Monday, 30 April 2012

Restoran Pak Putra di Kota Laksamana


Kali ni sesi makan-makan agak lewat. Sepatutnya dikongsi pada hari minggu tapi ary tertinggal erl. Itu yang lambat tu. *Ok, tak paham. HahahaXD


Lokasi makan-makan kali ini adalah salah sebuah restoran India-Pakistan yang berada di Jalan Kota Laksamana, Melaka. Wahhh.. Jauh betul lokasi kali ini. Selalunya di Kuala Lumpur tapi kali ni kita beralih arah ke negeri kelahiran ary.




Untuk ke restoran Pak Putra ini, korang boleh menaiki kenderaan sendiri. If  nak naik pengangkutan awam pun boleh aje. Cuma perlu menaiki bus ke kawasan stadhuys kemudian berjalan kaki ke jalan kota laksamana melalui China Town.


Jauh?? Ramai je pelancong mat saleh yang berjalan kaki, takde hal pun. Ary sendiri pernah berjalan kaki dari kawasan Mahkota Parade ke jalan kota laksamana. Tapi waktu tu, jalan berteman. So, takde lah merasa sangat.




Apa yang special di Restoran Pak Putra ni?? Semua makanan bergoreng ada di sini tapi kebanyakan customer di sini akan order roti naan dan juga ayam tandoori. Even ary sendiri setia memesan DOUBLE cheese naan dan ayam tandoori. Sebabnya,, roti naan dan ayam tandoori mereka adalah yang TERBAIK di Melaka ^^


Aktiviti WLA - Mewarna/Mengolah Lukisan Anjuran Admin Dani


Pergerakan trafik blog ary bergerak sangat perlahan pada hari ini. Mungkin faktornya adalah ary update entri entah hape-hape.. Ataupun mungkin kerana ke-slow-an ary blogwalking. *sila abaikan.


Di facebook, ary join satu group di mana ramai pecinta seni berkumpul-welovearts. Mereka sangat pakar dalam menghasilkan vector, karikatur, doodle, etc. Ary join bukan sebab ary hebat dalam bidang lukisan digital ni. Tapi ary mengharapkan agar dengan join group ini, ia sedikit sebanyak mengasah bakat yang kurang pada ary. Mana lah tahu boleh menyerlah^^




Kali ini, admin Dani ada menganjurkan satu aktiviti suka suki iaitu mewarna dan mengolah lukisan. Kalau ikutkan, ary nak buat something different with the painting. Tapi disebabkan ketandusan idea dan kekangan masa, ini sahaja yang mampu ary lakukan.




Biarpun nampak aktiviti ini adalah mudah, tapi sedar atau tidak, aktiviti seperti ini mampu menajamkan lagi pemikiran kritis dan kreatif. 

Monday Blues: We Are Young




Lagu ni dah lama sebenarnya. Dari Nov 2011 lagi. Kali pertama ary dengar lagu ni semasa Glee nyanyikan dalam salah sebuah episod. Semestinya bagi ary, lagu ni versi Glee lebih mudah diterima telinga^^


Tonight
We are young
So let’s set the world on fire
We can burn brighter than the sun

Sunday, 29 April 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI AMERCORNER


Dashboard ary bergerak agak perlahan pada malam ini. Maybe ramai yang menghabiskan masa bersama rakan, keluarga, etc.. Ada ke yang habiskan masa dengan BERSIH 3.0?? Tak payahlah.. Buang masa dan tenaga je^^


Daripada menghabiskan masa dan tenaga pada BERSIH 3.0, adalah lebih baik untuk kita habiskan masa dengan join segmen bloglist ni. At least, dapat up traffic dan tambah kenalan kan? 




So, jom join segmen ni di sini ^^

I'm Speaking in MA-NGLISH^^


Rata-rata rakyat Malaysia zaman sekarang mampu untuk berbahasa dalam bahasa Inggeris. Persoalannya sekarang adalah apakah penggunaan bahasa inggeris itu betul ataupun tidak? Macam ary. Memang ary tau berbahasa inggeris tapi past-present semua tunggang langgang. HahahaXD




Menyedari kelemahan penggunaan bahasa inggeris yang digunakan kebanyakan rakyat Malaysia, pihak Astro mengambil peluang ini untuk memperkenalkan cara pembelajaran baru tentang penggunaan bahasa Inggeris yang betul dan tepat.


