Tuesday, 30 September 2014

Burger Kukus Jalan Rejang di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat 5 Zulhijjah^^


Ary tak pasti jika ini satu-satunya cawangan "Burger Kukus Jalan Rejang". But then, this is my first time jumpa burger kukus. Location: Bersebelahan gerai PCJakarta.


Apa yang special nya? Burger je pun. Tapi teknik memasak burger ini berbeza. Selalunya, burger dimasak dengan teknik bakar/goreng. Dan diketahui ramai, makanan yang dibakar atau digoreng tidak bagus untuk kesihatan. Untuk bacaan lanjut, boleh lawat blog Ris yang dah lama tak ter-hupdate. 




Apa beza burger Original & Supreme, bang? Burger original abang guna daging yang dah diproses macam daging Ramly tu. Supreme tu daging dia tebal sikit dan 100% asli tanpa tepung, dan bahan pengawet lain. Kekdahnyaaa...

Yang menarik, logo abang ni macam ada unsur-unsur Manchester United (MU) lah. Glory glory Manchester, bang! Haha!


Monday, 29 September 2014

Lagu untuk Semua Situasi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hari Isnin^^


Tak perlu lah nak ber-blues sangat. Today is Monday! U are supposed to be hyper and active. Sebab Isnin adalah permulaan untuk hari-hari yang mendatang. Done with motivation hari ini.




Ary ada satu habit - menyahut dialog orang lain dengan lagu. Sampaikan kawan-kawan ary tanya, "Wei, kau memang ada lagu untuk semua benda ke?".




It's just naturally happened. Ada ajer lirik lagu yang terlintas di kepala ni bila terdengar/terbaca apa-apa perkataan. Ada bakat macam ni, sayang kalau tak gunakan. Sayang sayang sayang.. Kamu dah berpunya. LOL. *tak ada kaitan.


Sunday, 28 September 2014

Pisang Cheese Jakarta di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Puasa sunat ke hari ni? Ye lah.. Hari ni kan dah 3 Zulhijjah. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas RA bahawa Baginda Nabi SAW bersabda yg bermaksud : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Tapi ini kan waktu selepas berbuka. Rasanya tak ada masalah untuk baca entry berkaitan makanan.


Lokasi kali ini adalah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Exact location adalah stall yang terletak di lorong between Restoran Kelisa dan Warung @Bangi. Landmark lain: Pusat Rawatan Islam Az-Zahra, Poliklinik An-Nur. *Kotttt




Untuk order, sila ke stall PCJakarta, dan beri pesanan korang pada pekerja dia. Selepas order, korang akan diberi number keychain. Lepas tu duduk lah mana-mana meja korang suka. Minuman pula boleh order dari Restoran Kelisa. PCjakarta pilihan ary waktu tu adalah Crunchy Oreo




Bagi Ary, Pisang Cheese Jakarta ni macam pisang goreng biasa je. Bezanya, atas pisang goreng tu ditabur cheese dan oreo. So, after this, boleh lah cuba menu ni kat rumah kan? Kos buat kat rumah rasanya less than RM3 kot^^




Friday, 26 September 2014

Tips for Brokenhearted - Phase 1: Dalam Kenangan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Hari ini jumaat. 


 TGIF? Mungkin untuk sesetengah orang. Mungkin juga tidak untuk yang setengah lagi. Dalam kegembiraan dan indahnya cahaya berseri-seri, ada yang duduk menyendiri. Memandang sepi dunia dengan fikiran yang kosong. Patah hati mungkin? 


Mungkin ada dari kalangan "sendiri" itu, sedang baca tulisan ini. Gara-gara mengoogle - "Cara-cara melupakan si dia", "Tips Putus Cinta", etc etc. Sangat cliche kan? But then, thats the reality. Manusia akan mencari jalan untuk keluar dari kekusutan. Tapi adakah dia pasti dia akan bebas?


Murung. Stress. Depressed. Sedih. Kecewa. Memberontak. Meraung. 


ihsan: Google


Itu semua tanda-tanda anda seorang yang normal. Itu memang normal bila kita kehilangan seseorang dari sisi. Lagi-lagi seseorang yang sering ada menemani. Bertambah syahdu.


"EVEN THINGS THAT DO NOT REMIND ME OF YOU,
REMIND ME OF YOU."


Semua yang dibuat serba tak kena. Pergi mana-mana pun, teringat dia. Malah, seakan bayang dia di mana-mana. Waktu tu, hampir semua orang muka macam dia. Hati menjadi rindu. Kata hati, aku nak kembali hidup aku yang dulu. Tapi betul ke yang kau mahu hidup kau yang dulu? Atau kau rindu perjalanan hidup tika dia bersama?


