Thursday, 25 April 2013

Percaya Pada Horoskop



Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum& Selamat Malam^^


Dulu, ary dan adik ary suka sangat beli majalah Remaja. Semata-mata untuk baca horoskop kami masing-masing. Tahu benda tu haram tapi kami baca suka-suka. Tak adalah percayakannya 100% pun. Hukum mempercayai bacaan horoskop adalah HARAM. Ya. Haram. 


Bila ary mula internship pula, benda pertama sekali yang ary buat adalah membaca surat khabar. Bila membaca dan tiba di kolum horoskop, ary akan membandingkan jangkaan horoskop yang dinyatakan di dalam The Star dan News Srait Times. Sepatutnya, bacaan horoskop itu sama. Tapi bacaan nya adalah berbeza. Mana mungkin ada dua bacaan berbeza untuk satu bintang horoskop yang sama.Dan manakan mungkin sebilangan manusia yang besar berkongsi nasib yang sama. 


Yang menambahkan lagi keyakinan ary bahawa bacaan horoskop adalah mengarut, apabila ary membaca buku P.S I Love You. Do you want me to write it here? Panjang kot. 3page. But if sesiapa nak tahu, boleh buka page 372 - 374. Ianya adalah tentang cara sebuah company magazine menentukan pengisian horoskop dalam majalah mereka. 




Kalau betul yang horoskop ni mengarut, kenapa ada perkara yang dinyatakan adalah betul dan mengena?


Itu adalah kerana pembacanya percaya tentang apa yang dibaca. Ustaz Pahrol Mohd Juoi beberapa kali berkongsi di dalam bukunya 'Di Mana Dia Di Hatiku?', apa yang berlaku adalah bergantung kepada sangkaan dan keyakinan seseorang individu. Jika manusia itu bersangka baik dan yakin atas sangkaannya, kebarangkalian untuk perkara baik itu berlaku adalah tinggi. Sebab itu lah manusia diperintahkan untuk sentiasa bersangka baik. 


Kita adalah diri kita yang kita yakin akan siapa kita yang sebenarnya. Jika kita fikir yang kita adalah seorang yang bodoh, maka kita tidak akan berbuat apa-apa kerana menyangka diri tidak mampu. Jika fikiran kita meletakkan kita sebagai seorang bijak pandai, maka hebat lah segala perlakuan kita. Namun, jangan sampai sangkaan atas diri tu overreacted sehingga menyebabkan riak, takbur & sewaktu dengannya^^

Saturday, 13 April 2013

Cergas Sepanjang Hari Mengikut Gaya Islam



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Mengikut kata doktor pakar perubatan dari Barat, masalah lemah dan lesu adalah disebabkan tak cukup tidur, kurang vitamin, protein, kalsium dan entah apa-apa lagi. Terlampau banyak punca yang menyebabkan badan rasa lemah sampaikan tak tahu nak mula dari mana (sedangkan dah mula) dan tak tahu nak diakhirkan di mana.


Tapi, terdapat juga punca lemah dan lesu yang boleh dijelaskan dari sudut Islam. 




Jika tidak memahami apa yang ary cuba jelaskan dari hadis di atas, biar ary beri ringkasannya.

Punca lemah & lesu: Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk manusia yang tidur dengan tiga ikatan.

Penyelesaiannya:
Step 1 - Bangun lalu berzikir menyebut nama Allah (Bismillah,Hawqalah,Doa bangun tidur atau apa-apa yang memuji Allah)
Step 2 - Bersuci dan berwudhuk
Step 3 - Solat Subuh


Itu adalah tiga step yang sangat mudah. Malah, solat Subuh juga mempunyai keistimewaan lain yang turut diterangkan dalam Surah Al-Israa', ayat 78.