Ary tertarik pada beberapa iklan komersial Oh My English! yang ditayangkan di astro. Antaranya adalah tentang penggunaan "CHOP" dan juga "REPEAT AGAIN". Reaksi ary pada awal iklan tersebut.. Apa yang silap dengan penggunaan REPEAT AGAIN tu? Tapi baru ary sedar.. Bila kita sebut Repeat Again, means kita minta orang tu untuk ulang-ulang perkataan AGAIN tu. 


Apapun, seribu penghargaan kepada pihak astro atas usaha anda^^  *Biarpun bil astro makin mahal dan rancangan makin tak best.




Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web Oh My English ataupun Facebook Page Oh My English^^

Tutorial Meletakkan Link Pada Profile


Bila orang follow blog ary, ary mesti akan klik pada ikon follower tu untuk tengok profile follower. Tapi kadang hampa bila ada yang private kan profile dan ada yang tak letak link pada profile masing-masing. 


Bukan mereka je. Malah masalah tersebut berlaku pada ary sendiri. Ary sangka ary dah letak link pada profile ary tapi sebenarnya tidak. Bila ary klik ikon ary dalam follower orang lain, tak keluar link pon???


Ary cuba cara INI untuk solve tapi tak berhasil. Semasa mencari jalan penyelesaiannya bersama-sama dengan tyntha lana - one of my besties in blogging, akhirnya ary ketemu dengan satu cara. ALHAMDULILLAH.. 


Langkah pertama: Klik Join This Site


Langkah kedua: Klik More Options

Langkah ketiga: Klik Add Links dan letakkan link blog korang^^


Ary dah kongsikan cara ni dengan Lana. Mungkin ada yang dah tahu cara ini tapi ary kongsikan pada sesiapa yang masih belum tahu. Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan kepada pendatang-pendatang baru dunia blogging^^

Undian Terkini Mania 29 April 2012




Amekaw! Aril sampai 62%! Gilerr arr.. Tapi frankly speaking, aku memang suka dengan performance mamat ni. Dia bukan setakat penyanyi tapi performer yang baik. 



Thursday, 26 April 2012

Sila Jangan Tertipu 2





Ary memang seorang yang cerewet. Pantang nampak barang yang tak sepatutnya ada di kawasan tersebut, mesty ary akan cakap 'Ni siapa yang ambil barang tapi tak pandai letak balik ni?'.. Tapi ada sesuatu yang cukup liat ary nak buat iaitu lipat baju. Huhuhu. 


Bercakap tentang kemas, seorang perempuan sepatutnya boleh menguruskan dirinya sendiri. Ary jadi pelik bila ada perempuan yang boleh tinggalkan bekas makanan nya sampai jadi berkulat. Kadang, seminggu after makan, baru basuh bekas tu. Ish ish ish.. Dahsyat.. dahsyat..


Ary kenal sepasang couple ni. Pakwe dia, pehhhh.. punya lah pembersih. Memang kawan laki ary yang lain pun kata bilik pakwe tu SANGAT 100% bersih macam bilik perempuan. Tapi yang makwe tu, errrr.. kain baju yang dah pakai main campak atas katil, tisu-tisu yang DAH pakai berselerak atas meja dan lantai. Kontra giler dengan pakwe dia tuh.


Oleh itu, wahai rakan-rakan wanita, untuk menjadi seorang yang bijak mengurus sendiri. Supaya keluarga kita nanti tak adalah huru-hara dibuatnya^^

Siapa Blogger Rajin Blogwalking?


Actually ini merupakan segmen anjuran Tia. Ary dah terjah dah mereka. Cuma tinggal perlu buat entry sahaja. Jadi, dalam ketenangan petang ni, ary lampirkan link-link mereka yang turut menyertai.

Biarpun korang bukan peserta segmen ni, tapi boleh lah menambah kenalan kan?

Contest Doodle Glider


Pehhhh.. 2hari dah tak hupdate.. Sekali hupdate, terus je hupdate pasal CONTEST. Errr.. Kenapa ada H pada perkataan update?? *Saja gedix


Sebenarnya ke-bz-an ary dalam masa 2hari ini adalah disebabkan projek kolej, assignment yang banyak bertangguh dan juga mencari glider di dalam hutan magika.  Sibuk ary sampai masih belum sempat blogwalking ke segmen anjuran Tia dan Zamani. Tapi jangan risau.. ary dah bookmarked dah^^


Contest ini sebenarnya anjuran blog jika itu yang terbaik yang merupakan kepunyaan salah seorang ahli WLA iaitu cik merahitukelabutaikitik.. eh eh.. silap.. merahitujambu^^ 


Setelah berabad lamanya mencari glider di dalam hutan, akhirnya ary bertemu dengan 3ekor glider yang mampu menyanyi ala-ala alvin and the chipmunk. *ok.. mencarut mengarut.