Tanya soalan itu kembali pada diri kau.


ihsan: Google

 
Dalam fasa ini, kehidupan tidak menentu. Makan minum tidak terjaga. Mungkin juga terlebih makan. Pakai kau tak bersiap. Dan adakalanya, keanak-anakan terserlah. Bila rindu, kau memandang telefon, menunggu kalau-kalau ada mesej dari dia. Berharap. Status "last seen" pada Whatsapp dan wall FB dia, puas di-stalk.  Akhirnya, nombor dia kau dail. Ya. Nombor tu. Nombor yang kau dah delete and save banyak kali.


Tak apa. Kau dibenarkan untuk buat semua tu dan bersendu. Kau rasa nak menangis? Menangis lah. Rasa nak habiskan masa dengan tidur? Tidur lah. Rasa nak bunuh diri? Tanya diri - Is it worthy and are u really sure? Pastikan kau jawab tika kau masih dalam akal yang waras.


Psstttt.. What's your weekend plan?


Tuesday, 23 September 2014

Kalendar Cuti Sekolah 2015


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat malam^^


Rasanya bukan satu kesalahan untuk berkongsi kalendar cuti sekolah. After all, bukan bocorkan soalan exam kan? HeeeeeXD




Mungkin golongan ibu bapa dah boleh merancang cuti untuk tahun depan? Perancangan bercuti yang lebih awal akan menghasilkan perancangan yang lebih teliti dan mungkin boleh jimatkan kos. Siapa tahu? kan?

Friday, 19 September 2014

Explore: Shah Alam, Peace Yooo! | Taman Botani Negara


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


After makan tengahari di Seksyen 2, ary zasss ke Taman Botani Negara. Landmark: Bukit Cahaya, Shah Alam. Parking fee untuk kereta RM3, bas RM5. Masuk parking, bayar. Nak masuk taman botani pun berbayar wokeyyhhhh. Harga tiket dewasa RM3.


Waktu sampai di Taman Botani, kami adik-beradik tergamam. Tunduk. Tengok selipar. Then tengok orang lain. Kasut. Errrrr... Diorang saja ber-jogging kot. *sedapkan hati. The fact is, dalam hati.... Dammnnn! Pehal gua tak tukar kasut ni?




Di Taman Botani Negara ini, korang ada 3pilihan - jalan kaki semput, mengayuh basikal sewa atau berbaris panjang menunggu bas. Harga basikal sewa adalah RM5 sejam untuk sebuah basikal. Tapi ary tak sarankan korang berjalan, sebabnya memang jauh jarak antara pejabat pentadbiran dengan kawasan facilities yang lain. Contoh: Jarak pejabat pentadbiran ke Rumah Empat Musim adalah 2km.




Taman ini mempunyai banyak tarikan. 2 tarikan utama taman ini adalah Rumah Empat Musim (Harga tiket RM3 - RM5 bergantung pada musim), dan juga Skytrex Adventure - untuk aktiviti lasak e.g Flying Fox, etc. Banyak juga tarikan lain seperti Rumah Haiwan, Taman Agro Perhutanan, etc. Tapi itu macam sampingan je lah.






Not bad untuk aktiviti beriadah, rekreasi. Inikan tengah musim sekolah. Boleh bawa anak jalan-jalan ke situ. Tapi jangan lupa pakai kasut dan sediakan air minuman untuk berjimat. Baru kena^^ Dan disarankan untuk pergi di pagi hari. Baru ada masa nak explore!


*Am thinking to treat adik for ATV activity.

Thursday, 18 September 2014

Explore: Shah Alam, Peace Yooo! | 3D Art Street di Laman Seni 2 & 7


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari


Untuk utilize kan public holiday sempena Hari Malaysia, we're having sister outing together. We = ary dan adik. Frankly, sangat nice bila akhirnya ary ada someone untuk keluar sama-sama, except than friend. Nasib badan lah bila single. Phewwww...


Lokasi outing kami adalah Shah Alam. Ha-ha-haXD    Kelakar.. Sebabnya, nak berambus dari KL, baru nak explore Shah Alam. Kawasan-kawasan yang ary explore today pun tak adalah baru sangat buat ary, since ary pernah je menjejak kaki di situ. Tapi ary jadi tourist guide for my sister lah kononnya. *konon-konon lah.