"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan dirikanlah sembahyang subuh. Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (oleh malaikat)" 


Banyak lagi sebenarnya keistimewaan solat subuh. Terlampau banyak sehinggakan ary tak mampu untuk menyenaraikan. Takut-takut nanti blog ni dah macam rupa buku teks agama sekolah rendah pula kan? HahahaXD

Friday, 12 April 2013

Cara Meletakkan Widget Goodreads di Blog



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^ 


Untuk meletakkan widget Goodreads macam ary buat (ehem ehem...) senang je. First, korang perlu klik "Edit Profile" yang boleh didapati jika korang klik pada arrow bersebelahan profile pic korang. Di sudut atas sebelah kanan.




Kemudian, pilih tab "Widget". Korang akan ketemu dengan pelbagai jenis widget seperti Custom Widget, Goodreads Updates Widget, Grid Widget, My Books Widget, dan lain-lain. So, dari pelbagai jenis widget itu, pilih lah mana satu yang berkenan di hati. HohohoXD  *macam cari jodoh pula^^ 




So, siapa pembaca tegar dan merupakan ahli Goodreads, marilah kita berkongsi laman sesawang Goodreads masing-masing^^ Finally, no more F.A.D (Facebook Addiction Disorder)^^v

Wednesday, 3 April 2013

MAGGI Magic Meals - Meals semasa Emergency!



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Mungkin ramai yang tidak tahu tapi baru-baru ini, Nestle telah melancarkan 1 lagi produk baru iaitu Magic Meal. Harus lah korang tak tahu kan? Sebab Magic Meals baru je dilancarkan di Headquarters (ibu pejabat) Nestle yang beroperasi di Menara SUrian, Mutiara Damansara pada 27 March (rabu).


Apabenda Magic Meals ni?
Magic Meals merupakan perencah makanan yang memudahkan mereka-mereka yang penat nak memasak selepas balik dari kerja. Berbezanya Magic Meals ni berbanding dengan perencah-perencah makanan yang lain adalah korang akan masak lauk bersama-sama nasi dalam 1 periuk nasi yang sama dan pada masa yang sama. 




Masih tak dapat bayangkan cara nak masak Magic Meals ni? Jadi, biar ary explain.

Step 1: Potong ayam kepada saiz yang kecil. Kenapa kena potong jadi kecil? Ianya adalah untuk make sure ayam tu masak. 

Step 2: Hiris bawang.

Step 3: Masukkan perencah Magic Meals, ayam yang telah dipotong kecil serta bawang ke dalam plastik yang turut disediakan bersama dalam set Magic Meals.Selepas ikat plastik tersebut, massage (Gaul) plastik tersebut bagi memastikan perencah nya rata dan seimbang dengan ayam tadi. 

Step 4: Masukkan plastik tersebut ke dalam periuk nasi yang mengandungi beras yang ingin dimasak bersama. Make sure beras tu dah basuh siap-siap. (Takkan basuh beras pun nak cakap ye dak?)


Pelancaran Magic Meals di HOU Nestle


Betul ke ary ni? Masukkan beras dengan plastik sekali dalam periuk nasi tu?
Iye. Betul. Jangan khuatir tentang hygiene atau kesihatan. Sebabnya, plastik tersebut telah disahkan mematuhi peraturan US FDA dan EU. Jadi, ianya selamat dimasukkan bersama nasi. Tapi plastik yang perlu digunakan hanyalah plastik yang disediakan bersama sahaja. Tak boleh plastik lain. Kalau plastik kat kedai Apek tu, memang lah cirit kot. 


Harga?
Harganya adalah RM3++. Tak tahu lah specific price dia. Sebab ary dapat free. Hehehe.


Perasa apa ye yang ada?
Magic Meals didatangkan dengan 3perasa iaitu Kari Ayam Beraroma, Ayam Masak Merah & Ayam Kicap Berempah. 




So, kepada mereka yang bekerja mahupun student, boleh lah cuba Magic Melas ni. But please dun say,Magic lah "SANGAT". Hehehe.


Update: Iklan cara memasak MAGGI Magic Meals



hasil tulisan arisyalee.blogspot.com