Thursday, 31 May 2012

Segmen: Up Followers Blog dan Twitter


Bismillahirrahmanirrahim
Salam sejahtera dan assalamualaikum^^


Join segmen lagi? Entri sendiri tak ada ke ary? Idea tengah kering ni.. Plus, ary agak kurang rajin untuk lukis doodle untuk dimuat nak dalam entri. Lagipun, macam dah lama je ary tak join segmen. Qada' segmen lah jawabnya.




Segmen kali ini anjuran EyfaAlias. Segmen ini nampaknya mungkin dapat menaikkan jumlah follower blog dan twitter. Ary tak ada twitter tapi ary nak join juga. Takpe kan? HohohoXD

Blog: arisyalee.blogspot.com (248 followers)


Tag? Ni yang ary lemah ni.. Tak tahu nak tag siapa. Apapun, mohon maaf ampun dipinta kepada aisyah humaira' dan juga Triple L kerana tag korang. Korang ditag disebabkan blog korang adalah antara blog teratas yang ary jumpa join segmen di reading list milik ary. Jadi, selamat bersegmen dan selamat malam^^

SEGMEN : DESCRIBE YOUR HEADER


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum geng!




Hari ni setelah sekian lama ary tak join segmen, akhirnya sebuah segmen telah menarik ary untuk join. Even segmen ni memerlukan ary untuk TAG, ary tetap join sebab segmen dia lain dari yang lain. Saja cari kelainan sikit. Huhuhuhu.




Sebenarnya itu header baru tukar tu. Before this header lain. Jadi, kita teruskan juga dengan sesi EXPLAIN tentang maksud header *ala-ala presentation assignment lah plak. 


Header ini pada awalnya hanya ada nama ary.lee sahaja. Tapi disebabkan ary rasa  terlampau simple, ary cuba nak letakkan something. Pada mulanya ary ingin meletakkan watermark blog di lubang hidung huruf A. Tapi akhirnya ary membuat keputusan untuk melukis HELMET STENG pada header blog. 


Kenapa helmet? Sebabnya ary adalah seorang yang sangat mementingkan keselamatan. Siapa kata dalam dunia blogging tak boleh "accident"? Sebelum ary kena tembak or serang dek mana-mana blogger kerana sikap terus-terang ary, adalah lebih baik ary pakai hemet siap-siap. Tu dia.. Siapa kata pakai helmet hanya atas jalan raya sahaja? 




Jadi, sebelum ary undur diri, ary nak tag dua orang seperti yang diharuskan. Ary tag Minnie Mouse dan Pka Rahim sebab blog diorang antara blog terawal yang join segmen lain di reading list ary. Apapun, ary ingin mengucapkan selamat perkenalan pada si pemilik blog - Cik Arifah sebab ary pun baru follow dia. 

Wednesday, 30 May 2012

Siapa Kata Bawa Adik Waktu Dating Tak Cool??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, geng-geng ary sekalian^^


Bila disebut perkataan DATE atau dalam bahasa melayunya- TEMUJANJI itu bermakna perjumpaan antara sepasang kekasih. Maksudnya, hanya dua orang sahaja. Tapi bagaimana pula kalau salah seorang terpaksa membawa adik kecil sebagai peneman? 




Rasa tak syiok sebab tak dapat bermesra bagai? No touching-touching? Tambah-tambah lagi macam tak cool je bila terpaksa date bertiga. Macam orang dulu-dulu je kan?


Tapi pernah tak kita fikir.. Bila date berdua, akan ada orang ketiga. Macam dalam lagu kalau berpacaran tu.. kalau kamu berdua aku yang ketiga - dialog si setan. Jadi, bila bawa peneman, at least kurang lah sikit dosa tu kan? Lebih baik no touching-touching sekarang.. Touching-touching pada masa akan datang lebih nikmat~  HahahaXD  *ok.. sila jangan layan otak gila ary^^

Rabu yang Bisu - Warna Warni di I-City




Itu bukan ary.. sekian^^


Tuesday, 29 May 2012

Bisakah??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, geng-geng ary sekalian!


Teringin ary berkongsi satu lagu nyanyian Siti Nurhaliza. Lagu ini lagu lama rasanya tapi kurang terkenal. Ary dengar lagu ini dalam kereta tadi dan terasa ingin dengar semula dengan teliti kerana liriknya indah di telinga pada masa itu.