Ary tak tahu nak pertaruhkan mana satu since ary tengok pesertanya hebat-hebat belaka. Jadi, ary hanya mampu berusaha dan bertawakal. Ini disebabkan ary dah kemaruk dengan hadiah yang disediakan. Nak join? Klik SINI ^^


Ary kalau boleh nak menang kategori paling RAJIN, boleh? HahahaXD  Dan lagi best if hadiah dapat sekor glider ataupun sebuah lomo camera. *Bajet menang.    HahahaXD


Tuesday, 24 April 2012

Gila Segmen



Mesty korang pernah jumpa blogger macam ni. Blog dia penuh dengan entri segmen. Kadang-kadang satu hari sampai 4-5 segmen dia join. HUhuhuhu. Diakui segmen sedikit sebanyak menaikkan trafik blog dan memperkenalkan blog korang pada public. 

Ary pun aktif juga join segmen. Namun begitu, before join sesuatu segmen, ary fikir terlebih dahulu-Mampu ke ary habis blogwalking ke blog peserta lain. 

Sebabnya.. ary penah terbaca,.. Tak ingat dari blog sape. Bila join segmen ni, kita ibarat diberikan amanah untuk terjah blog orang lain. Barulah objektif join segmen tersebut tercapai. Bukan setakat join dan buat entri, kemudian, buat tak tahu sahaja. 

Jika kita mengharapkan orang untuk datang ke blog kita tanpa kita perlu blogwalking ke blog mereka, memang payah lah kan? Jangan asyik menunggu trafik tapi melingkau macam ulau tak buat apa-apa *Errrr.. ayat apakah itu??*

Jom Blogwalking Ramai-ramai



Jumlah follower saat ini... 92orang
Itu je?? Klik HANTAR!

Rainbow Cake in a Mason Jar


Semalam ary ternampak satu cake ni. Memang unik. Yang buat bertambah unik apabila kek tersebut ada dalam balang kaca. Wah! Dah lah warna warni. Then, ada cream atas dia. Ary pula memang seorang penggemar cake. 

Ary teringin nak rasa. Mak aiiii.. Mahalnya harga. RM5.50 untuk balang kecik tu? Ciss... Nak tak nak ary beli juga. Secara spontan kawan ary keluarkan ayat, ada juga orang nak beli cake mahal macam ni. Orang macam ary. Wakaka! Hawau punya kawan.

Tapi ary rasa, memang patut pun mahal. Dahlah berlapis-lapis dan warna warni kek dalam balang. Kemas dan cantik plak tuh. Ary dapat rasakan proses pembuatan kek ni agak complicated. Sebab tu lah mahal kot..


Bercakap pasal cake, ary mula makan cake Secret Recipe mulai hujung tahun 2011. Sebelum tu, ary cuma penah dengar je orang citer. HahahaXD Umo 21 baru makan secret recipe,.. Gila ketinggalan zaman betul. And sebelum-sebelum tu juga ary cuma makan kek di kedai kek biasa je. Yang Cap Ayam nuh..

Favourite kek ary di Secret Recipe adalah Hazel Cheese dan New York Cheese. Jadi, sila take note untuk belanja ary makan kek^^ Hahahaha!



Monday, 23 April 2012

Sila Jangan Tertipu




Kalau orang baru kenal ary, mereka akan menyangka yang ary fokus setiap masa dalam kelas. Realiti sebenar: Tak ada maknanya! 

Ayah ary sendiri cakap yang ary memang dari kecil ada masalah FOKUS. Bayangkan, dari sekolah rendah hingga sekarang, ary akan tidur dalam setiap kelas. 10minit pun jadi lah. Sekarang ni, habit tidur tu dah berkurang tapi ary akan main game, or melukis benda-benda sengal. 

Yang paling tak boleh blah, even dalam exam pun, ary tak boleh fokus. Mesty tidur biarpun sekejap. Tabiat tidur waktu exam berlarutan hingga sekarang. Haiiissshhhh.. Apalah nak jadi dengan ary ni = ="

Monday Blues: Kembali Senyum





Lagu ini pada asalnya merupakan lagu Korea tetapi dinyanyikan semula oleh Allahyarham Izwan Pilus. Kini, lagu ini dinyanyikan semula oleh adiknya sendiri, Aril dengan caranya yang sendiri. Mungkin Aril menyuntik unsur jazz dalam lagu ini.

Aku pula sangat gila dengan jazz dan aku rasa aril telah membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri. Ada yang kata persembahan aril pada malam itu ala-ala persembahan okestra RTM. hahaha!

