Thursday, 30 May 2013

Cukuplah Sekadar Teman Biasa


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ibu ary kata, dia tak pernah ada best friend. Bagi dia, semua kawan merupakan kawan biasa. Tak kisahlah if orang tu anggap dia macam kawan baik pun, tapi dia akan tetap kata orang tu hanya kawan biasa. Dulu, ary rasa macam weird. Boleh ke hidup tanpa seorang kawan baik?


Hari ini, hati ary rasa sedih. Bukan sedih sebab kawan ary tikam ary dari belakang. Tapi sebab kawan ary tikam seorang lagi kawan ary dari belakang. Nampak rapat tapi mengata dari belakang. Ary sedih sebab nya  bagi ary, kalau tak ikhlas nak kawan dengan seseorang, no need to look nice in front of her. Munafiq. Tak kisah lah if just kawan biasa. Hati still kena IKHLAS. 


Kalau macam ni lah kawan baik, ary lagi rela cuma berkawan biasa daripada berkawan baik.  Orang kata, makin kita kenal seseorang, makin jelas keburukan yang kita nampak. 



# Which one is me?
## Lagu tema- People Like Us by Kelly Clarkson

Saturday, 25 May 2013

Buat Keputusan Menggunakan Hati dan Akal


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Siang^^


Apa salahku kau buat ku begini,.. Dalam dilema di antara jalan derita.. 


Lagu Dilema dendangan Nora mengiringi permulaan penulisan pada hari ini. Dilema yang sentiasa menemani manusia. Nak itu or ini? Yang mana satu? Even nak makan apa pun, boleh jadi dilema.


Hari ini kita akan membincangkan tentang dilema yang terbit ketika diri terpaksa membuat keputusan. Bila dilema menjelma, pesanan ringkas (SMS) dari ary adalah: Guna akal, Ikut hati.




Beruntunglah jika akal dan hati seiring. Tapi bagaimana pula jika akal dan hati berlainan arah dan keinginan? Akal kata tak boleh, hati kata mahu. Bila hati ingin, akal dah terang-terang kata HARAM. Adakah kau rasakan kadang hati dan fikiran tak selalu sejalan seperti yang kau harapkan?*


Ada masanya, bila itu yang berlaku, lakukan pertimbangan yang sewajarnya. Bila benda tu dah sah-sah salah di sisi undang-undang negara mahupun agama, walaupun hati mahu sesangatnya, hati terpaksa mengalah dan menurut kata akal. Tapi bila akal menghalalkan apa yang salah, tanya hati. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Dosa ialah apa yang menimbulkan resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang" (Hadith Sahih Muslim)


*Merupakan lirik Mata, Hati, Telinga by Maliq & D'Essentials

Sunday, 19 May 2013

Tips Pertama Kali ke Istana Budaya (IB)



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera^^




Jika ini kali pertama korang ke IB, tentu ada pelbagai soalan yang bermain di fikiran. Jadi, bagi memudahkan korang, ary nak kongsi sedikit tips. Mungkin buat masa ni korang tak perlukannya, but in the future.. maybe^^ 


1 - Tips Perjalanan
Kalau korang dah lama menetap/belajar di area KL atau Selangor, pasti tak ada masalah dengan isu perjalanan. Tapi, jika korang masih ragu-ragu tentang lokasi IB, adalah lebih baik untuk korang check laluan perjalanan menggunakan Google Maps. Sekurang-kurangnya, tak sesat dan duit minyak dapat dijimatkan. Landmark IB: Tasik Titiwangsa, Jalan Tun Razak.


2 - Tips Pengangkutan
Pengangkutan awam yang korang boleh naik adalah Monorail Titiwangsa. Tapi dari situ, korang perlu naik bas atau teksi untuk ke IB. Jika naik kereta pula, parking adalah percuma. Tapi terus terang ary pesan, agak susah untuk dapat parking yang available. Macam ary, ary datang 2jam awal. Jadi, senang lah sikit dapat parking.


3 - Tips Makan&Minum
Terdapat gerai-gerai menjual makanan dan minuman yang berada di dataran IB. Harganya pun agak berpatutan. Tak lah mahal walaupun IB tu adalah salah sebuah tempat yang ada standard.Dinasihatkan untuk makan&minum terlebih dahulu sebelum menonton performance terlebih dahulu supaya tak lah lapar sangat nanti untuk tunggu performance tamat. Unless, if korang nak spend your money di kaunter IB semasa intermission, boleh je. Tapi ary tak tahulah pula harganya. Huhu.Yang ary nampak, ramai datuk-datin yang beli di kaunter tu waktu intermission.
Selepas menonton performance pula, korang boleh menikmati Sany Char Kuey Teow yang terletak di belakang IB. Kalau jalan kaki dari IB pon boleh. 