Bisakah yang terpadam dinyala?
Bisakah yang terhina dicinta?
Walau ku himpunkan sesalku?
Bisakah terbuka kalbu?

Bisakah yang benci disayangi?
Bisakah yang dusta dimaafi?
Walau ku himpunkan sesalku?
Bisakah terbuka kalbu?

Tips Blogging | Apa yang Pembaca Inginkan?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,geng-geng ary sekalian!


Rasa malas dalam diri untuk berblogwalking makin memuncak apabila ary menyusuri ruangan Reading List yang ada di dashboard ary. Ary dapat rasakan banyak cerita yang berada di reading list ary kebanyakannya tampil dengan pengisian yang sama. 


Ary bukan ingin menyalahkan blogger untuk tampil dengan isi yang sama sebab ary pun kadang-kadang sama juga. Tapi ary nak kongsi apa yang ary mahukan sebagai seorang PEMBACA dari sesebuah entri.


Ary menginginkan sebuah entri yang dapat menambah PENGETAHUAN baru untuk ary. Contohnya, sekarang ni tengah hangat tentang 1 MALAYSIA PAD. Rata-rata blogger termasuk ary sendiri cuma mampu tampil dengan isi yang sama seperti spesifikasi gadget tersebut. Tak ramai yang boleh beri maklumat lain. 




Oleh itu, sebelum meng-update, lakukan research ringkas sebelum menaip entri. Dengan melakukan research ringkas, korang akan dapat identify jika ada blog yang menulis tentang info yang korang nak kongsi. Jika sama, mungkin korang dapat tambah pendapat individu untuk melainkan sedikit hasil entri.


Tapi kalau entri tu entri "Hari ini Saya Dating", rasanya tak perlu lah kot buat research. HahahahaXD  Ok.. Rasanya apa kaitan doodle masterchef selebriti atas tu dengan entri ary? ^^

Monday, 28 May 2012

Astro On Air: Anas Farhan Undur Diri, Azfar Diserap Masuk, Ishabella Disingkirkan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, geng-geng ary sekalian!


ON AIR yang merupakan rancangan terbaru dari Astro bagi mencari pelapis dalam bidang pengacaraan terus memberi kejutan apabila 3 peristiwa berlaku serentak. Siapa sangka bahawa ANAS FARHAN, salah seorang calon perintis yang dikatakan mempunyai potensi telah menarik diri di awal pertandingan.


Ary turut bersedih di atas penarikan diri oleh Anas. Rupanya Anas lah calon yang telah menelefon Aznil Haji Nawawi untuk menarik diri setelah melepasi sesi saringan untuk menjadi 10 calon terpilih. Anas Farhan mengambil keputusan untuk menarik diri kerana dikatakan mempunyai kontrak bersama pihak lain dan akan berhadapan dengan masalah jika dia melanggar kontrak tersebut.




Penarikan diri Anas Farhan secara automatiknya menyerap masuk kembali AZFAR yang pada mulanya perlu disingkirkan dari On Air. Selain itu, ISHABELLA turut diberi peluang untuk meyakinkan pengurus saluran dari pihak Astro Oasis, Astro Ria, Astro Prima dan Astro Arena setelah diumumkan tersingkir. Namun, nasib tidak menyebelahi dan Ishabella perlu meninggalkan On Air. 


Dedikasi dilaporkan dari ary lee bagi pihak Buletin On Air. *sejak bila jadi pemberita on air entah. HahahaXD

Sunday, 27 May 2012

Freebies: Doodle Style Hana Tajima


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, geng-geng ary sekalian!


Dulu ary tak kenal siapa Hana Tajima ni. Tapi bila tengok dah makin ramai pakai selendang style Hana Tajima, baru lah ary tahu. Sekarang ni plak fesyen pakai tudung bawal tak ber-pin. Errrr.. Macam mana agaknya tu eh? Sila-sila lah ambil doodle ala-ala Hana Tajima ni^^







Doodle Menarik Orang untuk Komen?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, geng-geng ary sekalian!


Ary ada berbual dengan beberapa kenalan tentang cara nak up kan bilangan komen di blog. Biasalah.. Sebagai blogger, tentu kita mahu hasil penulisan kita mendapat sambutan dari pembaca kan? Tentu juga antara yang dinanti-nanti selepas menulis blog adalah KOMEN. 