Apapun, buat masa ini, Aril mendahului undian untuk MANIA dengan 19% undian.

Sunday, 22 April 2012

Char Kuey Teow LRT Universiti


Dah lama ary study di UM, baru ary tahu yang di situ ada jual Char Kuey Tiow. Ary pun duduk untuk nikmati keistimewaan Char Kuey Teow bersebelahan Apartmen Vista dan berdekatan LRT Universiti. Yelah.. Ary tengok ramai je tetiap malam. Sedap sangat ke?

Baru je 2-3 minit order char kuey teow Special, char kuey teow kami pun sampai. Urmmmmm~ So far, memang sedap di tekak ary. Bukan setakat char kuey teow, ary dan teman turut order kerang rebus.




Lori char kuey teow bergerak ni cuma jual char kuey teow SAHAJA. Nasi goreng ke.. Mee goreng ke.. Memang takde lar. Korang boleh order samaada nak char kuey teow biasa ataupun special. Bezanya hanyalah kuantiti char kuey teow. Selain itu, ada juga jual kerang rebus dan kerang bakar. 

Apa yang special kat sini? Char Kuey Teow dimasak mengikut pesanan. Maksudnya, jika ada 10pesanan, 10 pesanan itu tidak akan dimasak sekaligus. Tapi char kuey teow tersebut dimasak sepinggan sepinggan. *errr.. paham ke ek?*




Servis cepat. Makanan pun panas-panas. Harga? Kira standard lah. Tak adalah melampau macam makan kat Restoran Rebung Chef Ismail. HUhuhu.

Saturday, 21 April 2012

Hukum Menerima Bantuan Dari Seorang Kafir


Wahhh.. Lately entri asyik berunsurkan keagamaan sahaja. Hehehe. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi sahaja berkongsi persoalan yang berada dalam minda. Persoalan ini muncul apabila mengingati semula scene semasa interbiu makcik yang berada dalam entri Sesatnya Seorang Mualaf.

Semasa kami berbual dengan makcik tersebut, ada seorang lelaki mat saleh yang sedang memegang air tin Carlsbeg mendekati kami. Di berikan makcik tersebut 50sen lalu mat saleh tersebut menyebut alhamdulillah berulang kali


Bukan itu sahaja. Dia turut ada menyebut perkataan Allah dan Muhammad. Ada lagi ayatnya tapi kami kurang jelas memandangkan mat saleh tersebut cakap dalam keadaan mabuk. Perbuatannya bagi aku sangat biadap. Lagi-lagi apabila dia menyebut nama Allah-ku yang SATU serta Rasulullah yang aku sanjungi sambil memegang minuman yang diharamkan. 

Ku lihat makcik tersebut memasukkan 50 sen yang diterima di sebalik pakaian hitamnya itu.

Soalan yang terlintas: Apakah hukum bagi menerima bantuan dari seorang kafir? Lagi-lagi dari orang seperti itu. 

Friday, 20 April 2012

Sesatnya Seorang Mualaf


Terdetik di hati ary untuk berkongsi satu detik yang sangat berharga buat ary. Pada masa itu, ary dan beberapa orang rakan menjengah ke kawasan Bukit Bintang area pukul 3 pagi. Apa yang kami temu? 




Kami tertarik dengan seorang wanita berpakaian lengkap hitam menutupi tubuh dan kepalanya. Apa yang membuat kami duduk dan berbual dengannya merupakan buku yang dipenuhi kalimah-kalimah memuji Allah. Dan lebih mengagumkan lagi kalimah tersebut terdapat tulisan-tulisan kecil memuji Allah.

Jadi, kami berborak dengan makcik tersebut. Menanyakan apa yang ada di sebalik kalimah tersebut. Kami turut nyatakan asal makcik tersebut. Makcik ini rupanya merupakan seorang mualaf. katanya dia belajar islam dari serata negara. *wallahualam kebenarannya*




Namun, kami dapati bahawa makcik ini mula terpesong apabila dia mengatakan bahawa tidak perlu percaya atau BERIMAN pada Allah dan boleh menggunakan kalimah itu hanya untuk mencari kemewahan tanpa perlu beramal. 

Pada pendapat ary, makcik ini pastinya tidak mendapat bimbingan dari pihak yang sepatutnya dan hanya belajar Islam sendiri sahaja. Itu mungkin boleh menyebabkan makcik ini terpesong dari kefahaman Islam itu sendiri. Orang kata, malu bertanya, sesat jalan. 

