Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^
Semalam ary berkesempatan untuk memenuhi jemputan untuk menduduki English & Math Assessment untuk mendapatkan biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB).
Assessment kali ini hanya menguji kemahiran individu dalam bahasa inggeris dan matematik. Dan semua soalan pun dalam bentuk objektif. Setiap calon diberi masa selama 1 jam 30minit untuk setiap subjek.
English Assessment (9.15 am - 10.45 am)
Mengikut penerangan dari penjaga peperiksaan, calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 30/50 untuk lulus assessment ni. Tak pasti pula kalau maths pun sama.
Soalan dibahagi kepada 6 bahagian.
Bahagian 1
7 ayat diberi dan terdapat 4 perenggan pilihan. Calon perlu padankan ayat dengan perenggan yang mempunyai maksud pengisian yang sama. Contoh:
1 - Individu ini suka makan sate.
2 - Bercakap semasa makan adalah suatu perbuatan yang biadap buat individu ini.
A - Setiap hujung minggu, ayah akan mengajak kami sekeluarga makan di luar. Saya bukan jenis cerewet dalam pemilihan jenis makanan. Cuma saya paling pantang orang bercakap dalam keadaan mulut yang penuh.
B - Saya masih mencari-cari siapa yang perlu diajak minggu ini. Fatimah dah bosan nak keluar makan dengan saya. Jelak katanya makan sate tiap-tiap minggu.
Jawapan:
1 - B 2 - A
Hah.. Macam tu lah contohnya. Tapi soalan nya tak ada lah tentang sate dan makan. Dan soalannya for sure in English. Agak mengelirukan juga.
Bahagian 2
Bahagian ini seperti fill in the blank. Normally, pilihan A,B,C,D adalah single word kan? Tapi kali ini bukan fill in the blank with single words, but whole sentence. Contoh:
Saya dan adik sangat berbeza. Adik merupakan wakil sekolah dalam bola sepak. ..(1)... Kehebatan adik bermain bola sangat terserlah. ..(2)..
A - Adik saya main bola sehingga peringkat kebangsaan.
B - Itu yang membuatkan dia gembira.
C - Saya pula suka membaca.
Bahagian 3
Bahagian 3 seperti soalan peperiksaan pemahaman bahasa inggeris di sekolah. Terdapat teks bacaan diberi dan soalan pula berdasarkan teks diberi.
Bahagian 4,5 dan 6
Bahagian ini lebih kepada menguji grammar dan vocabulary calon. Perkataan apa yang lebih sesuai digunakan, bila guna past tense, future tense, pengunaan "A, An, The".
Maths Assessment (11 am - 12.30 am)
Kebanyakan soalan adalah lebih kepada matematik modern. Soalan yang agak simple, tapi mengelirukan. Namun, ada juga soalan pengiraan akaun, e.g pengiraan production cost; dan soalan asas addmaths, e.g. index number.
Terkial-kial juga nak buat maths sebab tak study langsung. Memang redah je jawab, yeopp.