Selain rajin komen di blog orang lain, salah seorang kenalan ary berpendapat yang DOODLE adalah salah satu tarikan untuk orang komen di blog. Katanya, kecomelan hasil contengan itu bukan setakat membuatkan orang untuk komen, malah untuk FOLLOW sesebuah blog. Lihat saja kejayaan blog-blog yang menampilkan konsep doodle sebagai bukti.


Friday, 25 May 2012

Kebiasaan yang Dilakukan Seorang Blogger Setelah Lama Tidak Berblogging


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Berapa lama korang pernah bercuti dari blogging? Sehari? Seminggu? Sebulan? Dan selalunya, bila nak kembali berblogging, korang akan buat kebiasaan-kebiasaan seperti yang ary nyatakan di bawah.


Permulaan post yang klise

Selalunya blogger yang baru kembali berblogging setelah percutian yang agak lama akan memulakan entri mereka dengan ayat yang klise. Contohnya, lama gilerrrr tak hupdate blog ..ataupun.. bersawang/berhabuk dah blog haku ni aku tinggalkan


Pengakhiran post yang turut klise

Ada juga blogger yang selitkan ayat klise yang ary nyatakan di point atas di nota kaki. Contohnya.. Pssssttt.. Mesti ada yang tercari-cari ary setelah lama ary bercuti kan? Hah.. Tak letak di  atas, di bawah pun jadi lah.


Entri I'M BACK!

Dalam entri tersebut, blogger akan menceritakan sebab kenapa dia pergi meninggalkan blog kesepian, kesunyian, etc.. Entri KHAS kehilangan diri blogger tersebut lah kononnya.

Amacam? Siapa selalu buat benda-benda kat atas ni? ^^

Thursday, 24 May 2012

I-pad Keluaran Malaysia : 1 Malaysia Pad


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,geng!


Betul-betul kempen 1 Malaysia ni.. Bermula dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan perdana menteri kita, diikuti dengan kedai runcit 1Malaysia dan menu 1Malaysia, kini satu lagi produk 1Malaysia mula dipromosikan - 1Malaysia Pad




1 Malaysia Pad ini telah dirasmikan oleh Datuk Ismail Sabri Yaacob pada 24hb May 2012 di Putrajaya. 1 Malaysia Pad ini juga didatangkan dengan kelebaran skrin sentuh 7" malah turut menggunakan android os beserta kamera 3MP. Selain itu, produk ini juga turut diperkenalkan dengan harga RM999 sebagai harga promosi. Mahal juga kan harga promosi ni?


Itu je info yang ary dapat dari laman web maltechpro.com. TIADA SPESIFIKASI LAIN. Contohnya, info processor, is it multi-touch or not, etc.. Jadi, kita tunggu sahaja komen orang yang telah membeli dan menggunakan 1Malaysia Pad ni. 


Boleh ke 1Malaysia Pad menandingi I-Pad milik Apple dan Tab milik Samsung?

Thursday, 17 May 2012

Remy Ishak Tukar Profession Jadi Penyanyi Pula??


Biar betul remy ishak menyanyi?? Boleh ke mamat ni menyanyi?? Tapi itulah cerita betulnya. Remy Ishak telah menyanyikan sendiri sebuah lagu dari salah sebuah filem yang akan ditayangkan. Tajuk lagu tersebut ialah "Kelip-Kelip" dan filem tersebut adalah filem "29Februari".




Setahu ary, ini merupakan kali pertama remy ishak menyanyi secara rasminya. Kalau karaoke, rasanya memang dah selalu sangat kottt... *bajet macam kenal rapat dengan remy ishak. Bagi ary, lagunya biasa-biasa je. Apapun, kebanyakan melodi lagu KRUSTUDIOS memang hampir sama bila didengar.


Kan best kalau dapat tiket preview free? Kalau krustudios terbaca, ary nak minta tiket preview filem free. Boleh lah ary review yang elok-elok di blog nih.


Di sini, ary juga ingin meminta maaf sebab xsempat nak melawat blogger-blogger lain. Maaf dipinta selamat hari raya. Nanti selepas jumaat, insya-ALLAH akan ada masa untuk kita bersua. Chewaaaahhh..

Tuesday, 15 May 2012

Air Asia Memberi Tawaran FLIGHT secara PERCUMA!!




Ary ternampak status kawan. Katanya air asia bagi flight secara percuma. Dengan laju, ary buka laman web air asia untuk mengesahkannya. Memang betul bahawa tempat duduk akan diberikan secara percuma. Namun begitu, bayaran tetap akan dikenakan untuk cukai lapangan terbang dan yuran masuk tapi rendah lah. 


