Sunday, 19 January 2014

Projek Go-Kart di Melaka International Motorsports Circuit (MIMC)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ucapan jutaan terima kasih kepada adik ary yang belanja main Go-Kart. Birthday treat katanya. Lokasi projek kali ini adalah Melaka International Motorsports Circuit (MIMC). Landmark lokasi ini adalah simpang berdekatan dengan tol Ayer Keroh, jalan ke arah Durian Tunggal. 




Bayaran untuk go-kart adalah RM40 untuk 10minit. Jadi, kalau bawak laju, banyak lah lap korang dapat main. Macam ary, 1lap ambil masa 2minit gak. Bawak slow sebab takut accident punya pasal. 


RM40 tu memang harga standard untuk go kart. 2 - 3 tahun sekali boleh lah untuk mengambil pengalaman. Kalau selalu, memang TAK lah. HahahaXD




Kehidupan ini bagaikan sebuah lukisan dan terpulang kepada pelukis untuk menentukan keindahannya. Dan ini adalah lukisanku.



Saturday, 18 January 2014

Cerita Sepetang Semasa Lunch


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Cerita ini berlaku ketika "A-Day Camp" di Ulu Yam, Selangor. 


"Eh, ary. Tak ada line lah. Macam mana nak check in facebook ni?" Kawan ary tetiba teriak waktu tengah sibuk masak ayam. Dah memang tradisi orang zaman moden. Mental ambil gambar ayam untuk post di facebook.


"Tak ada line? Jap." Ary pungut ranting kayu yang ada di kaki dan mula mencoret sesuatu di atas pasir. Hasilnya......... Taaadaaaa!




"Aku dah lukiskan line. Cer-cek. Ada line tak?" Ha-ha-haXD

Friday, 17 January 2014

Projek A-Day Camp di Sg Tua, Ulu Yam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^




Beberapa hari lepas, Ary the Explorer bersama kawan-kawan merancang untuk sebuah "A-Day Camp" di Sungai Tua, Ulu Yam. Orang lain sibuk berarak pada pagi Maulidur Rasul, kami sibuk terjun sungai. Dan sejujurnya, ini PERTAMA kali ary mandi sungai. As one of my friends said, you are such a truly city girl, ary. Yes, indeed!


Landmark lokasi ary kali ini adalah Gombak/Batu Caves/Ulu Yam. So, jika korang nak ke sini, cari lah papan tanda yang ada tempat-tempat tersebut. Tapi, di-suggestkan jangan lah pergi ketika Thaipusam ni. Takut tersangkut dalam keadaan trafik yang sangat teruk. 




Timing yang paling sesuai untuk datang ke Sg Tua, Ulu Yam adalah pada waktu pagi. Sebabnya, waktu tu air tak berapa nak deras dan masih surut. Jadi, boleh lah main area waterfall. Dan mulai pukul 12 tengahari dan ke atas, makin ramai yang datang. Jadi, ia akan menyukarkan lagi untuk mendapatkan tempat yang strategik. 


Ary tiba di sana pada pukul 10 pagi dan pada masa itu, beberapa pondok yang berdekatan dengan sungai telah pun dihuni. Tapi kami bernasib baik sebab ada yang nak balik waktu kami sampai^^




Pada masa itu, kami pilih untuk stay di kawasan yang ada waterfall kecik. Kenapa kecik? Sebab memang waterfall tu kecik. Tapi, kecik-kecik jangan dibuat main woiiii.. Ary sendiri injured ditolak tekanan waterfall. Ini disebabkan terlampau excited, melompat-lompat dengan kaki yang sebelah tempang. Dah lah sebelah dah tempang. Bila dua-dua dah tempang, apa jadi? = ="


Toilet ada disediakan tapi sangat terhad. Toilet je ada. Shower tak ada. Lokasi toilet: After jambatan gantung. Lokasi toilet pun nak inform ke? Penting woaaahhhh.. Kang ada yang membuang tepi sungai, saper nak jawab?? 


Btw, masuk sini akan dikenakan bayaran which is RM1 untuk dewasa. Kanak-kanak RM0.50 kot? 


Update: Another story dari side teman bersama di Ulu Yam - Norfa Nil

Saturday, 4 January 2014

Semua pun nak!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Pendirian macam lalang? Kejap mahu itu dan kejap mahu yang lagi satu? Pernah tak berhadapan dengan masalah macam ini? Ataupun memang selalu berlaku dalam kehidupan seharian korang? Salah satu masalah ary adalah pendirian/kemahuan ary sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap. 


Contohnya, bila ary keluar beli barang, ary akan ambil sesuatu barang yang ary nak beli. Tapi bila dah pusing satu shopping mall tuh, ary letakkan semula beberapa barang di tempat asalnya. Alasannya, masih belum betul-betul perlu. Alasan lebih klise: Ia kehendak dan bukan keperluan. 


Those things are cute but I know I can't just buy those to please myself. So I just took pictures of those. FYI, waktu tu ary form 4 rasanya.
 
Tahap keseriusan masalah 'letak balik barang' ary ni sehingga membuatkan ibu ary kata,"Beli je lah barang tu kalau nak". Dan jawapan klise ary,"Dah tak rasa nak beli". GagagaXD  


Bagi ary, ini adalah salah satu masalah yang besar gak. Sebabnya, boleh jadi bila DAH beli sesuatu barang, takut akan timbul rasa menyesal dan hati akan terdetik,"Kalau lah dulu aku....". Dialog nya berbunyi lebih kurang macam tu lah. 




Masalah baru ary adalah, ary menjadi teragak-agak untuk mengekalkan NIKON 1AW1 dalam to-get  in 2014 list sebab ary rasakan ianya adalah kehendak dan persoalan yang timbul adalah "Untuk apa??" Ingin digantikan dengan Experia Z1 yang menjadi perancangan awal semasa penghujung 2013, tapi sayang lah pula nak tukar phone baru. 


Rasa ada tak cara untuk menetapkan hati pada sesuatu? I'm might good in planning something but I'm not good in following my plan.

Wednesday, 1 January 2014

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com