Semoga akan ada pihak yang membantu makcik ini untuk mengenali Islam yang sebenar. Amin.

Thursday, 19 April 2012

Soalan SPONTAN: Wallpaper Telefon Bimbit Saat Ini?




SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84



Sebelum tidur, adalah afdhal jika aku mencuba nasib untuk menjadi blog pilihan Encik Zamani kita ni. Dengan hanya berbekalkan kesucian blog yang berwarna putih. Dan dipenuhi entri yang masih belum menyengat memandangkan ary masih baru lagi dalam dunia blogging. 

Apapun, mencuba itu penting. CONFIDENT itu penting..

Nak join? Klik SINI.

Wednesday, 18 April 2012

Aduhai Tutor-er ku..


Pertama sekali aku ingin menyatakan bahawa entri ini bukannya untuk mengecil-ngecilkan tutor-er yang dah banyak memberikan tunjuk ajar. Cuma mahu berkongsi sedikit kisah lucu *bagi ary dan kawan-kawan se-tutor*. 


Seperti biasa, tutor-er akan meminta mana-mana kumpulan untuk membuat presentation bagi soalan tutor. Dan akan ada sesi soal-jawab di akhir setiap sesi presentation. Kebetulan, topik yang menjadi perbincangan adalah berkaitan Performance Measurement - Human Resource Management.

Jadi, soalan nya adalah : Why a company needs to evaluate workers' performance formally?


Di akhir presentation tersebut, ary pun seperti selalu mengangkat tangan untuk memberi pendapat tambahan. *Gila Mencapap* 

Jawapan ary: Sir, I think a company needs to evaluate workers' performance manually to avoid unsatisfied employees. It is because when we have guideline to evaluate their performance, there will be no bias issue. Bla bla bla..

Tutor-er cuma memandang dan mengangguk-angguk sepanjang aku memberikan pendapat. Dalam hati aku kata, nasib bek betul. Then, bila aku habis cakap, dia pun sambung..

Tutor: Ok,class. Ary said that we have to perform employees' performance evaluation formally because the worker will get motivated.



MOTIVATED??? Aku pandang kawan aku.. Kawan-kawan aku sengih-sengih.. Masing-masing dah macam kerang busuk. Aku tanya kawan sebelah, wei, aku ada sebut pasal motivation issue ke?? 

Kawan aku gelak.. Dia pun berbisik perlahan.. Aku pun tak faham dengan sir ni. Hahahaha! Disambungnya gelak.

Cissss... Dalam hati bersabar je.. Entah macam mana perkataan BIAS tu diproses menjadi MOTIVATION, aku pun xtau. 

Ok.. Entri panjang giler.. Tapi aku rasa aku je yang akan gelak = =" *Masalah syok sendiri*

Dibuang dan Tidak Boleh Dikutip Semula




Tuesday, 17 April 2012

HASRULHASSAN.COM Promosikan Blog Aku



Tajuk blog?
ary_lee

Nama blogger?
ary

Permulaan berblog?
14 Februari 2012


Why i'm blogging?
Dipengaruhi hasil penulisan mereka yang hebat dalam blogging. Ingin menjadi seperti mereka. Berkongsi kehidupan. Mencari kenalan baru dan berkongsi pendapat serta ilmu.
*Macam jawapan SPM*

Utamakan Apa Yang Perlu


Baru hari Selasa tapi ary dah merasakan kesesakan nya. Untunglah teman ada exam pro. Jadi tumpuan ary boleh dialihkan sedikit kepada perkara yang perlu.




Sebagai blogger, blog akan menjadi perkara yang perlu diberi perhatian biarpun dalam kesesakan. Tapi jangan lah sampai memaksa diri. Tak ada masa nak update? Penyelesaiannya adalah autopublish. Alasan 'Tiada Masa' tidak boleh diterima pakai. Kalau kekeringan idea tu mungkinlah juga.. 

Ini kerana manusia diberikan 24jam sehari dan dalam masa 24 jam itu kita berupaya untuk melakukan apa yang  kita mahu asalkan kena pada caranya. Ary pula masih dalam proses penyesuaian diri dalam membahagikan masa untuk blog dan juga kehidupan peribadi sebagai pelajar, anak dan seorang kekasih. Chewaaaahhh.. Poyos giler ayat.

Tapi ary memang tabik potato spring pada blogger yang mampu lagi hupdate blog biarpun berada dalam kehidupan yang sibuk. Contohnya, abang Ben tu. Dah ada anak pun, masih mampu hupdate sampai 10 entri sehari. 

Apa pula cara korang guna untuk bahagi masa kehidupan peribadi, hupdate blog dan blogwalking? 