Bayangkan harga tiket pergi balik ke Sarawak adalah serendah RM80. Kalau ikutkan, ary taknak lepaskan peluang ni tapi pada waktu itu, ary sedang praktikal. Jadi, mungkin tak ada kesempatan nak pergi bercuti. Buat pengetahuan korang, promosi ini hanya untuk beberapa hari sahaja dan akan berakhir pada 20 May ini. Apa lagi, laju-laju plan untuk percutian akan datang!

Monday, 14 May 2012

Tips Shopping: Brand Bukan Segalanya..


Sememangnya ary bukan nak kongsi cara shopping yang mengikuti bajet. Huhuhu. Selalunya, bila shopping, tak kisahlah shopping apa pun. Apakah yang akan mula-mula diambil kira? Rupa atau Nama? Eh? Eh? Dah macam mengadili manusia lah pula.




Ada sesetengah orang memilih untuk shopping berdasarkan jenama atau dalam bahasa omputihnya adalah - BRAND. Kalau barang tu tak ada brand, memang takkan dibelinya. Kadang, kain yang digunakan bahagian 'dalam' pun sampai beratus-ratus disebabkan nak brand punya pasal.


Bagi ary, KALAU ADA BRAND TAPI HUDUH, NAK BUAT APA KAN? Beli barang yang nampak 'macam' ada brand tapi sebenarnya tidak, lagi bagus. Sebabnya, 1 barang yang ada brand boleh dapat 3 barang tak ada brand. Makanya, lagi banyak barang 'brand' yang korang boleh miliki.


Okeyh.. Terlampau banyak penggunaan perkataan BRAND membuatkan ary menjadi puyeng~~

Aspek Perlu Difikirkan Sebelum Berbelanja


Ary akan mengambil kamera LOMO sebagai contoh. Sekarang ni ary rasakan LOMO camera ni dah macam satu trend segmen pula. Ramai je yang ada buat GA lomo camera. Soalan yang terlintas di fikiran ary-Kenapa orang berebut nak lomo camera sedangkan secara manually kita dah boleh edit photo tersebut menjadi lomo effect? 




Ary sebenarnya nak juga memiliki sebuah kamera lomo ni. Tapi, sebelum ary beli, ada beberapa perkara yang ary perlu fikirkan. Antaranya:


KOS 
Kos untuk membeli sebuah kamera lomo adalah rendah berbanding beli sebuah DSLR. Namun, kos diperlukan untuk membeli filem dan mencuci filem tersebut. Berbanding dengan hanya menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit/ kamera digital. Gambar boleh diedit dan disimpan salinan nya. Penjimatan berlaku di situ. Di sini, ada dua kos perlu difikirkan iaitu kos lepas dan juga kos membeli.

TUJUAN
Kenapa ary nak beli kamera lomo? Apakah ary akan benar-benar menggunakan sebaiknya atau hanya sekejap saja pengaruh kamera lomo itu pada ary? Persoalan sebenar adalah : Apakah ia satu keperluan atau kehendak?  Jika ianya hanya kehendak, adakah bila ary beli kamera lomo tersebut, bajet kewangan ary akan terganggu? 


Secara kesimpulannya, sebelum melakukan pelaburan wang ke atas sesuatu, semua balik semula pada aspek OBJEKTIF dan BAJET. Objektif - Kenapa beli? ; Bajet - Ada peruntukan kewangan untuk itu atau tidak?


Korang pula macam mana? Type yang akan berfikir sebelum beli atau terus je 'sapu' bila dah nampak??

Saturday, 12 May 2012

Menjadi Popular Secara Online - Cara Songsang




Facebook

Update status facebook dengan countdown nak bunuh diri setiap hari. Ataupun buat pengakuan status agama yang terbaru. Memang confirm komen akan jadi beratus-ratus setiap hari.

Blog

Entri menceritakan tentang pengalaman 'bersenggama' dengan si hawau secara halal mahupun haram. Secara automatiknya blogger lain yang membaca akan berebut-rebut meluahkan rasa meluat atas cerita korang tu. 

Itu merupakan dua cara mudah untuk menjadi terkenal dalam alam maya ni. Tapi secara songsanglah. Kenapa ada orang yang boleh buat macam tu? Sebabnya dah tak ada rasa malu dalam diri. Sebab tu tanpa segan silu menjaja dosa diri pada orang ramai. Astaghfirullah al azim..

