Friday, 30 November 2012

Berilmu tapi Tidak Beramal


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


"Ary, aku pelik lah kau ni. Kau ada ilmu agama. Tapi kenapa kau macam ni eh?" 


Soalan yang diajukan membuatkan ary terdiam seketika. Ary cuma manusia biasa. Manusia yang melakukan kesilapan berulang kali. Memang pelik.. Bila seseorang yang ada ilmu agama bertindak seperti mereka-mereka yang socialista. *socialista lah sangat. 


Ary pernah diajukan soalan oleh lecturer di dalam kelas - "If Malaysia really practicing Islam, why we don't enjoy the benefit of Islam? e.g peace, humanity, unity." Jawapannya mudah sahaja. "Actually Malaysia are not really practicing Islam. We are only admit that we are practicing Islam, however we are not," 


Ramai yang mengaku dirinya Islam. Namun berapa ramai yang betul-betul mengamalkan nya? BERUBAH. Sesuatu yang sukar dilakukan dan ianya tidak berlaku dalam sekelip mata. Jika ianya sukar, lakukan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan membaiki solatmu kerana ianya perkara pertama yang akan ditanya. 


Ary juga masih sedang mencari.. In shaa ALLAH^^

Wednesday, 28 November 2012

Saturday, 24 November 2012

Kenapa Ary suka menonton Glee?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Glee merupakan rancangan drama siri berbahasa inggeris yang ditayangkan di saluran FOX. Glee juga sudah memasuki musim ke-4. Ary mula mengikuti glee sejak musim ke-2. And sampai sekarang, ary tak pernah miss walau satu episod pun. *Alangkah indahnya if ary tak miss membaca al-quran walau sehari pun,kan?*


Why I would love watching Glee?

  • It's musical. Salah satu elemen kegemaran ary adalah muzik. Glee ini adalah berkonsepkan musical di mana pelakon-pelakon akan menyanyi dan menari untuk beberapa babak tertentu. Malah, terus terang ary cakap, ary lebih mengikuti lagu-lagu inggeris apabila lagu tersebut dinyanyikan dalam Glee. Contohnya, lagu Everyone's Talk. Biarpun lagu tu dah lama, tapi ary mula minat nak dengar selepas tonton episod 5 glee - The Role You Were Born To Play.


  • Glee memaparkan realiti sebenar dalam satu masa. Realiti sebenar kadang-kadang tidak dapat diterima oleh masyarakat kita. Contohnya, isu hubungan sejenis yang dipaparkan melalui watak Blaine, Kurt, Brittany dan Santana. Ianya membuatkan Glee di-protest oleh beberapa pihak. Dan ary tertarik pada perkara baru yang ditampilkan Glee baru-baru ini iaitu berkaitan dengan Dyslexic.
  • Pelakon-pelakon yang sedap mata memandang. Hehehe. Itu sesiapa pun akan tertarik. Kalau dah pelakon dia hensem, cantik dan comey belaka kan? 
  • Glee would improve my english^^ Biarpun bahasa inggeris yang digunakan dalam Glee adalah diibaratkan bahasa inggeris pasar, namun begitu, glee dapat menambah pengetahuan dari segi vocabulary, penyusunan ayat, etc.

  • 4 sebab tu cukup tak rasanya? heheheXD

    Friday, 23 November 2012

    Dia Ibu Dia Sahabat


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


    Selalunya orang kata Dia Kekasih Dia Sahabat. Tapi berbeza dengan ary. Sejurus ary letakkan telefon,..


    Teman: Kau cakap dengan siapa dalam telefon tadi?

    Ary: Mak aku.

    Teman:  Mak ke? Seriously aku ingat kau cakap dengan kawan. Selamba giler kau borak ngan mak kau.


    Ary tak tahu macam  mana orang lain berbual dengan mak masing-masing. Tapi itu lah gaya bila ary berbual dengan ibu ary. Masih mengekalkan rasa hormat, tapi cuba berbual sebagai seorang sahabat. Mungkin juga disebabkan umur ary yang menginjak dewasa. Atau mungkin juga sebab ary anak sulung. Jadi ibu lebih open untuk berbual dengan ary tentang apa saja.

    Thursday, 22 November 2012

    Tungku D.I.Y


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Malam^^


    Rasanya ramai yang tahu tentang tungku moden. Kalau yang tak tahu tungku moden tu apa, ia sebenarnya berbentuk seperti bantal dan ada air dalam bantal tu. Bantal air tersebut boleh di-charge. Ianya digunakan seakan-akan tungku tradisional. Jika nak tahu apa fungsinya, sila google sendiri. 