Jadi, destinasi kami yang pertama adalah Laman Seni 2 & 7. Buat pengetahuan, Laman Seni 2 terletak di seksyen 2, yang agak popular dengan ABC dari Pegaga Dessert di Food court Seksyen 2 tu. Art street tu korang boleh jumpa di kawasan belakang kedai. Art street di laman seni 2 agak sedikit berbanding laman seni 7. But then, not bad lah ^^




After having lunch di foodcourt seksyen 2 tersebut, ary dan adik menuju ke Taman Botani Negara, Shah Alam. So, kita skip chapter tersebut buat sementara. Lebih kurang jam 5.30 petang, kami menuju ke seksyen 7. Landmark : Bangunan Jakel yang terletak berhadapan main gate Uitm Shah Alam.




Art street di Laman Seni 7 adalah bersempena dengan Urban Art Competition dan di sebelah setiap art mempunyai nama dan deskripsi bagi setiap art yang dilukis. Ary tak pernah ke Trick Art Museum di i-City. But then, ary yakin, hasil art yang dihasilkan lebih kurang sama. Beza hanya antara percuma dan berbayar. 





Antara deskripsi art di Laman Seni 7


Art Street di Laman Seni lebih kurang dengan Art Street di Penang yang ary pernah share dulu. After all, ada juga benda best yang tak perlu keluarkan duit kan? ^^

Wednesday, 17 September 2014

Wednesday, 10 September 2014

Penipuan Pekerjaan Part Time secara Online


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Semasa skrol News Feed di Facebook, ary terlihat "Buat part time secara online. RM300 - RM500 seminggu. PM for more details." Dengan rasa ingin tahu, ary PM individu tersebut. Bila direply, "Anda perlu membayar RM20 untuk buku manual dan manual tersebut akan menerangkan bagaimana anda mampu menjana pendapatan secara online."


Ahhh.. This is not my first time dealing in this type of fraud. Ini kerana ary pernah terkena cara seperti ini, dan takkan lagi tertipu. In shaa Allah.


Ary kongsikan di sini, antara sebab ary rasa ini merupakan suatu penipuan bagi ary. Ary mengharapkan agar yang menipu akan berhenti menipu dan yang belum pernah merasai tidak akan rugi di hari yang mendatang. In shaa Allah.



Taktik Penipuan Part Time secara Online

Dealer akan mempromosikan part time online yang mudah dilakukan. Kononnya mampu mengikut kesesuaian masa, mampu memberi pendapatan yang tinggi dalam seminggu. Itu antara ayat-ayat pancing kononnya kerja itu mampu masyuk tanpa perlu buat banyak benda.


Apabila di-PM, dealer akan meminta individu (mangsa) untuk membayar sejumlah wang untuk sebuah manual yang akan menerangkan cara-cara nya dengan lebih lanjut. Selalunya, harga manual yang dijual adalah mampu milik. Dalam RM20-30. Selepas duit di-transfer ke akaun dealer, manual akan dihantar melalui email. 


Manual tersebut akan menerangkan cara untuk menjual manual itu sendiri kepada orang lain. Maknanya, part time yang digembar-gemburkan adalah Menjual Buku Manual itself. Nampak tak indirect fraud yang berlaku? 


Yang paling mengecewakan ary adalah, pada masa itu, ary beli manual dari salah seorang blogger yang agak berpendidikan tinggi dalam undang-undang. Sayang.. Hebat dalam pembelajaran nak jadi lawyer, judge, pengangkat sumpah, tapi.. huh. Sedih bila orang pandai-pandai, perangai macam tak ada akal. Moga Allah ampunkan kamu dan aku. 


Pesan ary, tiada benda yang mudah dalam dunia ni. Dan treat others as you want to be treated. Kalau rasa nak kena tipu, tipu lah orang. *bosan rasanya entri tanpa gambar = ="
 

Tuesday, 9 September 2014

Pinjaman buat Sementara


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Malam ini rasa sepi, Ku duduk seorang diri, Terbayang wajahmu di ingatan.


Bila dah duduk sorang-sorang, pegang gitar, layan perasaan lah al kisahnya. Bila fikirkan semula, apa yang ada di sekeliling kita semuanya berbentuk sementara. Tak kisahlah samaada manusia mahupun objek atau tempat.


Lihat saja tanah melayu pada hari ini. Mana disangka pada suatu ketika dahulu, ramai orang asing akan belajar mengaji di sini pada hari ini, kan? Sedangkan malam turut bertukar siang. Musim bertukar. Manusia sendiri berubah rupa.


Jadi, apa yang dikejar sangat dengan dunia ni? Kerana akhirnya tetap sama di SANA nanti. 


Sunday, 7 September 2014

English & Maths Assessment Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) di Sunway University


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Semalam ary berkesempatan untuk memenuhi jemputan untuk menduduki English & Math Assessment untuk mendapatkan biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)




Assessment kali ini hanya menguji kemahiran individu dalam bahasa inggeris dan matematik. Dan semua soalan pun dalam bentuk objektif. Setiap calon diberi masa selama 1 jam 30minit untuk setiap subjek. 