Friday, 11 May 2012

3 Sebab Ary Suka Hadiri Seminar Percuma




Goodies Bag

Ini merupakan salah satu sebab ary suka pergi seminar/workshop/talk. Bayangkan bila ada talk diadakan, pastinya ada goodies bag yang diberikan. Barang-barang yang selalu diletakkan dalam goodies bag adalah buku nota, pen, etc. Tapi tidak mustahil juga untuk dapat produk yang dikeluarkan syarikat tersebut. Contohnya, macam dalam entri ini.

Menambah Pengetahuan

Selalunya talk yang diadakan sedikit sebanyak akan dapat menambah pengetahuan kita. Walaupun itu merupakan career talk, tapi at least dapat menambah pengetahuan kita tentang kerjaya dalam bidang tersebut. Dan selalunya juga, mereka yang memberikan ceramah/seminar/workshop tersebut akan terdiri daripada mereka yang berjaya. Waktu itulah kita nak berpeluang untuk tanyakan pengetahuan tuan speaker^^

Makan FREE

Ini memang tarikan UTAMA. Hahahaha! Jimat sikit duit nak makan^^ Macam hari ini, ary berpeluang makan KFC secara percuma sebab hadirikan diri ke Workshop of Internal Audit^^




3 Soalan yang Perlu Dijawab Sebelum Ponteng Kelas





Kehidupan di universiti, kolej, ataupun senang cerita, institusi tinggi bukan macam kehidupan di sekolah. Kalau ponteng sekolah, dalam masa 2-3 hari surat sampai ke rumah tapi di universiti tiada siapa yang akan peduli. Lantak kau lah. Pandai-pandai lah bawa diri.



Apa topik yang akan diajar ek?

Kalau nak ponteng, fikir dulu samaada topik  tersebut mudah atau susah. Jika korang yakin yang korang boleh belajar topik tersebut tanpa pergi ke kelas itu, then teruskan niat untuk memonteng. Kalau rasa topik tu susah dan korang perlu bantuan lecturer untuk memahami topik tersebut, baik duduk dan dengar lecture yang disampaikan biarpun sampai terlentok-lentok.


Akan datang, ada tak aktiviti yang memerlukan aku untuk memonteng?

Sistem UM akan menyekat pelajar yang hadir ke kelas kurang dari 80%. Ini bermakna, jika subjek tersebut mempunyai 14 kali kelas dalam satu sem, purata bilangan kelas yang korang boleh ponteng hanyalah 2 kelas SAHAJA. Waktu awal sem, rancang betul-betul planner korang. Better jangan habiskan kuota ponteng kelas. Manalah tahu jika ada keadaan yang membuatkan kita terpaksa ponteng.


Dah pandai sangat ke sampai nak ponteng kelas??

Itu soalan yang selalu ditanya ibu ary bila dia tahu ary ponteng. Ngeh3..

Thursday, 10 May 2012

What I should wear for my dinner?


Masih ada seminggu lagi menjelang dinner kolej kediaman ary. Lagi membingungkan apa yang ary akan pakai during that night? kalau nak mudah, sarung baju raya je, tapi ary cannot wear baju kurung during that night. It is due to my duty since ary salah seorang penganjur pada malam itu^^ Nanti kalau pakai baju kurung, tak boleh pula nak lari buat kerja. *alasan




Kali ni, dinner kolej kami cuba membawa pembaharuan iaitu dengan memperkenalkan tema 'Face Art Grandeur'. Lagi lah ary pening nak memikirkan apa yang ary nak pakai. Ary terasa nak beli topeng separuh macam Phantom Of The Opera dan lukis di atas topeng tu. Tapi corak apa yang ary patut lukis? *bingung


Any suggestion??

Salam Takziah buat Blogger ini


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t




Di sini ary ingin mengucapkan salam takziah kepada seorang blogger yang juga rakan ary iaitu cx opportunities. Buat pengetahuan semua, bapa cx telah pun menghembuskan nafas terakhir dan kembali ke rahmatullah pada isya' 9 May 2012. Ary berharap agar cx dan keluarga bersabar di atas pemergian abah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. 


Begitulah hakikat sebuah kehidupan. Ada yang datang dan ada yang pergi. Jika ada yang seronok menyambut kelahiran orang baru, tidak kurang juga mereka yang bersedih di atas pemergian yang selamanya. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menetapkan tiada yang kekal di dunia ini.