    Ibu ary ada satu. Ibu dan ayah guna waktu mereka rasa tak sedap perut. Ibu kata tungku moden ni membetulkan semula aliran darah kita. Betul atau tidak, biar pakar yang explain. Tapi, ary guna tungku moden ni waktu ary mengalami sakit wanita - senggugut. Hehehehe. Malu lah saya. *sambil buat muka comel.

    Dulu ary bergantung pada Panadol. Tapi disebabkan terlampau banyak ubat lain yang perlu dimakan, plus ary memang tak suka makan ubat, so ini adalah alternatif lain. Tapi ary cuma boleh guna tungku moden ibu tu di  rumah. Jika ary berada di hostel, ary buat sendiri. Ini ris punya idea.. hehehe.



    Tak susah pun. Kalau tak larat nak buat sendiri, minta kawan buatkan. Kaum adam pun boleh tolong buatkan jika isteri korang mengalami sakit senggugut. Barulah SWEET~ sweet lah SANGAT:P  Lagipun, tungku moden a.k.a bantal tu rasanya agak mahal kot. 

    Wednesday, 21 November 2012

    Rabu yang Bisu - Student Life


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Petang^^



    Adakah Nasib HP akan Menjadi seperti ENRON?


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


    ENRON - Suatu kes yang selalu menjadi rujukan yang popular di kalangan pelajar-pelajar jurusan perniagaan dan perakaunan. Suatu kes penipuan yang diketahui seluruh dunia disebabkan syarikat itu melingkup selepas dibuktikan bersalah dalam perbuatan memanipulasi laporan kewangan.




    HP Mengikut Jejak Enron

    Hewlett Packard (HP).. Sinonim kan jenama tu? dan ary pasti ada antara blogger yang pakai laptop jenama HP. It is not about boycotting. Hehehe. Tak ada lah ary nak suruh boikot HP sepertimana korang dah boikot McD tuh. Cuma ary nak kongsi satu update berkaitan dunia bisnes dan ini berkaitan dengan syarikat HP.


    HP telah dikatakan melakukan penipuan perakaunan yang melibatkan amaun berjumlah US$8.8 billion. Jika dibandingkan dengan kes ENRON, jumlah itu tidak lah banyak. Namun begitu, ianya masih merupakan topik hangat kerana dalam perniagaan, penipuan dalam perakaunan adalah merupakan salah satu kesalahan yang besar. Sama juga seperti isu rasuah yang cuba dibanteras Malaysia biarpun ada antara pentadbiran negara yang melakukannya.




    Peranan Whistleblower dalam Organisasi

    Salah laku yang dilakukan itu diketahui apabila whistleblower dari syarikat Autonomy Corporation (syarikat yang dibeli oleh HP sebelum ini) sendiri yang telah melaporkannya. Whistleblower adalah individu yang melaporkan/menghebahkan pelanggaran undang-undang atau tindakan tidak beretika yang dilakukan individu lain dalam sesuatu organisasi itu atau yang dilakukan organisasi itu sendiri kepada pihak berkuasa dan juga orang awam. Jadi, whistleblower ini diibaratkan seperti spy di dalam company lah.




    Kesan Penipuan dalam Perakaunan

    Pasti ramai yang tidak tahu kenapa ary tekankan isu ini. Lebih-lebih lagi mereka yang belajar dalam jurusan engineering, medic, etc. Kenapa penting sangat sampai kena buat entri?


    Apabila berlaku penipuan dalam laporan kewangan yang dibentangkan, ini menunjukkan performance syarikat tidak dapat digambarkan keadaan sebenar. Ramai yang tidak dapat bergantung pada maklumat yang diberikan dalam laporan kewangan termasuk pengurusan syarikat tersebut tersendiri. 


    Bagaimana masyarakat akan terkesan dengan tindakan penipuan dalam perakaunan ni? Ary cuba beri situasi supaya korang memahaminya.


    Untuk mengekalkan prestasi yang baik di mata para pelabur, laporan kewangan syarikat haruslah menunjukkan keuntungan supaya pelabur tidak menarik semula pelaburan yang dilakukan. Apabila syarikat memperoleh kerugian, syarikat cuba menyembunyikan kerugian tersebut dengan memanipulasi laporan kewangan. 


    Manipulasi laporan kewangan yang dimaksudkan adalah dengan mengubah beberapa figure dalam laporan kewangan. Mungkin juga ada yang tidak membuat laporan kewangan berdasarkan prinsip/standard perakaunan yang sepatutnya. 


