Thursday, 27 December 2012

Ary Bond Part 2


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Demam James Bond tak habis lagi. Tiba-tiba ary bertukar nak jadi agen tapi bukan agen 007. Tapi 008 Sebab nya ary suka dengan number 8^^













Ary Bond Part 1


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Bila ary dah tak ada modal nak menulis.. HahahaXD  Maaf kepada yang meluat^^ Sekian, terima kasih^^v



Wednesday, 26 December 2012

Monday, 24 December 2012

Dropbox - Simpan File Di Alam Maya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ary selalu berhadapan dengan masalah terlupa nak bawa pendrive yang berisi dokumen yang ary nak print di kedai. Jadi, bila dah macam tu, tak dapat lah nak print. Tapi, sejak ary dikenalkan dengan aplikasi dropbox oleh lecturer ary, ary tak perlukan pendrive lagi.




Bagaimana Dropbox Berguna untuk Ary?

Bila ary buat assignment, ary akan save dalam fail dropbox yang ada dalam laptop ary. Jadi, once ary save dokumen dalam fail dropbox, ary boleh akses dokumen tersebut menggunakan device lain di mana-mana sahaja. Ary boleh gunakan Galaxy Ace ary untuk akses assignment ary di jamban mahupun di meja makan. Secara konsepnya, dropbox ni seperti windows8 yang menggunakan konsep cloud computing. 


Apa yang Kurang Best dengan Dropbox?

Aplikasi ini memerlukan internet. Ini adalah kerana, bila save dalam fail dropbox, ianya perlu automatically upload di alam maya. Jadi, kalau tak ada internet, tak boleh lah ianya automatically upload. Selain itu, dari segi sekuriti, ary tak boleh nak beri jaminan. Jadi, once fail tidak digunakan, digalakkan untuk delete fail di dalam dropbox.


icon dropbox menunjukkan fail sedang di-upload


Jadi, jika sesiapa nak mencuba dropbox, boleh lah mendaftar secara PERCUMA di sini. Tak salah mencuba. Kalau tidak, tak merasai teknologi dan kemudahan yang ada. Kalau korang nak test akses fail di dropbox menggunakan smartphone, boleh download aplikasi dropbox di playstore.

Saturday, 22 December 2012

Tutorial Lock Mesej & Gambar,Etc. Untuk Android


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Waktu ary sedang menerangkan pada pelawat booth pameran ary tentang File Security Encryption Software, lebih ramai yang berminat untuk tahu cara lock file di telefon bimbit berbanding di lappy. Soalannya berbunyi,"Kalau nak lock file di telefon bimbit,macam mana?"


Untuk lock fail media (media files) seperti gambar, lagu atau apapun format failnya, korang boleh gunakan FILE LOCKER. Cara menggunakan nya, korang boleh buka fail locker tersebut. Kemudian, cari media yang korang nak lock. Korang boleh pilih (select) satu persatu mana-mana fail yang korang nak lock ataupun select all. Then, cuma perlu klik "Lock". Masukkan Password and done. 






Korang boleh tengok perbandingan antara fail yang dikunci dan fail yang tak dikunci seperti di bawah. Fail yang dikunci akan kelihatan seperti kotak-kotak. Kalau korang nak buka fail yang di-lock tadi, korang perlu unlock terlebih dahulu di aplikasi file locker. 




Selain itu, kalau korang nak letak password untuk mesej, korang boleh gunakan aplikasi SMS Lock Lite. Jadi, setiap  kali korang nak view mesej, korang perlu masukkan password terlebih dahulu. Selain itu juga sekali lagi, korang perlu activate kan aplikasi ini setiap kali phone korang off dan di-ON kan semula. Ianya kerana aplikasi ini tidak automatically activated.




Ary kongsikan mengikut pengalaman ary sendiri. Jika korang ada gunakan aplikasi lain, mungkin boleh kongsi di ruangan komen.

Friday, 21 December 2012

Tutorial Membuat Rujukan Format APA Menggunakan Microsoft Word


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kalau buat assignment, ary sangat lemah bila tiba masa nak kena buat bahagian reference. Sebabnya, most of my lecturers prefer student mereka untuk guna format APA untuk bahagian reference. Ary pun tak tahu kenapa pensyarah ary lebih prefer kitorang guna APA. Sampaikan dijadikan dalam salah satu syllabus subjek Kemahiran Maklumat.


Sejujurnya, setiap kali kena buat reference, ary akan google "APA Format for .... (Books/magazine/newspaper/interview/etc.)". Ary takkan pernah ingat biarpun dah buat APA berkali-kali. Huhuhu. Short term memory^^


Baru-baru ini, ary jumpa penyelesaiannya. Sedang ary menggodek microsoft word, setelah sekian lama, baru ary tahu boleh buat reference format APA menggunakan microsoft word. Mudah betul zaman sekarang ni. Jadi, ary akan kongsikan caranya tapi menggunakan Microsoft Word 2010.


Pertama sekali, boleh ke tab REFERENCES >> INSERT CITATION >> ADD NEW SOURCE




Kemudian, akan ada pop-up window. Di window tersebut, boleh lah korang isi maklumat bahan bacaan. Sewaktu fill in the blank, di bahagian "Type of Source", korang boleh pilih samaada nak buat APA mengikut jenis bahan bacaan. 