Jaket Varsity UM untuk Dijual




Berminat dengan design di atas? Ada lagi satu design lain untuk jaket varsity ni. Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB Dadubintang Arts ni. Tawaran hanya dibuka sehingga 5May 2012 SAHAJA!

Pilihan di McD



Pernah cuba fries di-cicah dengan aiskrim? Itu merupakan kegemaran aku bila di McDonald. Lagi mengiurkan bila fries tersebut masih lagi panas. Memang pelik tapi yang pelik tu sebenarnya yang paling best^^

McDonald sekarang ni cuba memberi saingan hebat kepada KFC apabila mula memperkenalkan McValue Dinner. Memang murah^^ Tapi aku tetap akan cari Rice Plate Combo KFC^^

Monday, 16 April 2012

Rasa Terasing Di Negara Sendiri




Bukan setakat di Kuala Lumpur,.. Malah di mana-mana sahaja. Di pekan Kajang pun, ary mula rasakan ary asing di tanah tumpah darah ary sendiri. Kiri kanan ary kini penuh dengan 'awang hitam' dan juga jejaka serta wanita berambut putih dan perang. 

Ary tidak menyangkal fakta bahawa keamanan Malaysia adalah salah satu sebab mengapa mereka memilih Malaysia. Namun sampai bila Malaysia akan terus begini? Dan apakah satu hari nanti jawatan-jawatan tinggi di Malaysia akan dijawat oleh orang asing seperti mereka?

Ary juga akui.. Kehadiran mereka di negara Malaysia sedikit sebanyak menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara. Kadang, kehadiran mereka-mereka ini dilihat menutup periuk nasi dan peluang rakyat Malaysia sendiri.

Entah sampai bila.. Dan entah bagaimana keadaan di Malaysia 10 tahun lagi.. 

Situasi yang berlaku di UM = ="


Monday Blues: Somebody That I Used To Know


Amaran: Video klip ini mungkin mengandungi unsur 18 tahun dan ke atas




Sesuai lah sangat lagu ni dengan tahap terlampau 'rajin' untuk buat semua benda. Slow motion je lagu dia.. Monday Blues lah katakan..

Video klip dia sangat unik bagi aku. Colouring on human body. Wallauweyhhh~~~ So artistic and sexy^^ Malah, tone muzik ini turut mengingatkan aku pada soundtrack Man Laksa. Yang mana satu? Cari sendiri^^ Satu permulaan untuk mencerdaskan minda pada hari Isnin yang penuh dengan BLUES^^

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough

Sunday, 15 April 2012

Buffet di Restoran Rebung Chef Ismail



Minggu ni ary google 'restoran sedap kawasan bangsar'. Biasalah... Saja-saja nak test makan di tempat baru. Makan di tempat sama setiap minggu pun bosan juga kan? Seminggu sekali jamu selera di tempat baru, apa salah nya. 

Destinasi pilihan kali ini merupakan Restoran Rebung Chef Ismail. Lokasinya adalah berdekatan LRT Bangsar dan terletak berhadapan Wisma Volkswagen. Ary pi nek LRT ja.. 

Di sini, korang boleh pilih whether nak makan buffet atau ala-carte. Jadi, ary memilih untuk buffet. Tak tanya harga pun, waktu tu. Men bedal je. Dalam hati, hope duit dalam poket ni cukup ler nak bayar bil nanti. 




Selepas solat Maghrib di surau yang disediakan, ary dan teman pun mula menikmati makanan yang disediakan. 

Overall makanan di situ adalah makanan kampung. Kata teman, ala-ala negeri sembilan makanan kat situ. Memang banyak pilihan untuk lauk-pauk. Sedap pun sedap. Ulam pun berjenis-jenis. Sambal belacan, cencalok, budu pun ada. Macam hotel lah juga.

Selain nasi putih, ada juga disediakan nasi tomato kottt... entah. tak try pula. Hehe. Nasi lemak pun ada you allsss... Selain nasi campur, they got laksa penang, char kuey teow *xdone nak makan*, ayam dan ikan bakar, sate, nasi impit, kuih-muih, rojak, abc, etc.. *banyak nau ntuk ditulis*

Namun begitu, untuk buffet, hanya abc, plain water, tea & coffee saja disediakan. Untuk air jus, pelanggan perlu order. 




Semasa kami menjamu selera, ada persembahan ala-ala jazz. Lalalala~~ Nak karaoke? Pelanggan di sini pun ada yang karaoke. 