    Kadang, ada syarikat yang fikir mereka akan dapat cover balik kerugian dengan keuntungan pada masa hadapan. Tapi, SEANDAINYA mereka memperoleh keuntungan. Bagaimana pula jika sebaliknya? Seandainya mereka memperoleh kerugian pada masa akan datang, kerugian akan bertambah dan bertambah. Senang cerita, lubang yang koyak di seluar, kononnya boleh dijahit dan cuba disembunyikan. Tapi bagaimana pula kalau lubang itu semakin besar? 


    Apabila kerugian tidak dapat ditampung syarikat, syarikat akan diisytiharkan muflis. Ramai yang akan kehilangan pekerjaan. Ekonomi negara akan merudum. Maka bertambahlah lagi manusia yang masuk dalam rancangan Bersamamu tu. Hew hew hew.


    Jika ada yang ingin tahu lebih lanjut tentang isu ini, cuba google Satyam Scandal. Satu lagi contoh terbaik untuk penipuan dalam perakaunan ni.

    Hebahkan Perkahwinan, Jangan Dirahsiakan


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


    Pagi ini dimulai dengan berita yang merupakan suatu lumrah buat dunia. Meskipun pelik tapi benar. Berita rogol hari ini adalah tentang seorang budak perempuan yang dirogol bapanya sendiri tanpa mengetahui yang itu merupakan bapanya. Malah, bapanya turut tak tahu yang budak perempuan itu merupakan anaknya. Pulak dah? Anak sendiri pun tak kenal? Yang peliknya, mak budak perempuan tu tidur bersebelahan mangsa rogol tu, tapi tak sedar. Maybe kena pukau.. sumber: Berita Harian


    Itulah jadinya bila tak tahu keturunan..


    Bila lelaki berkahwin satu lagi, dia lebih cenderung untuk menyembunyikan perkahwinan dari pengetahuan isteri pertama. Jika tidak, MELETOP lah dunia. Tapi tidak kah dia sedar yang ini akan memberi masalah pada masa akan datang? 


    Contohnya, bila seorang lelaki mengahwini isteri kedua secara rahsia. Lalu dikurniakan seorang cahayamata perempuan. Malang menimpa, lelaki tersebut meninggal dunia akibat kemalangan. Setelah beberapa tahun kemudian, anak lelaki bersama isteri pertama tersebut bertemu dengan anak perempuan isteri kedua. Mereka bercinta lalu membuat keputusan untuk berkahwin.


    Dari segi perhubungan, mereka merupakan adik-beradik dan mereka HARAM berkahwin. Tapi, apabila hubungan perkahwinan bapa mereka tadi dirahsiakan, maka tak siapa tahu. Maka, berlaku lah hubungan zina antara adik-beradik dan menghasilkan anak luar nikah. 


    See?? Nampak tak masalah tu? Oleh itu, marilah kita beringat-ingat sesama kita. Semoga ianya tidak akan berlaku kepada diri kita dan semua yang berada di sekeliling kita. 


    Perkahwinan itu adalah indah dan penuh niat murni. Mengapa perlu dirahsiakan?

    Saturday, 17 November 2012

    Terima Kasih, Cinta Hati Saya.. Kontroversi Penutup AIM 19


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Malam^^


    Red Carpet yang mengujakan! Lebih-lebih lagi sebab ary minat giler dengan Dahlia Syazwan dari rancangan On Air tu! Malah, persembahan dari Marsha dengan lagu Firework dan Titanium membuatkan ary tak sabar-sabar nak menonton a whole AIM. Boleh juga ary katakan persembahan Marsha lebih baik dari persembahan Nation One Emcees pada AIM yang lepas.




    Pembukaan AIM dengan pelbagai jenis versi lagu Anak Kampung juga memeriahkan anugerah lalu diikuti dengan pengenalan pengacara majlis berprestij ini - Aznil Haji Nawawi & Adibah Noor. Jadi, sambil menonton, ary telah siapkan senarai pemenang untuk Anugerah Industri Muzik ke-19.

