Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Kebanyakan tandas yang ada di Malaysia ni adalah tandas duduk. Moden lah kononnya. Sebenarnya nak selesa kan pengguna tandas. Tapi, kebanyakan pengguna akan rasa geli untuk duduk di atas tandas itu disebabkan title "Tandas Awam". Ye lahhhh.. Bermacam-macam jenis orang guna tandas tu.
Perasaan geli itu pasti ada walau sedikit. Ada yang geli sampai mengambil keputusan untuk mencangkung di atas tandas duduk tersebut. Sebab tu, kadang-kadang nampak kesan hitam dan kotor tapak kasut dekat tempat duduk tandas tersebut. Ish3..
Ary nak pesan pada mereka yang suka sangat mencangkung atas tandas duduk agar hentikan perbuatan anda. Ianya adalah kerana jika anda mencangkung, terdapat possibility untuk perkara di bawah berlaku.
Keadaan yang terakhir sekali tu memang rare (jarang berlaku) tapi PERNAH berlaku. Jadi, sebelum kaki anda dipotong kerana cedera parah, adalah lebih baik jika anda belajar untuk menggunakan tandas duduk dengan betul. Dulu, ary turut mempunyai masalah untuk membuang air dengan menggunakan tandas duduk. Namun begitu, ibu ary berkongsi tips untuk tidak mencangkung di atas tandas duduk.
Caranya mudah saja. Ambil seberapa banyak tisu dan alaskan di atas tempat duduk tandas tersebut sebelum membuang air. Kalau rasa nak siram dulu tempat duduk tandas menggunakan air pun boleh^^ Jadi, dengan cara ini, tak perlu mencangkung lagi. Tak dapat imagine? Sila rujuk gambar rajah^^
HahahaXD Lawak lah plak bila buka kelas buang air. Biarpun ini merupakan perkara asas, tapi tak boleh pandang remeh. Berhentilah menjadi manusia moden yang tidak bertamadun^^
"Nabi s.a.w pernah berkencing berdiri disebabkan penyakit pada belakang pelipat kaki antara kaki dengan betis. Tetapi kalau kencing berdiri tanpa sebab, (melainkan sebab dah tak tahan atau kencing duduk nanti kena najis pada pakaian), maka hukumnya MAKRUH."
- Sumber: Artikel Gaya Saya Jaga Kebersihan by Shadiya Abbas, Gen Q Isu 19.
# Bagaimana pula dengan lelaki yang kencing berdiri?