Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^
Setelah lulus
peperiksaan SPA bagi jawatan Akauntan Gred W41 yang berlangsung pada 6 Mei 2014
(alhamdulillah), ary perlu menjalani
Program Assessment Centre (PAC) yang diadakan pada 14 Jun 2014. Kali ini, ary perlu menghala ke ILSAS yang terletak di sebelah UNITEN.
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran seawal 7.30 pagi dan disusuli dengan taklimat dari penganjur pada 9.30 pagi. Jenuh juga nak tunggu 2jam tu. Sabar je lah. Semasa pendaftaran, calon perlu menyerahkan dua borang yang telah diberikan dalam email ataupun boleh di-download di laman web SPA. Ketika pendaftaran, ary diberi sebuah kad yang tertera nombor di atasnya. Nombor itu adalah nombor yang mewakili diri kerana penilai akan menilai menggunakan nombor tersebut.
Aktiviti 1 - Kajian Kes Bahasa Melayu (40 minit)
Kajian Kes ini sangat mengelirukan. Konsepnya ala-ala puzzle. Calon diberikan masa 35minit untuk berbincang dan mencari penyelesaian masalah. 5 minit diberikan untuk membuat pembentangan.
Contoh:
Kelab sukan SMK Padang ingin menanam pokok di sebatang jalan.
1 - Burung tempua membuat sarang di atas pokok yang ditanam Jamal.
2 - Salina menanam pokok limau pada 1973.
3 - Pokok Manggis ditanam ahli Kelab Squash dua tahun selepas pokok yang ditanam Jamal.
4 - Burung kakak tua membuat sarang di atas pokok yang ditanam pada 1974.
Padankan nama pokok, tahun ditanam, nama penanam, jenis burung yang membuat sarang dan tahun ditanam.
Aktiviti 2 - Kajian Kes Bahasa Inggeris (40 minit)
Semasa kajian kes bahasa inggeris, calon perlu sentiasa bercakap dalam bahasa inggeris. Kajian kes bahasa inggeris lebih mudah daripada kajian kes bahasa melayu.
Contoh:
Ahmad is a HR Manager of Computec. Ahmad is responsible for training of non-management. He choose Consultant A with package of 3days training, which will focus on customer satisfaction and the cost is 25k. Another offer given by Consultant B is, training of one day which will cost 8k and will focus on sales clerk.
a- Do you agree with Ahmad? Why?
b- What would you do before send employees for training if you are Ahmad?
Aktiviti 3 - Pengucapan Awam/Public Speaking (5 minit)
Dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu? Itu semua akan diberitahu semasa sesi taklimat selepas pendaftaran. Topik yang diberikan adalah umum - Kesihatan, Teknologi maklumat, Budaya, Sukan, Sosial, Pengurusan, Kewangan, Audit, Ekonomi, Hal ehwal semasa, Pendidikan dan Sejarah.
Ary dapat SEJARAH. *sigh* Sejujurnya, ary dah cakap awal-awal dengan ibu, "Kalau dapat sejarah, mati owang. Dahlah selalu failed sejarah = =" "
Tips yang diberikan fasilitator: Keyakinan diri. Pengisian tidak menjadi masalah.
Aktiviti 4 - Debat (85 minit)
Perbincangan: 15minit
Pusingan 1: 30minit (Tidak dibenarkan mencelah)
Pusingan 2: 40minit (Dibenarkan mencelah)
Tajuk yang diberikan pada kumpulan ary:
Graduan dari IPTA tidak memenuhi keperluan kerja.
Kebetulan, side ary perlu menjadi pencadang. Waktu tu, Omaiiigadddddddd... Dahlah ary sendiri dari IPTA. Hak hak hak. Ibaratnya, macam kutuk diri sendiri pula. HohohoXD
Tips dari ary:
Just enjoy yourself! Have fun! Niatkan di hati, pengalaman itu yang penting. Kawan baru. Environment baru. Dan sila ambil bahagian dalam semua aktiviti. Pesanan terakhir -
Jangan terlalu berharap kerana anda bersaing dengan lebih kurang 1000 calon yang lain. Good luck for next batch candidate!