    1. Lagu Nasyid Terbaik - Doa by Nora J.
    2. Lagu Pop Etnik Terbaik - Kuasa Cinta by Noraniza Idris & Black
    3. Lagu Hip Hop Terbaik - Aku Maafkan Kamu by Jamal Abdillah & Malique
    4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days by Jaclynn Victor
    5. Artis Baru Terbaik - Mojo
    6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di dalam Lagu - Seperti Dulu by Forteen
    7. Video Muzik Terbaik - Sparkle by Yuna
    8. Lagu Pop Terbaik - Patah Seribu by Shila Amzah
    9. Lagu Rock Terbaik - Idola by Azlan & The Typewriter
    10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara - Sudah cukup Sudah by Nirwana Band
    11. Kulit Album Terbaik - unknown *so sorry*
    12. Rakaman Album Terbaik - Hikmah by Nora
    13. Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu - Counting Days by Jaclynn Victor
    14. Anugerah Kembara - Mizz Nina *what?? apapun, congratulations*
    15. Anugerah Sri Wirama - Alleycats
    16. Anugerah Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) - Bahagia Sementara by Jamal Abdillah
    17. Anugerah Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) - Counting Days by Jaclynn Victor
    18. Album Terbaik - SalamMusik
    19. Lagu Terbaik - Patah Seribu by Shila Amzah
    Sepanjang AIM 19 ini berlangsung, ada beberapa perkara yang menarik perhatian ary.
    1. Untuk kategori Lagu Pop Etnik Terbaik, semua calon pemenang adalah lagu Noraniza Idris dan lagu-lagunya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya. Jadi, confirm-confirm lah Noraniza Idris & Fedtri Yahya menang. Dan boleh jadi pula waktu tu, Aznil Haji Nawawi & Adibah Noor mengusik - Saya rasa 'bukan' Noraniza Idris yang menang. Ngeh3.. 
    2. Hampa kerana lagu Teman Pengganti by Black & Malique boleh kalah. Tapi, diakui, lagu Aku Maafkan Kamu lebih senang berada di halwa telinga mereka yang lebih berusia.
    3. Video klip Terlalu Mencintaimu by Suki Low turut tercalon dalam video muzik terbaik. Eh? Selama ni ary cari video klip lagu ni, tapi tak ada. Then, bila search di youtube, video tersebut baru di-upload 3bulan lalu. Eh? Buat video klip semata-mata sebab nak join AIM kah? Kehkehkeh..
    4. Kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara. Kena ada permit, kalau tidak Zed Zaidi cari. HahahaXD  Isu Zed Zaidi selaku presiden SENIMAN yang menjaga kepentingan artis tempatan menjadi bahan oleh pengacara.
    5. Anugerah kulit album terbaik, rakaman album terbaik & susunan muzik terbaik di dalam lagu hanya disiarkan sekali imbas. Mungkin untuk menjimatkan masa. Tapi kesian depa.. Macam tak adil je.
    6. Ucapan selamba Alleycat. Orang lama berucap di atas pentas - 43 tahun nak ucap dalam 30saat mana cukup~ HahahaXD
    7. Cara Aznil Haji Nawawi membacakan twitter yang ditaip oleh remaja masa kini menunjukkan betapa rosaknya bahasa kebangsaan pada masa kini. Inilah jadinya bila perkataan cuba disingkatkan secara melampau. Rosak bahasa dibuatnya.
    8. Jamal Abdillah sekali lagi memenangi anugerah kategori vokal terbaik (lelaki) buat kali kedua setelah 19 tahun. Pertama kali, dia menang vokal terbaik adalah melalui lagu Kekasih Awal & Akhir. Ayah ary suka benar Jamal menang sebab dia memang peminat fanatik Jamal Abdillah.
    9. Alahai, Shila Amzah~ Siap salam cinta hati oiii~ Apapun, tahniah shila. 
    Tahniah kepada semua pemenang. Jadi, stop watching TV. Nak kemas barang. Cha-chang!

    PTPTN Akan Dimansuhkan


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Malam^^


    Pihak pembangkan telah mengusulkan cadangan supaya PTPTN dimansuhkan. Namun begitu, pihak kerajaan menolak dan membantah cadangan tersebut. Pihak pembangkang membuat kenyataan sokongan dengan mengatakan bahawa berdosa kerajaan kerana mengenakan faedah yang dikenakan ke atas PTPTN di atas penggunaan wang rakyat sendiri. Tapi, tidakkah terfikir bahawa berdosa kerana berbuat janji dan tidak memenuhi janji tersebut?


    Sebelum itu, mari kita letakkan diri kita di pihak yang NEUTRAL. Bukan di parti biru, merah, kuning, hijau, putih dan sewaktu dengannya.


    Semasa hendak sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi iaitu institusi pendidikan tinggi, kita berebut untuk memohon PTPTN - pembiayaan pinjaman pendidikan yang disediakan untuk meringankan sedikit beban rakyat. Pada masa itu, ada yang sanggup beratur panjang semasa penghantaran dokumen permohonan. Ary pernah merasainya.