Ary luangkan masa lebih kurang 3jam di Restoran Rebung. Dari pukul 7.45 sehingga 10.30 malam.. Lepas habis makan, ary minta bil. Gulllppppp!  

2x     Buffet Dinner @RM50.00     RM100.00
2x     Orange Juice @RM15.50     RM  31.00
Sub Total                                      RM131.00
Service Charge   10%                    RM   3.10
NET TOTAL                               RM134.10

Harga untuk buffet tu memang patut pun sebab sedap-sedap belaka lauk dan makanan di situ banyak. Yang ORANGE JUICE tu tak boleh blah. Tercekik aku tengok sampai lima belas hinggit! Wakaka! Nasib bek teman sponsor separuh:P 

Apa pun, memang BERBALOI makan di sini. Sebab makanan banyak dan sedap. Tapi, diingatkan supaya tidak order air jus. Hahahaha!



BEN ASHAARI TANYA 5 BLOG BEST PILIHAN SAYA



Ini kali pertama ary join segmen by Mr Beng.. Ooooppppsss... B.E.N.. Jadi segmen ini meminta untuk aku nyatakan 5 blog BEST pilihan aku. Calon-calon bagi blog pilihan ary adalah: *ala-ala ABPBH*

Penyampaian yang bersahaja dan profesional. Suka baca cerita dari cik Tia kita. Maybe sebab cara pemikiran kami serupa kot.

Lyssa Faizureen menjadi tempat rujukan untuk aku customize blog aku yang simple dimple ni. Memang port tutorial blog yang terbaik dari ladang^^

Penggunaan bahasa inggeris yang simple dan mudah difahami. Malah, gambar yang digunakan setiap entri sedikit sebanyak membuatkan aku terus FOLLOW dia. Penulis blog nya merupakan seorang kacukan bugis dan arab-thai. Fuhhhhhh.. Tapi kadang, bebelan panjangnya dan perkataan yang sometimes advanced dari tahap vocab aku membuatkan aku skip membaca nya:P

Friendly. Ya.. Cik Lana ni sebenarnya seorang penulis yang friendly. Hasil penulisan dia macam sentiasa dekat di hati^^ Malah, orangnya juga sangat friendly.

Hasil penulisan cadet pilot ni penuh dengan pengisian ilmu. Maybe sebab En Syazwan ni jauh merantau ke negara orang dan luas pemandangan dia kottt.. 

Susah betul nak pilih siapa antara mereka yang menjadi pilihan. Kalau ikutkan, abang ben pun termasuk sekali sebab lately ni suka pula nak baca entri dia pasal si Qhaliff nuh... Dan blog yang tidak terpilih tu, jangan lah kecil hati. Boleh cuba lagi dalam Digi Woww Awards yang lain. *Ada kaitan ke?*

Friday, 13 April 2012

Siapa Kata Rupa Tak Penting?


Orang kata, biarlah rupa huduh pun, janji hati baik. Tapi tidak kata ary.

Bila kita tidak mengenali seseorang, semestinya benda pertama yang dinilai merupakan penampilan diri. Tidak semestinya perlu hensem cantik kacak bergaya tapi hanya perlu kemas dari luaran. Asalkan sedap mata memandang.

Macam ary. Ya.. ary akui ary akan nilai luaran orang terlebih dahulu. Bukan setakat pada orang tapi semua benda termasuk majalah. Contohnya, majalah EH! Biarpun ary tahu pengisian majalah EH! ni bukannya best sangat and more to fashionista, adakalanya ary akan beli sebab cover dia yang menarik perhatian. 


Tapi perlu diingatkan, don't just judge the book by it's cover since the content are more important^^

Bukan setakat penampilan diri, malah konsep ini boleh diaplikasikan dalam dunia blogging. Blog yang kemas dan menarik dapat menarik perhatian pembaca untuk terus mengikuti perkembangan blog tersebut. Selain itu, rupa blog turut serba sedikit mempengaruhi mood penulis. *Macam penulis profesional la plak*




Sebenarnya, ary nak cerita yang ary tukar header lagi. Huhuhu. Masih tak dapat merasai kesebatian blog dalam kehidupan. Masuk ni, dah 3 kali tukar ni. Hurmmmm.. Header yang macam mana sesuai dengan diri ary sebenarnya ni?

Awak, Tolong Isi Biodata Awak dalam Buku ni..



Dulu, waktu sekolah rendah, selalu bertukar biodata dengan kawan-kawan. Then, dalam buku tu, tunjukkanlah kekreatifan yang ada pada diri dengan lukis corak-corak dan penuhi mukasurat itu dengan warna-warni. 