Selepas klik OK, akan ada citation. Contohnya, (Shirazy,2007). Jadi, boleh padam jika korang nak. Sebabnya itu bukan maklumat bahan bacaan tersebut berformat APA. Itu bukan apa yang korang mahu. Untuk dapatkan maklumat reference berformat APA seperti yang korang mahu, klik REFERENCES>> BIBLIOGRAPHY>> INSERT BIBLIOGRAPHY.




Kemudian, APA format bagi maklumat yang korang nak akan dipaparkan di document korang tersebut. Contohnya: Shirazy, H. E. (2007). Dalam Mihrab Cinta. Kuala Lumpur: Ar-Risalah Products Sdn Bhd.


Buat pengetahuan korang, setiap kali korang masukkan maklumat sewaktu INSERT CITATION, maklumat itu akan kekal dalam master list. Ini bermaksud, jika pada masa akan datang korang memerlukan APA format untuk bahan bacaan sebelum ini, korang boleh menggunakan MANAGE SOURCES di tab REFERENCES. 




Tak perlu takut-takut menggodek microsoft office korang tu. Sebenarnya banyak lagi yang dapat membantu korang dalam menyelesaikan tugasan. Utilize the technology^^v

Wednesday, 19 December 2012

Cautious! Instagram Jual Gambar Pengguna Melalui Perubahan Terma


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Instagram - Aplikasi yang dimiliki oleh ramai pengguna Android dan iPhone. Malah, ramai juga yang rajin meng-upload gambar dalam akaun instagram masing-masing. Jadi, berhati-hatilah kepada mereka yang meng-upload gambar di instagram. Sebabnya, semalam ary terbaca yang Instagram akan jual gambar pengguna kepada advertiser yang berminat. sumber: CNN


Maybe ada yang tak kisah. Tapi ary pasti lebih ramai yang kisah berbanding tak kisah. Bayangkan kalau gambar korang digunakan untuk iklan-iklan produk batin. Macam kes Fatin Liyana tuh. Hah.. Jadi, cautious, darling-darling sekalian. 




Pssstttt.. Nak edit gambar? Pixlr Express lagi best^^ 

Rabu yang Bisu - Sunway Lagoon


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^



Tuesday, 18 December 2012

Beramal tapi Tidak Memahami Apa yang Diamalkan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Sedutan drama di malam hari..


Ary: Weyh, bagus gak kalau amalkan surah al-waqiah.

Teman: Ye ke? Al-Waqiah pasal apa je?

Ary: Errr.. Entah. Tak tahu.

Teman: Macam mana lak kau boleh tak tahu apa yang kau amalkan?

Ary: Better dari tak buat langsung.


Ary saja berkongsi dengan individu tersebut kerana pembacaan ary di internet pernah menyebut surah al-waqiah pembuka rezeki. Tapi betul juga kata kawan ary tuh. Ibaratnya, ary cuma melakukan amalan tersebut sebab orang lain kata surah tu pembuka rezeki. Ary cuma amalkan tanpa mengambil tahu apa maksud surah tersebut. Kenapa surah tersebut dikatakan pembuka rezeki? 


Itu sama juga dengan situasi solat tapi tak tahu kenapa solat. Ada yang solat kerana orang sekeliling solat. Ada yang solat kerana ianya merupakan perintah Allah s.w.t. Tapi apa hikmah solat itu? Mengapa Allah s.w.t perintahkan manusia untuk solat lima kali sehari? Maaf. Ary cuma mampu mengusulkan persoalan tanpa jawapan.


Berbalik kepada cerita amalan Al-Waqiah tadi, ary membaca tafsir al-Quran tentang surah tersebut. Dalam erti kata ringkas, surah itu menceritakan tentang hari pembalasan dan balasan baik atau buruk kepada 3 jenis kumpulan manusia. Dan waktu tu ary terfikir, apa kaitan nya dengan pembuka rezeki? Dari situ terdetiknya hati untuk mendalami sesuatu.

Thursday, 13 December 2012

File Security Encryption Software


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^v





Tiada masa untuk update blog. Jadi ary upload poster yang ary design untuk exhibition kokurikulum ary yang akan diadakan pada minggu hadapan^^v

Wednesday, 12 December 2012

In Bed with Ary Lee!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^




Stop dirty thinking, people! 

Saturday, 1 December 2012

Segmen Pendek: Aku & Lagu


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Setelah sekian lama tidak meng-joinkan diri di mana-mana segmen mahupun contest, akhirnya kerana terlalu buhsan tahap gaban, ary mengambil keputusan drastik untuk join segmen dari Miss Z. 




Lagu ini tak baru. Tapi ary yakin ramai yang tak tahu tentang lagu ini disebabkan penyanyi lagu ini, Robbie Williams tidak sepopular mana. First time ary dengar lagu ini, lagu ini bukan kategori favourite ary. Tapi bila dengar berkali-kali dan ary teliti liriknya, ianya bertukar menjadi lagu yang sering ary replay. 




Kenapa lagu ini? Sebabnya, lagu ini bagus untuk mereka yang ingin berubah. Seperti mana diri ary yang menginginkan perubahan ke arah perkara lebih baik. This time I'll be different, I promise you. This time I'll be special, you know I will. Just don't leave with me in your eyes. 


# Ada lirik dalam lagu ini yang mungkin menyesatkan. Jadi perlu berhati-hati dalam menyebut apa pun.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com