Mati itu adalah pasti. Tidak hanya pada manusia namun pasti untuk haiwan, tumbuhan malah bumi ini juga akan mati suatu hari nanti. Bila? Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui semua rahsia ini.

Tuesday, 8 May 2012

Ustaz Azhar Idrus Gunakan Laman Sesawang Fotografi Sebagai Medium Berdakwah


Ary masih belum berkesempatan untuk melukis kartun. Makanya, hanya ini yang ary mampu lakukan dalam kekangan masa membaiki diri dalam bidang akademik.


Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus? bagi ary, Ustaz Azhar Idrus telah melakukan pendekatan yang terbaik untuk berdakwah lagi-lagi dalam era kemodenan ni. Bayangkan, dalam umur yang agak lanjut, Ustaz meminati untuk melakukan apa yang orang muda lakukan pada zaman sekarang ni. Contohnya, penggunaan DSLR.

Sumber : flckr UAI

Ustaz Azhar Idrus menyedari bahawa bidang fotografi semakin menghantui dan mempengaruhi remaja zaman sekarang. Kadang tu, ary perasan, budak tingkatan tiga dah miliki DSLR. Canggih kan? Melihat perubahan kemodenan ini, Ustaz Azhar Idrus mengambil kesempatan untuk membuka laman sesawang berdasarkan fotografi iaitu - Digital Mukmin.com. Ustaz Azhar Idrus turut mengulas sedikit tentang pembukaan laman sesawang tersebut.

"lonie rama photographer duk gila ambik gambar yg haram atas diri dia..pah nye upload pulok gambar orang puang hok seksi2 yg dedoh aurat..maka rama lah hok like kata gamba comel lah macam2 pah mula lah nyo rasa bersohor rasa diri hebat dlm photography sedangkan benda nie jelas haram n datang dosa..sebab dari nie lah sy bukak websitewww.digitalmukmin.com tunjuk gambar yg dibenarkan syarak bubuh gambar orang tua, bunga,beruk,kera sebab nak tunjuk gambar comel tue buke sebab orang puang seksi. 
Setakat lonie dah hampir 4.5 juta org tgk website nie. Kalu mu Photograper Islam Peter Sanders (www.petersanders.com) dio ambik gambar kubah masjid jah, buoh tasbih tapi napok comel jgk..tapi hebat dio sapa Raja Saudi jemput dia bila2 masa je untuk masuk ambik gambar dlm kaabah...sek mum hok ambik gambar puang seksi? Cap ayam je"

Hah.. Faham ke tidak? Ary kalau boleh tak nak tolong translatekan. Takut nanti tersilap translate, dah lain maknanya.  Bak kata Mat Luthfi, nanti kecelaruan maklumat^^

Pekerjaan yang Memberikan Pulangan Berbaloi | Sales


Pertama sekali ary ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unilever Malaysia kerana sudi datang untuk UNILEVER Future Leaders Program (UFLP) Career Talk 2012 di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. Ary juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat goodies bag yang diberikan. Bukan setakat goodies bag ya. Tapi dapat tumbler free lagi^^




Sempat ary menemubual salah seorang eksekutif dari pihak Unilever - Miss Wall's. Ary tanyakan dalam beberapa tahun bekerja, bidang apa yang Miss Wall's suka? Katanya SALES. Dengan lajunya ary menyelit, i thought sales is quite difficult. Miss Wall's mengakui memang susah untuk membuat jualan, tapi dia enjoy since dia dapat banyak benefit dari bidang ini.


Berkomunikasi dengan ramai pihak

Dengan melibatkan diri dalam bidang sales, Miss Wall's dapat berinteraksi dengan ramai pihak. Bukan hanya dengan pihak pengurusan, malah dengan pelanggan. Mmmmm.. Orang suka bercakap sesuailah untuk kareer sebegini.

Travelling

Selalunya mereka yang terlibat dalam bidang sales akan dapat travel ke merata tempat untuk menjalankan jualan. Contohnya, macam Miss Wall's sendiri telah pergi ke serata Malaysia. Orang kata, jauh pemandangan luas pandangan^^

Gain a lot of Confidence

Bila berkomunikasi dengan ramai pihak terutamanya pelanggan, ini akan meningkatkan lagi tahap confident dalam diri. Melalui percakapan Miss Wall's pun ary dapat rasakan tahap keyakinan dia semasa bercakap adalah tinggi.