English Assessment (9.15 am - 10.45 am)

Mengikut penerangan dari penjaga peperiksaan, calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 30/50 untuk lulus assessment ni. Tak pasti pula kalau maths pun sama.


Soalan dibahagi kepada 6 bahagian.


Bahagian 1

7 ayat diberi dan terdapat 4 perenggan pilihan. Calon perlu padankan ayat dengan perenggan yang mempunyai maksud pengisian yang sama. Contoh:

1 - Individu ini suka makan sate.
2 - Bercakap semasa makan adalah suatu perbuatan yang biadap buat individu ini.

A - Setiap hujung minggu, ayah akan mengajak kami sekeluarga makan di luar. Saya bukan jenis cerewet dalam pemilihan jenis makanan. Cuma saya paling pantang orang bercakap dalam keadaan mulut yang penuh.

B - Saya masih mencari-cari siapa yang perlu diajak minggu ini. Fatimah dah bosan nak keluar makan dengan saya. Jelak katanya makan sate tiap-tiap minggu.

Jawapan: 

1 - B        2 - A


Hah.. Macam tu lah contohnya. Tapi soalan nya tak ada lah tentang sate dan makan. Dan soalannya for sure in English. Agak mengelirukan juga.


Bahagian 2

Bahagian ini seperti fill in the blank. Normally, pilihan A,B,C,D adalah single word kan? Tapi kali ini bukan fill in the blank with single words, but whole sentence. Contoh:

Saya dan adik sangat berbeza. Adik merupakan wakil sekolah dalam bola sepak. ..(1)... Kehebatan adik bermain bola sangat terserlah. ..(2).. 

A - Adik saya main bola sehingga peringkat kebangsaan.
B - Itu yang membuatkan dia gembira.
C - Saya pula suka membaca.


Bahagian 3 

Bahagian 3 seperti soalan peperiksaan pemahaman bahasa inggeris di sekolah. Terdapat teks bacaan diberi dan soalan pula berdasarkan teks diberi.


Bahagian 4,5 dan 6

Bahagian ini lebih kepada menguji grammar dan vocabulary calon. Perkataan apa yang lebih sesuai digunakan, bila guna past tense, future tense, pengunaan "A, An, The".



Maths Assessment (11 am - 12.30 am)

Kebanyakan soalan adalah lebih kepada matematik modern. Soalan yang agak simple, tapi mengelirukan. Namun, ada juga soalan pengiraan akaun, e.g pengiraan production cost; dan soalan asas addmaths, e.g. index number.




Terkial-kial juga nak buat maths sebab tak study langsung. Memang redah je jawab, yeopp.

Thursday, 4 September 2014

Bintang


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kebelakangan ini, hari-hari ary dipenuhi dengan bintang. Bila difikirkan semula, bukan kebelakangan ni. Actually memang dari dulu. Dari kecil. Semasa merangkak. Mula berjalan. Hingga kini, di kala badan mula membongkok. 


Ketika bayi, bintang sering digantung di buaian. Menceriakan, membuatkan ary ketawa. 


Ketika remaja, hati ingin menjadi bintang itu. Berazam dalam diri supaya menjadi bintang yang lebih menyinar dari yang lain.


Bila makin menua, tersenyum. Bertanya sendiri, apakah ary adalah salah satu bintang itu? 


Ku miliki bintang. Bukan bintang biasa. Ku bisa hapuskan semua dukamu. Ku tak akan menghilang. Selalu ada di hatimu. Memberi bintang hanya untuk cinta.


Each and every end is always written in the stars.



Wednesday, 3 September 2014

Tuesday, 2 September 2014

Farewell Gift


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Pejam. Celik. Pejam. Celik. Jarum jam berputar terasa semakin laju.


Dalam tidak sedar, ary akan turut meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke Melaka untuk selamanya. In shaa Allah. Ikutkan hati memang berat untuk meninggalkan ibu kota ini. Ramai kata, lebih besar punca pencarian rezeki di sini. Tapi cukup lah buat ary.


Dalam masa 5 tahun di Kuala Lumpur, ary akui banyak yang ary dah lalui. Pelbagai perasaan. Segalanya bercampur-baur. Yang dicinta kan pergi, yang didamba kan hilang, hidup kan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan. 





Berbaki kan dua bulan, ary sedang menyiapkan semua yang perlu. Antaranya, farewell gift untuk partner ary. Menangis sambil melukis, mengenangkan segala kebaikan dan tunjuk ajar. Susah senang berdiri menguatkan organisasi. 


Adehhhh.. Penatlah dengan emosi ni.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com