    Dan sebelum duit PTPTN yang dipinjam itu masuk ke dalam akaun, ingatkah lagi akan dokumen perjanjian yang ditandatangani? Ketika itu, termaktublah perjanjian antara si peminjam dan yang bagi pinjam. Tapi, bila tiba saat untuk si peminjam membayar hutang, si peminjam enggan dan melakukan sedaya upaya agar hutang itu dilupuskan. Rasanya, jika kita berada dalam pihak yang bagi pinjam, apa yang kita rasa kalau orang hutang beribu-ribu tapi taknak bayar?


    Ya. Memang duit yang korang pinjam itu duit rakyat. Malah, termasuk duit mak bapak sendiri. Jadi tak salah lah kan kalau duit itu digunakan untuk membiaya pendidikan rakyat secara percuma? - Dialog dari mereka yang ingin percuma sahaja.


    Berapa banyak lagi benda percuma yang korang mahu? Bukan semua benda boleh diberi percuma dalam hidup ni. Jika semua benda diberi percuma, rakyat hanya perlu goyang kaki, maka terbentuk lah satu lagi negara muflis seperti negara Greece. 

    Peduli Tapi Buat Tak Tahu..


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


    Semalam, Afdlin Shauki ada menyatakan dalam rancangan Maharaja Lawak Mega yang disertainya, Kalau tak undi BOBOI malam ni pun tak apa, tapi salurkan sumbangan untuk mereka yang berada di Gaza. Macam tu lah bunyinya walaupun bukan 100% sama dengan apa yang dicakapkan.


    Tahukan korang apa yang berlaku di Gaza? Jika tak tahu, sila google. Jika tahu, apa yang telah korang lakukan setelah berita itu sampai di telinga korang? Ada yang menghulurkan sumbangan dari segi kewangan, ada yang mendoakan keamanan dan keselamatan mereka yang berada di Gaza dan tidak kurang juga dengan ada yang buat tak tahu? Rasa-rasanya korang terdorong di dalam golongan yang mana satu?


    Mari kita buka minda kita. Tidak hanya limit pada perkara yang berlaku di Gaza. 


    Adakah antara korang yang membaca menggunakan produk berjenama Apple? Atau mungkin Samsung? Sony pula bagaimana? Tahukah korang bahawa salah sebuah supplier raw material syarikat-syarikat tersebut menggunakan child labour (buruh kanak-kanak)? 


    Then, apa masalahnya? Ary pasti ada yang akan keluarkan ayat pertanyaan tersebut.


    Di saat kita pergi ke sekolah, kanak-kanak itu perlu bekerja. Bayaran yang diterima pula hanya lah berapa sen jika dibandingkan dengan duit belanja yang kita terima setiap hari. Malah, mereka bekerja lebih dari 16 jam sehari. Masih lagi kita tidak peduli bila kita ditempatkan dalam situasi mereka? Boleh kita buat tak kisah bila adik kita yang berumur 13 tahun bekerja lebih 16jam sehari dan hanya mendapat bayaran 70sen sejam?


    Boikot? Itu je lah yang selalu kita lakukan. Itu juga yang ary selalu lihat di mana orang selalu nak boikot McDonald kononnya disebabkan wang mereka disalurkan ke Israel. Tapi sejauh mana mampu kita boikot? Lagi-lagi dengan keadaan negara Malaysia yang baru membangun tapi terus menambah hutang dari Bank Dunia untuk bajet akan datang. 


    Kita masih perlu mengejar teknologi yang semakin laju membangun ni. Jika tidak menggunakan tablet atau smartphone, kita akan jauh ketinggalan di belakang berbanding negara-negara besar itu. Dilema. Itulah yang berlaku.

    Friday, 16 November 2012

    Android: Berita Teknologi di Appy Geek


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Malam^^


    Ary suka sangat untuk mengikuti perkembangan teknologi. Tak kisah lah tentang apa. Asalkan berkait dengan teknologi. Jadi, aplikasi Appy Geek ini memenuhi kehendak ary. Berita di Appy Geek ini sentiasa terhupdate. Maknanya, dalam sehari, korang boleh membaca pelbagai perkembangan tentang teknologi. 




    Kelemahan aplikasi ini adalah appy geek memerlukan internet untuk digunakan. Maka, jika korang berada di kawasan yang tidak mempunyai rangkaian internet, korang tidak dapat menggunakan aplikasi ini. Dan alangkah lebih baik jika appy geek dihubungkan dengan aplikasi POCKET. Sekurang-kurangnya, boleh juga di-tag dan dibaca kemudian waktu ketika masa lapang atau tiada internet^^


    Update: Appy Geek boleh integrate dengan pocket. Maafkan saya^^

    REVIEW | Filem November 2012 - Red Lights


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


    Dalam bulan November ni je, dah 3filem ary tengok di wayang - Skyfall, Istanbul Aku Datang & Red Lights.  Ary tak berminat untuk buat review Skyfall & Istanbul Aku Datang sebab ary percaya dah ramai yang buat review tentang 2 cerita tersebut. 


