahlinya SEMUA beratur untuk beli tiket. Sedangkan yang bayar duit tiket tu, seorang wakil je. Memang menyakitkan jiwa dan raga. HohohoXD




Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Bendera adalah menaiki tren sampai ke puncak, melawat Owl Museum, menikmati pemandangan seluruh Pulau Pinang, melawat kuil/masjid di puncak,  Makan-makan di food court, dan.. ermmmm.. ermmmm.. Itu je lah aktiviti ary dan keluarga buat di sana. Not much actually but we spend about 3hours up there. Lama kan? Biasalah.. Bila pergi dengan mereka yang berusia, haruslah memahami. Huhuhu.




Dan sebenarnya, di atas puncak Bukit Bendera ni, ada kawasan perumahan. Bukan lah perumahan yang macam taman-taman perumahan biasa. Tapi lebih kepada perumahan orang-orang kenamaan. Orang-orang yang berduit. Dan jangan terkejut, bila tengok ada rumah haram di celah-celah batu tapi siap pasang Astro. HohohoXD



Sunday, 22 December 2013

Mereka yang Tidak Ku Kenali


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Dipendekkan cerita, ketika perjalanan pulang ke Melaka, ary singgah untuk solat Asar di R&R Seremban. Dah alang-alang lambat, ary solat Maghrib sekali. Disebabkan tak ada bekal air, ary plan nak berbuka selepas solat tu.


Selepas solat Maghrib, secara tiba-tiba akak cleaner di situ pelawa ary minum air Teh O. Seboleh-boleh dia suruh ary minum. Ary hanya mengangguk dan membalas dengan senyuman yang tak berapa nak cute ni. Jadi, sebelum ary chow, ary minum juga air yang akak tu sediakan. 


Terus terdetik dalam hati, hanya Allah je dapat balas perbuatan baik akak tu. The fact is ary memang tak ada duit nak berbuka pun. Bajet-bajet sampai rumah baru nak makan.


 Semasa bergambar, 
Tetiba mamat yang memang TOTALLY stranger ni datang dan join sepupu ary bergambar. 
What the .....???!


Insiden ini membuatkan ary terfikir. Mereka yang tidak kita kenal, boleh je berbuat baik dengan kita. Tapi kenapa kadang-kadang orang yang paling kita kenal akan sakitkan hati kita. Kalau macam tu, let's be stranger to each other.

Saturday, 21 December 2013

Break Up - Simpan atau Buang?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Break up adalah suatu perkara yang menyakitkan. Orang kata, berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. Berat hati mendengarkan cerita Izzue pada suatu ketika dahulu, berat lagi hati ini apabila disakiti. Chewaaah!


Perkara yang terlintas di minda apabila suatu perpisahan berlaku adalah - Nak simpan ke buang barang-barang yang dia bagi? Nak buang, sayang. Nak simpan, terkenang-kenang.


Memang. Sayang sangat nak buang sesuatu barang yang ada kaitan dengan orang yang kita sayang. Apa yang dia bagi, yang dulunya menjadi kesayangan, masih lagi merupakan kesayangan biarpun orang tuh dah berpaling. Tapi, kesannya, diri tuh tak boleh nak move on. Sebabnya akan terus teringat dan dihantui segala kenangan indah bersama.


 


Contohnya, ex-gf/bf bagi baju. "Eh, sayangnya nak buang baju ni. Boleh pakai lagi kot." Dan tanpa sedar, hati akan terkenang, "dia bagi baju ni kat aku dulu. Indah sangat waktu tuh." Hah, nampak tak tuh?


Memang lah baju tu elok lagi. Boleh dipakai dan jangan membazir. Tapi mana lagi penting? Baju atau diri sendiri? Meh ary nak tanya, kenapa perlu sayang pada barang yang tak bernyawa, yang kononnya diberi orang yang kita sayang. Sedangkan orang tuh tak pedulikan kasih sayang yang kita beri pon? Kan?~~ Kan dah membebel. HahahaXD


Bak kata lagu David Archuleta - A little too not over you; 

"Tell me why U so hard to forget
Don't remind me
I'm not over it"


Hati dan perasaan manusia ni macam memori pendrive/external hard disk. Kalau dah penuh, kena delete yang lama. Barulah boleh gantikan dengan yang baru.


Ada yang masih simpan barang zaman dengan si dia yang lama?

Tuesday, 17 December 2013

Percutian di Penang | Rumah Kelahiran P Ramlee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


"Risau.. Batinku menangis risau
Makin kau jauh.. Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh dengarlah jeritan batinku"


Lagu-lagu Allahyarham Seniman P Ramlee memang cukup terkenal. Bukan hanya terkenal di kalangan mereka yang retro. Yang muda remaja macam ary pun boleh lagi menyanyikan lagu-lagu anak kelahiran Pulau Pinang ni. Jadi, dah terlanjur ke Penang ni, ary sekeluarga mengambil peluang ini untuk melawat Rumah Kelahiran P Ramlee yang terletak di Georgetown. 