4 - Tips Pemakaian
Simple words: Kemas dan beretika. Boleh je pakai jeans sebenarnya. Untuk panduan sepenuhnya, sila rujuk laman web etika pemakaian IB. Selain itu, korang tak perlu risau akan suhu dalam hall IB tu nanti. Ary rasa, suhu dia sedang-sedang. Tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.


5 - Tips Kemudahan
Terdapat toilet dan surau disediakan di IB. So, tak perlu risau yang korang akan tertinggal solat,etc.




Itu je lah 5 tips mudah untuk mereka yang pertama kali ke IB. Jangan duk jakun macam kami ni hah. Teruja masuk IB biarpun dah pernah masuk IB before this. 

Sunday, 12 May 2013

Teater Chow Kit Road! Chow Kit Road! Penghormatan Terhadap Karya Allahyarham Sudirman Haji Arshad


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ary menjengah Istana Budaya untuk menyaksikan kehebatan teater Chow Kit Road! Chow Kit Road! pada hari kedua tayangan iaitu 11 Mei 2013. Sebelum tayangan, ary telah meletakkan kayu ukur bahawa teater  muzikal ini mempunyai impak yang hebat kerana ia menggunakan lagu-lagu penghibur nombor 1 Malaysia iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.


Teater ini diarah dan ditulis oleh seorang yang berbangsa Cina. Biarpun pengarah dan penulis merupakan seorang yang berbangsa cina, beliau dapat mengarah lalu menghasilkan karya yang cukup bagus buat ary. Ditambah dengan gabungan bersama pelakon-pelakon yang mampu berlakon, menari dan menyanyi dengan baik (biarpun masih belum tahap excellent), Chow Kit Road! Chow Kit Road! mampu memberi kepuasan kepada penonton.


Penonton beredar semasa intermission.. A call of nature.. Ngeh3..


Teater ini berlangsung selama 2jam. Termasuk intermission, boleh jadi 2jam 15minit. Huhuhu. Tapi, jangan risau. Waktu intermission, korang boleh membeli snacks/drinks yang dijual di luar hall.


Antara lagu-lagu yang mendapat sentuhan baru adalah lagu Warisan, Punch Card, Chow Kit Road, Pesta Dunia, Pertemuan Abadi, Aku Penghiburmu, Pelangi Petang, Merisik Kabar, Di dalam Sepi itu, Kulit, Dari Kerana Mata, Cahaya Hidupku, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, Aku Penganggur, Aku dan Perasaanku dan beberapa lagu lagi yang ary tak dapat kenal pasti tajuknya. Supposed dikatakan ada 20 lagu Allahyarham Sudirman. Lagu dan koreografi pilihan ary: Introduction teater lagu punch card, Dari Kerana Mata & Pesta Dunia+Aku penghiburmu.


Pengenalan barisan pelakon di penutupan teater. Cahaya melampaui kualiti kamera, nampaknya..


Ary tak dapat nak kongsi ulasan-ulasan positif mahupun negatif dengan lebih mendalam lagi tapi ary nak highlight beberapa point penting:
  1. Terdapat beberapa lagu Sudirman yang pertama kali ary dengar semasa persembahan. Contohnya, pertemuan abadi dan pesta dunia.
  2. Menyaksikan kemunculan semula Yazid AF setelah sekian lama biarpun hanya watak tak berapa besar.
  3. Menyaksikan lakonan ramai kaum bukan melayu di atas pentas teater. Mereka lebih hebat, ceq habaq... No racism here, hokeyh?

Jika korang masih belum menonton teater ini, better korang pergi watch this theater. Harga tiket bermula pada harga RM55, RM110, RM170. Ary guna student card. So, dapat duduk di position RM170 pada harga RM55!! Tayangan berlangsung bermula 10 Mei hingga 26Mei 2013.




Afterthis, nak tengok Nyonya pula^^v  Psssstttt.. Hari tuh terserempak dengan Amy Mastura & Misha Omar^^ 




Info tambahan: Allahyarham digunakan untuk merujuk kepada si mati yang beragama islam. Membawa maksud "Semoga Allah merahmati.." 

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com