    Ary pun ter-tonton red lights ni tanpa sengaja. Sebab ary hang out dengan sepupu-sepupu ary. Dan ada sepupu ary yang masih 18 tahun ke bawah. Hajat asal nak tengok Silent Hill tapi nak, tak nak, kena lah juga tengok Red Lights yang berlabelkan 13PG ni. 




    Sinopsis
    Google sendiri. Tapi dinasihatkan supaya tak payah cari lah. Ini adalah untuk maintain kan rasa ingin tahu tentang cerita tersebut. Barulah THRILL^^


    Pendapat Ary Lee
    Cerita ini pasti disukai oleh mereka yang critical thinking. Standard nya sama macam cerita dari luar negara lain. Permulaan yang agak plain. Tapi ary harap supaya korang jangan keluar dari pawagam tu dulu. Tonton sampai habis. Cerita ini penuh dengan kejutan malah, ada beberapa babak yang tidak terjangka. Ending ini juga agak mengelirukan sebab ary terpinga-pinga, tak faham apa yang dibuat oleh Buckley sehingga Silver mengatakan ,How did you do that?? Eh?? Dah terbagitahu cerita pula. Ngeh3...


    Label: BOLEH ditonton jika tak ada benda nak buat.

    Thursday, 15 November 2012

    Wednesday, 14 November 2012

    Tuesday, 13 November 2012

    Projek BURGER Bersama Ayah^^


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Malam^^


    Ary: Ayah, masakkan burger,ayah.

    Ayah: Esok lah,eh?


    Ary sangkakan ayah gurau-gurau je. Sebab ary pun saja-saja je minta. Hehehe. Tapi tak sangka pula petang tadi ayah betul-betul masakkan burger untuk ary sekeluarga. Beriya-iya dia nak masakkan sampai kan sanggup mencari roti burger satu dunia. Eh? HahahaXD




    Dulu, ayah memang meniaga burger di pejabat. Setiap kali balik tengahari, dia tak makan tengahari tapi sibuk masak burger untuk customer yang terdiri dari kawan-kawan pejabatnya. Just for fun katanya. Huhuhu,.. Tapi disebabkan penat, ayah berhenti jual burger.






    Sunday, 11 November 2012

    Theobroma Chocolate Lounge, The Curve


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


    Menaip selaju mungkin sebelum meneruskan perjalanan untuk ke Klebang & Tengkera^^ Pada Jumaat lepas, ary menghala ke The Curve dengan niat untuk melayan karaoke di Red Box. Pada mulanya, tak jumpa tapi lepas beli tiket Istanbul Aku Datang, baru jumpa red box nya. Al-kisah, memang tak karaoke lah. 




    Habis sahaja melayan movie lakonan Lisa Surihani dan Beto Kusyairi, kami menghala ke The Street, The Curve. Ris yang ajak menikmati makanan di Theobroma Chocolate Lounge. Katanya, sedap cuma harganya MAHAL. Waktu tengok menu pun, ary dah tertelan air liur banyak kali. HahahahaXD




    Tapi, kalau di-calculate, ditolak, tambah, darab, bahagi, ary rasa harganya memang sesuai biarpun mahal. Rasa spageti yang dipesan kami iaitu Marinara dan Carbonara menepati rasa. Malah, aiskrim vanilla yang bernilai RM2.50 itu pun berbaloi bagi kami sebab rasanya yang lagi sedap dan lagi murah dari Tut** Fru**. 










    Malah, sepanjang kami menikmati makanan, kami dapat menikmati persembahan dari live band dan juga scout band. Ngeh3.. Jadi, bagi kami, memang selayanya kami di-caj dengan harga yang sebegitu rupa. Cuma apa yang tidak berkenan pada ary adalah rasa air nya. Air nya macam ada yang tak kena. Pada masa itu, kami memesan latte dan juga ice lemon tea. Air gula diasingkan dan ia memberi kesempatan kepada pelanggan untuk masukkan sendiri berapa banyak yang pelanggan mahu. 




    Ary tahu pasti korang tertunggu-tunggu jumlah yang dibayar kan? Hehehe. Sila jangan terkejut,nyot~ Untuk pesanan Spaghetti Marinara dan Carbonara, Ice Lemon Tea, Latte dan juga Vanilla Sundae, total = RM82.50. Ianya termasuk service charge dan juga government tax. Gulp! Lebih mahal berbanding Bonjour Garden, Sunway Damansara. Tapi, tak tahu pula perbezaan rasanya. Next month, heading to Bonjour Garden pula lah^^

    Thursday, 8 November 2012

    Bila kali terakhir menangis untuk Ibu Ayah?