Kelebihan-Kelebihan lain

Selalunya sales akan mendapat benefit lebih istimewa berbanding bidang lain. Contohnya, handphone allowance, kenderaan, etc. Kadang, ada syarikat yang beri gaji asas tapi ditambah lagi dengan komisen jualan yang dilakukan.




Sales mungkin adalah satu bidang yang mencabar. Namun, ganjarannya adalah berbaloi-baloi~~ *macam iklan talian pra bayar pula. Apapun, untuk memilih profesion pun perlu lah berdasarkan apa yang seseorang individu itu mahukan.

Video Klip Jangan Ganggu Pacarku - Aliff Aziz


Lagu ini macam memerli atau menyindir mereka yang dah ada pasangan tapi dalam facebook, menggatal dengan orang lain. Hah.. Andakah orang tu? Hehehehe..


Dengar cerita Aliff Aziz dah bermastautin di Malaysia. Wah.. Makin ramai orang Singapura berhijrah ke Malaysia. Contohnya Aaron Aziz, Adiputra, Shah Iskandar, Imran Ajmain, etc. Ibu kata, sebab di Singapura, orang Melayu susah cari makan. Ye ke? *jangan marah orang Singapura^^ 




Ary rasa beginning video klip ni macam lawak lah. Aliff pura-pura tidak jeles walaupun dalam hati,.. fuh.. Siapa yang tahu. Tapi part yang ary tak suka dalam video klip ni bila dia dukung perempuan tu. Errrr... Anne Ngasri tak kisah ke? 


Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging 
Flirting flirting baginya

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking
Poking-poking baginya

Monday, 7 May 2012

Monday Blues: Mantan Terindah




Pernah bercinta dan patah hati? Kemudian menemui cinta baru, namun ingatan masih padanya. Bila pergi tengok wayang dengan pasangan baru, teringat pada pasangan lama. Kadang rasa bersalah pada dia yang berada di sisi kerana mengingati dia yang tiada.


Bagaimana pula jika sedang indah menyulam kasih, yang lama kembali dan hati menjadi rungsing? Tentang hati memang complicated. Apatah lagi bila hati kasihkan dia yang ada depan mata namun ingatan masih pada dia yang tiada. 


Andai aku bisa
Ingin aku memelukmu lagi
Di hati ini hanya engkau
Mantan terindah yang selalu ku rindukan

Sunday, 6 May 2012

Kumpul FOLLOWER Hujung Minggu




Nama: ary.lee

Segmen ini hanya berjalan dalam masa sehari saja. Nak join, klik sini ^^

Video Klip Begini Caranya - Yana Samsudin & Shaheizy Sam


Beginikah Caranya merupakan lagu nyanyian Yana Samsudin dan juga Shaheizy Sam hasil ciptaan Ajai. Lagu ini juga merupakan OST 'Aku ada Kau ada' yang akan ditayangkan pada 24Mei 2012. Filem nak ditayangkan, tapi macam kurang promosi je? Rugilah kalau pelakon dah best, tempat dah best tapi tiada promosi. 


Can't wait to watch Yana Samsudin in this film! Ary dah siap letak dalam kalendar dah^^ Siapa nak tengok cerita ni dengan ary? Jom!



Warung Aneka Penyet, Pasar Seni


Kalau nak makan ayam penyet je, ary akan datang ke Pasar Seni. Pasar Seni ni dulu tempat favourite ayah ary. Selalu dia datang sini untuk tengok orang melukis waktu dia bujang-bujang dulu. Sampai sekarang pun, bila dia naik KL, dia akan pergi Pasar Seni. *tetiba tukar topik.




Warung Aneka Penyet ni ada menjual beberapa jenis makanan tradisi Indonesia. Sesuai dengan tagline yang digunakan iaitu - truly Indonesia. Antaranya makanan yang penyet-penyet belaka, gado-gado dan Ikan Bakar. Tapi bila ke Pasar Seni, memang ary cari ayam penyet sahaja. Lepas tu, order float di booth minuman. Memang menu tetap^^


Harga dia pun standard. Satu set ayam penyet bersama nasi putih hanya berharga RM7.50. Rasa dia memang menepati tekak ary since sambal yang di-provide memang tahap HOT punya. Apa yang membuatkan servis di sini dikategorikan baik adalah ayam, tauhu dan tempe akan dipanaskan semula selepas order dibuat. 


