Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^
Ramai orang-orang hebat yang menemukan ilmu-ilmu baru dengan tidak sengaja. Antaranya adalah seperti archimedes, isaac newton, etc. Tapi itu mereka yang hebat. Then, kita yang biasa ni? Apakah mahu terus berada di level biasa-biasa ataupun nak upgrade kan diri supaya sama hebat dengan mereka-mereka?
Tak perlu jadi terlampau hebat. Sederhana pun boleh. Tapi, yang pasti, perlu BERILMU. Ilmu ni pula boleh dipelajari dengan pelbagai cara. Tapi selalunya, ramai yang kata, orang rajin membaca, lebih luas pengetahuannya.
Seorang jutawan yang bernama Dr. John Dermatini menyamakan perbuatan membaca dengan mencelup tangan ke dalam gam. Katanya,"Apabila kita masukkan tangan ke dalam sebotol gam, sudah tentu ada sedikit gam yang melekat pada tangan kita." Begitu juga dengan membaca. Bila kita baca satu buku, walaupun tak mampu nak ingat setiap fakta dalam buku tersebut, tapi pasti ada ilmu dari buku tu yang terlekat dalam minda kita.
Ingatlah juga bahawa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah surah al-Alaq. Ayat pertamanya membawa maksud,"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk." Masihkah ada lagi keraguan bahawa membaca memberikan manfaat?
Cuma fikirkan satu hal. Orang berilmu tidak mudah tertipu. Orang jahil iaitu orang tidak berilmu akan mengikut kata orang lain secara meng-khinzir buta lalu tertipu. Akhirnya, siapa yang rugi? Ary taknak tergolong dalam mereka yang kerugian dan ary harap korang pun sama. Sehari 1muka surat sudah memadai. Tapi, utamakan kalamullah terlebih dahulu ya, sahabat-sahabat^^ *tetiba terasa nak nyanyi lagu Sahabat Selamanya. HahahaXD