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat tengahari^^


    Ini adalah ekoran kata-kata pengacara halaqah di akhir video yang ary kongsi pagi tadi. Jika anda rasa mahu menangis, menangislah. Mungkin sudah lama kita tidak mengalirkan air mata untuk kedua ibu bapa kita.


    Bila kali terakhir korang menangis untuk ibu bapa korang? Sebulan lalu? Atau mungkin setahun lalu? Dan bila pula rasanya kali terakhir ibu bapa korang menangis kerana korang? Semalam? Atau korang tidak pernah melihat mereka menangis kerana korang? 


    Sejujurnya, lama sudah ary tidak menangis untuk ibu ayah ary. Dan setahu ary, banyak kali juga ary buat ibu ary menangis. Kalau ayah, tak tahulah pula. 


    Pernah sekali ibu ceritakan tentang tangisan nya yang mengalir di pejabat gara-gara ary. Ketika itu, ary masih di sekolah rendah dan kebetulan ada motivasi dijalankan. Setelah disedarkan, rasa insaf tu membara-bara. Lalu, ary telefon ibu dan memohon maaf atas segala salah yang telah ary lakukan. Teresak-esak ary telefon ibu dari public phone sekolah pada waktu tu. Dan tanpa ary ketahui, selepas sahaja ary letakkan telefon, ibu menangis di pejabat. Cerita itu hanya ary ketahui pada tahun ini. 


    Bermakna selama ini ibu telah banyak menyembunyikan air matanya dari ary. Itu baru ary. Belum kira lagi air mata yang disebabkan anak-anak ibu yang lain. Maafkan ary, ibu..

    Redha Allah s.w.t adalah Kerana Redha Ibu Bapa


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


    Rasulullah s.a.w bersabda dan membawa maksud:
    Redha Allah bergantung kepada redha ibu ayah
    Murka Allah s.w.t bergantung kepada murka kedua ibu dan ayah
    -Riwayat Al-Hakim




    Mengalir air mata semasa menonton video ini seawal pagi tadi. Ini merupakan pengisian baru buat ary.


    Ada benarnya apa yang disabdakan itu. Suka untuk ary kongsikan pengalaman ary. Masih ingat lagi interview ary dengan Smart Focus? Pada mulanya, ary dilarang untuk ke interview atas sebab-sebab keselamatan yang menjadi isu oleh ibu dan ayah. Tapi, kedegilan ary mengatasi segalanya.


    Maka, sepanjang perjalanan ary ke sana untuk interview, ary dihadap dengan pelbagai ujian dan rintangan. Cuaca hujan, jalan jem sehingga memaksa ary berjalan kaki. Membuatkan ary tampil dengan pemakaian yang selekeh kerana lecak-lecak yang dipijak. Diganggu oleh mat rempit ketika perjalanan. Beg duit tertinggal setelah separuh perjalanan, dan banyak lagi. Itulah yang terjadi bila ary lakukan tanpa redha ibu dan ayah. 


    Jadi, ary harap supaya korang tidak ulangi lagi kesalahan yang ary lakukan. Sentiasa memohon keredhaan dari kedua ibu bapa korang dengan harapan apa yang dilakukan diredhai Allah. Insya-Allah..

    Wednesday, 7 November 2012

    Monday, 5 November 2012

    Dikejar 2Motor Area Bangsar


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Petang^^


    Malam sabtu lepas, ary dan ris membuat keputusan untuk study di McD Bangsar. Yelah... Kalau duk kat bilik ni, al kisahnya memang tak study lah kan? Asyik nak terlelap je mata ni. Mengenangkan ada 3test pada minggu depan, kami pun bersengkang mata sambil melahap di McD Bangsar.


    Setelah habis study, makan, menggedik dengan kamera galaxy ace, kitorang pun balik. Waktu tu area pukul 4pagi. Memandangkan ary mula rasa letih, ary minta ris yang drive. 




    Di persimpangan Jalan Bukit Pantai, ris memecut laju kereta. Selalunya ris ni memang type bawa perlahan. Ary pelik dan ary tegur cara ris bawa kereta. Ris kata, ada 2mamat motor kat belakang follow kitorang. Ary kata, mana ada motor. Kereta tu,kan? Ris jawab, cuba tengok betul-betul. Motor lah. 