Buku biodata tu juga akan digunakan setiap hari raya untuk tengok alamat atas tujuan nak bagi kad raya. Selain itu, buku itu turut digunakan untuk cek tarikh lahir kawan kita. 

Ary pun pernah ada buku biodata ni tapi entah ke mana perginya. Budak-budak sekarang ni dah tak main buku biodata lagi dah. Semua duk main FB je. Plus plus advanced dari kita. Huhhuhu.

Monday, 9 April 2012

Sila Elakkan Diri Anda dari..


Semalam dah berlaku sekali.. Dan sekarang lagi satu pula. Bagaikan hilang punca pula bila dah sampai ke kolej = ="

Ary cukup sakit hati bila tengah syiok tengok ABPBH semalam, buffering berlaku setiap 10 saat. Malah, tengok youtube pun, line macam cipot je= ="  Itulah.. Siapa suruh hilang kan broad band?
Benda ke-2 yang ary cukup menyampah adalah bila ary terpaksa padam.. taip.. padam.. taip.. edit.. lastly, tanda PANGKAH di-klik. Memang macam taik bila idea itu hilang secara tiba-tiba. Sengal se sengal sengalnya...


Entry ditaip sebelum jari klik tanda pangkah lagi= ="

Saturday, 7 April 2012

Kita Punya Pilihan



Blogger punya pilihan untuk setting comment.. Samaada untuk buat setting embedded, full page mahupun pop-up window. Apa pun setting, ketiga-tiga itu ada pros dan cons. Ary pun tak tahu nak buat setting apa. Orang kata, kalau nak rajinkan orang comment, buat setting embedded. Kalau nak buat ruang comment keluar kat tempat lain, buat pula setting pop-up window. 

Begitu juga dalam kehidupan,.. Kita ada banyak pilihan. Cuma perlu buat keputusan yang tepat pada masa yang betul.

Mana 1 setting yang lebih baik untuk comment?

Friday, 6 April 2012

Banyaknya Procedure..



Melukis dulu.. Nak melukis pun, satu hal juga. Nak perah otak macam mana nak melukis. Kemudian, nak buat entri pula. Nak fikir ayat untuk post entri. 

Kalau perasan, setiap entri ary ada gambar kartun yang ary cuba lukis. Saja ary nak try. Sebab ary perasan, ada beberapa blogger yang akan lukis dudel mahupun kartun untuk entri mereka dan ary rasa sangat menarik. 

Siapa? Tak payahlah sebut.. Memang ramai.. Contohnya, Dani, merahitujambu, aki, wan hazel,etc.. Mereka memang hebat kerana setiap hari berjaya menyiapkan entri yang ada gambar hasil lukisan mereka sendiri. Ary pun nak jadi hebat macam mereka^^

Asyik-asyik Online.. Tak Ada Kerja Lain?



Tengah-tengah online, ibu tegur, asyik online je. Then, ary pun tonton TV. Banyak channel juga ary tukar tapi semuanya tidak menarik. Lastly, ary sambung online but kali ni guna phone. 

TV laaa ni dah tak banyak cerita baru yang best dan berkualiti. Even ada astro pun, useless sebab cerita yang ditayang ulang-ulang. Kadang-kadang satu cerita tu ditayang 5 kali dalam masa seminggu. Contohnya, cerita 'Lagenda Budak Setan' tu entah kali ke berapa tayang dah semalam. 

Patutlah ibu sekarang ni asyik tidur awal. Tidur awal bukan setakat disebabkan faktor umur yang dah lanjut tapi juga disebabkan dah tak ada cerita best nak tengok. Bagus gak tu..

Thursday, 5 April 2012

3temujanji: Diana Amir Menyerlah



Hari ni ary berpeluang menonton filem 3Temujanji lakonan si cute - Yana Samsudin. Fuhhhh.. Dengan penuh semangat ary tonton. Review? Tak perlu kottt.. Dah ramai sangat yang buat review. Kesimpulan yang aku boleh buat, cerita ni biasa-biasa sahaja^^ 

Apa pun, aku sangat suka pada lakonan Diana Amir. Fuhhhh.. COMEL sangat si Amanda tu. Ni yang aku mula adore pada dia ni. Paling tak dapat lupa dengan babak dia desperate nak kawen sampai suruh Mukhsin kawin dengan dia. Hahaha! 

Banyak lagi sebenarnya scene yang interesting. Dan dialog-dialog dia pun interesting gak. So far, cinematography dia pun cantik. Tahniah kepada Hashim Rejab dan krew kerana telah berjaya menghasilkan 3TEMUJANJI^^

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com