Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^
Semalam, semasa ke Setia City Mall, ary perhatikan ramai yang sanggup beratur panjang di MPH. Yelah.. Tengah ada baucer buku ehsan kerajaan. Suka lah ramai pihak sebab dapat beli buku tanpa keluarkan duit sendiri kan? Termasuk lah ary^^
Tapi, setiap kali ary ke kedai buku, ary akan buat persiapan terlebih dahulu. Ingat exam je ke perlu buat persiapan? Serba-serbi dalam kehidupan ini memerlukan perancangan. Tanpa perancangan yang rapi, apa yang dibuat macam serba tak kena. Contohnya, bila memasak, nak kena plan: Nak masak apa, apa bahan-bahan dia, etc.
Jadi, untuk shopping buku, ary akan menggunakan alternatif Goodreads untuk merancang buku apa yang patut dibeli. Goodreads ni merupakan sebuah laman sosial seperti facebook, twitter, myspace, friendster, etc. Bezanya adalah goodreads lebih fokus pada kelompok pembaca buku. E.g buku ilmiah, komik, jurnal, etc.
Cara ary cari bahan bacaan yang best melalui Goodreads:
1 - Taip satu tajuk buku yang interesting yang pernah ary baca. E.g The Ideal Muslimah.
2 - Tengok senarai buku lain yangturut tersenarai bersama-sama buku ini dalam list pembaca lain di bahagian kolum Lists with This Books.
3 - Ary akan google harga buku yang macam best bagi ary.
Dengan membuat perancangan yang rapi sebelum ke kedai buku, masa dapat dijimatkan. Tak adalah baru nak tercegat spend masa yang lama kat kedai buku tu. Malah, kita dapat plan beli buku mengikut bajet kewangan kita^^
*Macam karangan SPM lah plak^^