    Bila diperhatikan betul-betul, memang motor. Memandangkan mereka berjalan seiringan, lampu dari motor itu kelihatan seakan-akan kereta. Ary memang dah kecut perut dah. Terus ary gesa ris untuk pecut lebih laju. Setelah tiba di persimpangan jalan besar, lampu hijau berkelip-kelip dan ary suruh ris kejar lampu isyarat tu.


    Waktu tu kitorang dah macam lipas kepanasan dah. Tapi, alhamdulillah. Lepas kami kejar lampu isyarat, mamat motor tu tak dapat kejar kitorang and ary perhatikan motor tu masuk ke simpang lain. Mungkin juga motor tu tak bermaksud untuk merompak kitorang. Tapi jam dah pukul 4pagi kan? Jadi, kitorang pun kena gak curiga. Huhuhu. Rasa-rasanya after this, ris dah tak ajak study mcD lagi kot. Ngeh3...




    Silap kitorang juga sebab guna jalan shortcut yang sunyi+gelap. So lepas ni, moral of the story, sila guna main road. Huhuhu.

    Thursday, 1 November 2012

    Utilize Penggunaan Google Maps


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Malam^^


    Lately ni ary selalu guna google maps. Tujuan utama selalunya nak cari jalan. Yelah.. Mana lah nak tahu jalan kalau tak biasa. Tapi tahukah korang sebenarnya selain tunjukkan jalan, banyak lagi yang korang boleh buat dengan Google Maps ni. Antaranya adalah untuk cek TRAFIK.


    Pasti ada yang kata ni first time tahu tentang fakta cek trafik guna googlee maps kan? Korang hanya perlu tick traffic di kotak bahagian tepi map tu. Kalau hijau tu maknanya laluan tu lengang dan boleh pandu laju. Kalau merah, maknanya kereta bergerak perlahan.




    Banyak lagi sebenarnya kegunaan Google Maps. Cuma perlu rajin-rajinkan diri untuk menggodek. Hehehe. Tapi zaman sekrang ni orang pakai GPS je. GPS tak perlu pakai internet. Google Maps pula memerlukan internet.


    Apapun, utilize the technology^^

    Pengalaman Interview untuk Internship SMART FOCUS Consulting


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


    Selepas Halim&Lee, Ary mendapat panggilan untuk hadir ke satu temuduga. Kali ini merupakan syarikat konsultan yang terletak di Ampang - SMART FOCUS. Kali ini, temuduga ary mendapat tentangan daripada ibu dan ayah sebab temuduga dijalankan selepas waktu pejabat. Ia merisaukan ibu dan ayah ary. Tapi, kerana kedegilan ary, ary pergi juga. Dengan niat untuk melalui dan menimba pengalaman interview yang berbeza.


    Interview kali ini sememangnya berbeza. SANGAT berbeza. Ary diuji tahap kemahiran ary dalam berbahasa inggeris. Pada mulanya, ary diminta untuk menulis esei - How will add value to the organization? Diikuti pula dengan interview lisan oleh eksekutif berkenaan. Dan diakhiri dengan presentation ringkas - My Dream.


    Apa yang ary suka tentang interview kali ini, ary mendapat tips daripada ekesekutif berkenaan. Macam-macam tips lah. Tips penonjolan personaliti, tips menaikkan berat badan, tips hilangkan jerawat, etc. Disebabkan eksekutif berkenaan ramah bercerita, ary cuma menganggukkan kepala sambil cuba mengutip moral of the story yang ary boleh dapat dari bebelan eksekutif tersebut.


    Apa pula yang ary tidak berkenan adalah keadaan yang mencurigakan. Lokasi Ampang yang memang di tengah bandar terdedah dengan environment yang tidak memberangsangkan. Sedang ary berjalan mencari lokasi interview, ary diusik mat rempit. Cepat-cepat ary berlari masuk ke dalam bangunan berdekatan. 


    Selain itu, keadaan ary di-interview tanpa ada sesiapa di dalam pejabat tersebut lebih mencurigakan. Takkan lah cuma mamat tu seorang je yang kerja lebih masa? Ary cuba berlagak cool tapi dalam hati sebenarnya takut woooo... Banyak lagi sebenarnya. Cuma tak perlu lah didedahkan perkara yang kurang baik. Takut-takut apa yang disebarkan itu tidak betul dan menjadi dosa pula.


    Memandangkan ary sedang was-was dan curiga dengan syarikat tersebut, maka secara automatiknya ary telah keluarkan dari list. Sekarang hanya perlu tunggu dan beri surat penolakan seandainya ary diberi tawaran. 

    hasil tulisan arisyalee.blogspot.com