Jadi, bila berlegar-legar di Pasar Seni atau Masjid Jamek, bolehlah menyinggah makan ayam penyet^^

Saturday, 5 May 2012

Freebies: Bapakku Belikan Kereta


Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta Kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Pon.. Pon.. Pon.. Pon.. Pon..
Pon.. Pon.. Pon.. Pon.. Pon..

Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek




Teringat ary waktu kecil dulu, ini merupakan salah satu lagu yang akan meniti di bibir^^ Hah.. Comelnya zaman kecil-kecil. Entah budak-budak sekarang masih tahu atau tidak lagu tu. Sekarang mana ada kereta-kereta kecil lagi dah.. Semua kereta da besaq-besaq belaka.


Pagi ni, secara otomatiknya ary lukis gambar kereta. Terfikir nak buat banyak warna untuk dijadikan wallpaper. Alang-alang nak buat untuk diri sendiri, terus ary buat freebies. Kot-kot lah ada yang nak ambil untuk letak di header/sidebar. Jemputlah ambil kalau teringin. Sesekali ku rasa teringin.. *ok.. tetiba = ="













Tak Kelakar Ponnn...





Situasi di atas selalu terjadi pada ary. Ary tak tahu di mana silap nya. Mungkinkah cara penceritaan ary silap? Apa pun, misi ary untuk membuatkan seseorang ketawa akan tercapai bila ary cakap "Ok, tak kelakar"

Friday, 4 May 2012

BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?




Kenapa patut pilih blog ary?
Sebab ary masih lagi baru dalam dunia blogging ni. Jadi, ary memerlukan bantuan blogger-blogger yang lain untuk meletakkan link blog ary dalam bloglist korang. Apa yang ary boleh berikan sekiranya terpilih? Ary tak boleh menjanjikan trafik yang tinggi. Namun begitu, kalau trafik dari ary sendiri, Insya-ALLAH. Sebabnya ary memberikan keutamaan pada mereka yang ada di bloglist untuk tujuan blogwalking. 


*entah hape ary merapik= ="  Ayat jadi tunggang terbalik sebab nervous entah ada ke tidak orang nak offer.. 

Up Trafik Blog Dengan Meta Tag


Sebelum ini, ary ada bertanyakan pada Tia, apa tu Template Mesra SEO? Rupanya template mesra SEO tu adalah template yang mudah mendapat page carian internet. *betul ke? Men hentam je explain. Hahaha!


Jadi, ary membuat sedikit kajian tentang SEO ni. Betul juga kata Tia. Nak harapkan blog walking, memang tidak cukup. Lagi-lagi kalau tengah ada komitmen lain. Memang tak ada trafik langsung kalau tak rajin blogwalking.



Ciri-ciri template yang mesra SEO adalah blog yang ringan, ada meta tag dan H1 & H2 tag, etc.. Memang banyak lah juga. Pada mulanya, template ary ni memang tak ada meta tag. Makanya malam ini, ary telah buat setting meta tag pada blog ini. 


Hasilnya?? Kita tunggu seminggu dan buat pemerhatian^^ Tak cuba tak tahu. Tak nak cuba, rugi^^

Android: Semuanya Ada di Dalam POCKET!


Kalau dulu instagram menjadi TREND buat mereka yang gila KAMERA, kali ini ary rasa pocket akan menjadi trend baru. Aplikasi POCKET ini berjaya menarik perhatian ary dengan fungsinya yang berguna buat ary.




Dengan Pocket, ary mampu untuk SAVE laman web yang ary tak sempat nak baca atau suka baca berulang-ulang dan kemudian, ary boleh akses secara offline. No internet required. However, perlu save terlebih dahulu. Bukan save the url ke aplikasi pocket eh tapi save di aplikasi pocket itu sendiri. *nanti bila dah try, korang faham lah apa yang ary cakap ni


Korang juga boleh save video dalam pocket, namun begitu, untuk memainkan video tersebut, internet masih diperlukan. Pendek kata, korang boleh simpan semuanya dalam poket korang^^


Aplikasi Pocket ni ala-ala aplikasi Spool juga. Apa yang membezakan antara Spool dan Pocket adalah Spool ada laman sosial sendiri macam instagram lah. So, tahap privasi agak kurang apabila orang tahu artikel apa yang dibaca dan gambar apa yang dilihat, etc. Mana 1 yang best? Try dan korang akan tahu mana yang korang lebih suka^^

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com