Landmark: Jalan Perak, Jalan P Ramlee, Padang Brown.




Ary tak dapat pula untuk mengesahkan kesahihan yang "Betul ke rumah ni rumah ORI Kelahiran P Ramlee? Ataupun propa je??". Itu tak pasti ya. Tapi Rumah Kelahiran P Ramlee ni boleh diibaratkan seperti Muzium P Ramlee kerana ia mempamerkan liku-liku kehidupan seorang seniman dari lahir, sekolah, titik permulaan dalam industri hiburan dan detik-detik kejayaan sebagai seorang P Ramlee.






Melihatkan pakaian yang pernah digunakan P. Ramlee, begnya, biolanya, gambar-gambar nya membuatkan ary teringin untuk bertemu dengannya. Dia bukan lah seorang ulamak. Tapi masih lagi sumbangannya kepada industri hiburan atau lebih spesifik- perfileman, mampu menyentuh hati naluri kemanusiaan seseorang.


Tiada bayaran untuk masuk. PERCUMA. Dan sebenarnya dilarang untuk mengambil gambar. Tapi .. Urmmmmm... Sila jangan contohi perbuatan tidak beretika ary yeah.. Yang teringin nak tengok result peperiksaan P Ramlee, meh tengok kat SINI.

Monday, 16 December 2013

Broken heart with 2AM


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat petang^^


Asyik bercerita tentang broken heart je. Teruk benar ke broken heart nya nih? Jawapan ary: Broken arm, broken leg, semua tuh benda yang nampak. Broken heart, tak siapa tahu. Broken arm, leg.. Boleh baik dalam masa sebulan dua. Broken heart mungkin selamanya.


2AM - Salah sebuah kumpulan dari Korea. Yang tak boleh blah, semua lagu-lagu broken heart. Memang seswai sangat diterima halwa telinga ary buat masa ni. 



"In a day I looked at the phone thousand of times
And at  one small sound
I checked so many times to see if it iswas a message from you"





"How was the morning commute for you
How was the warmer weather for you
You who always got cold so easily"





"I wonder if you hurt like me
I wonder if you cry like me
I wonder if you live all day in memories like me"





"My heart is still hurting
I can't hold in my tears
Even though I said I had already  forgotten
Even if I try to lie to myself
Because I still can't forget you"



Tapi yang paling ary suka adalah lagu semasa awal kemunculan 2AM - I can't let you go even if I die. Rasanya sekitar 2009. Lama dah. Tapi masih lagi didengar berulang kali sebab terkena batang hidung sendiri. HahahaXD



 
 
"Even if I'm young, pain is the same
That I don't know well the world
Doesn't mean I don't know the pain
Why did you lie, Saying it will be alright?
This broken heart
How can it be easily heal?"

Sunday, 15 December 2013

Senarai Lagu Persembahan Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 (2013)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat pagi^^


Pasti akhbar esok hari akan memaparkan tentang pencapaian dan kecemerlangan yang ditunjukkan Anugerah Industri Muzik (AIM) 20. Bagi ary, AIM semalam memang hebat. Persembahan, pengacara, pemenang, teaser.. Semuanya HEBAT! Tahniah kepada pihak produksi ^^


Pemilihan lagu persembahan kali ini pun sedap-sedap belaka. Sangat berkesan di halwa telinga. Maka, ary menyenaraikan lagu-lagu yang dipersembahkan. 

  1. Curiga - Ning Baizura
  2. Relaku pujuk - Spider
  3. Lagu kita - Aizat Amdan
  4. I love U - Najwa Latif
  5. Cintaku 100% - Mas Idayu ft. DJ Fuzz, Waris & Juzzthin
  6. Jodoh pasti bertemu - Afgan
  7. Salahkah - Hafiz & Rossa
  8. Masih aku cinta & Zheng fu - Shila Amzah
  9. Hanya aku - Hyper Act
  10. Lebih indah - Dato' Siti Nurhaliza
  11. Ku pendam sebuah duka - Khadijah Ibrahim
  12. Suraya - Zainal Abidin
  13. Kita Insan Biasa - Jay Jay & Dayangku Intan

Tahun lepas, pada AIM 19, Shila Amzah kata,"Terima kasih kepada cinta hati saya..". Tahun ini Shila Amzah datang sorang ke? Ngeh ngeh ngeh.. Tak pe lah,Shila.. Meh lah kita me-nyingle sama-sama^^

Friday, 13 December 2013

Playlist Broken Heart


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Broken heart. Apakah yang menyebabkan seseorang broken heart? 

A- Kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup.
B- Realiti tidak mengikut perancangan.
C- Lain-lain.
D- Semua di atas.

Kalau ary yang perlu menjawab soalan atas tuh, ary akan jawab D- Semua di atas. GagagagagaXD


Dan selalunya, apabila hati tuh tengah broken, benda yang suka dilakukan adalah untuk melayan lagu-lagu yang menusuk ke kalbu. Memang akan mengeruhkan lagi perasaan tuh. Tapi puas hati. Sebab kadang, kata-kata tak terucap untuk melahirkan kekecewaan yang melanda. Hanya lagu yang mampu menggambarkannya. Nak usha playlist ary? Jeng jeng jeng~ ! *poyo*  HahahaXD




Wednesday, 4 December 2013

Sebenarnya "Masih Aku Cinta" Shila Amzah adalah untuk Johan Bukan Sharnaaz?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ary merasakan yang kontroversi antara Johan dan Shila Amzah sengaja dicetuskan selepas menonton video klip lagu "Masih Aku Cinta" by Shila Amzah ni. Atau Warner Music Malaysia memang pilih timing yang betul? Wallahualam. Tapi kalau WMM ambil kesempatan di atas kontroversi mereka, sorry to say, Ary tak berkenan.



Plot video muzik yang ditonjolkan bagaikan memberi gambaran sebenar tentang kontroversi yang melanda Johan dan Shila Amzah. Di mana Shila Amzah sibuk mengejar kerjaya namun masih mengingati Johan. Johan pula patah hati dan move on lalu memilih Lana Nordin. Sejauh mana kebenaran? Hanya mereka sahaja yang tahu. 

Rabu yang Bisu - Keputusan Peperiksaan P Ramlee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^




Monday, 2 December 2013

Percutian di Penang | Padang Brown Hawkers


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^ 


Memang susah nak cari makanan melayu di sekitar Pulau Pinang. Ary masih ingat yang ary hanya dapat menjamah Nasi Kandar selama 3hari berturut-turut pada 3tahun lepas. Tapi kali ini, bukan ary nak kongsi lokasi makanan melayu di Penang. Tapi ary nak kongsi tempat di mana korang boleh cari "kepelbagaian" makanan di Penang iaitu Padang Brown Hawkers.




Padang Brown Hawkers ni tak ubah seperti Mapley di Petaling Jaya. Bila bontot bercium dengan kerusi, akan ramai yang mengelilingi dan tanya apa kehendak selera hati. Ibu dan ayah ary yang tak biasa dengan environment macam tu memang buntu dah. Terasa selera di-cut off. HahahaXD




Terus-terang, harga makanan di sini tak menentu. Ada yang betul-betul mahal, berpatutan dan juga murah. Tapi, kalau nak makan Pasembor, toksahlah. Sini memang mahal gilos ibu wa kata lu.. HahahaXD

Sunday, 1 December 2013

Percutian di Penang | 3D Art Streets


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Saban tahun, ary akan cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk mencuci mata di tempat orang. Jika tahun lepas, ary memilih Pulau Lagenda Mahsuri namun kali ini Pulau Pinang menjadi pilihan hati. 


Hari pertama dan malam pertama ary di Pulau Pinang ditemani seorang rakan lama ketika di matrikulasi. Dah kebetulan dia orang Penang, ary pun luahkan lah keinginan untuk merasai pengalaman di 3D Art Streets




3D Art Streets ni terletak di area Georgetown. Landmark untuk mencari lokasi 3D Art Streets adalah China House atau Masjid Kapitan Keling atau Nasi Kandaq Beratur.


 Pada mulanya, expectation ary adalah terdapat lukisan 3D di sepanjang jalan. Tapi expectation ary silap sebab rupanya lukisan 3D yang ada perlu dicari. 





Hampir setiap jalan ada 1 lukisan 3D tapi kena pandai cari lah. Ary agak beruntung sebab ada orang Penang yang boleh duk tunjuk jalan-jalan yang mempunyai lukisan menarik. Kalau tak, mahu sesat juga rasanya.  Antara jalan-jalan yang mempunyai lukisan 3D adalah Armenian Street, Cannon, Street & Acheh Street.




Environment di kawasan ini macam environment Jonker Street di Melaka. Banyak bangunan di sini yang masih mempunyai rekabentuk klasikal cina. Dan yang membuatkan ary excited adalah, sepanjang perjalanan jalan kaki ary, ary jumpa 3masjid dan 1tokong. So, ary tak tahu di mana kebenaran statement kononnya melayu/islam diperkecil di Pulau Pinang?




hasil tulisan arisyalee.blogspot.com