Wednesday, 20 June 2012

Percutian di Langkawi | Beras Terbakar


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^




Destinasi pertama ary selepas menjejakkan kaki ke Langkawi adalah Beras Terbakar. Ary menjadi agak excited untuk tahu apa yang ada di sana. Dengan cuaca yang agak menghangatkan badan dan mampu menjadikan pisang kepada pisang goreng, ary menuju ke sebuah rumah. Ary sangka kan rumah tersebut adalah muzium. Rupa-rupanya, rumah orang daaaa....




Tak ada apa pun di Beras Terbakar. Cuma di laman rumah tersebut ada laman tapak beras terbakar yang tersisa. Kelihatan banyak duit syiling bertaburan di situ. Sah! Pastinya ada kepercayaan syirik di situ. 




Di bahagian tepi juga ada sampel beras yang terbakar. Selain itu, banyak juga kedai-kedai di kawasan tersebut. Tapi, untuk penerokaan sejarah yang lebih, memang tak ada. Tapi bagi memastikan perjalanan ke Beras Terbakar tidak sia-sia, kami sempat menjamah ABC di kawasan tersebut. Gggggrrrrrrr... Syiok siot makan ABC waktu musim 'summer' ni :P

Tuesday, 19 June 2012

Masih Ingatkah lagi Apa yang Ustazah Ajar di Sekolah Dulu?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat ber-selasa^^


Sedang ary mencari info tentang solat jamak dan qasar, secara tiba-tiba ary berasa kecil. Kerana ia pernah diajar di sekolah. Bukan setakat sekolah rendah. Malah di sekolah agama dan turut diulangi ketika di sekolah menengah. Malah, di peringkat universiti, rasanya ustazah ada membincangkan tentang solat ini. Tapi ary lupa. Mungkin kerana tidak mem-praktikkannya setelah sekian lama.


Rasa-rasanya, jika ary tanyakan pada korang, APA ITU RUKHSAH SOLAT? Adakah korang boleh menjawabnya dengan detail? Ataupun cuma boleh memberi jawapan dasar-dasar sahaja. Pasti akan ada yang cakap, hah.. macam pernah dengar term 'rukhsah solat' tu..


Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT. Sumber: tayibah.com


Kalau student pengajian islam di peringkat universiti pasti dapat menjawab soalan tersebut dengan mudah. Tapi bagaimana pula dengan student beragama islam yang berada dalam bidang lain? Masih mampu kah lagi untuk ingat semua asas-asas yang diajar di peringkat sekolah dulu? Tepuk dada tanya selera. 


Huh... Ary pun banyak kena revise semula ni. Malunya tak tahu @_@ 

Hadiah dari Blogger - Jun 2012


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat siang^^


Ary harap yang masih belum terlambat buat ary untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat 2orang blogger ini kerana telah memberikan hadiah kepada ary dan membuatkan kehidupan di blog semakin berseri. Blogger yang dimaksudkan adalah Tyntha Lana dan juga cik merahitujambu. 




Ary amat lah terharu dengan pemberian cik lana iaitu komik Bodyguard.com. Komik itu diberikan bersama-sama pemulangan komik yang ary pinjamkan pada Lana dulu. Bertambah harunya ary apabila dalam nya ada  sekeping nota kecil yang mengharukan lagi keadaan apabila Lana kata itu merupakan komik pertama yang Lana baca. Huwaaaa~~ Harunya~ 




Merahitujambu pula mengotakan janjinya untuk memberikan ary hadiah di atas kemenangan ary sebagai doodle sugar glider paling kreatif. Hadiahnya adalah tiket pelancongan ke Paris, sebuah TV LCD, sebuah kere..... eh?? bukan eh?? Silap= ="    Hadiahnya merupakan doodle, phone strap dan juga sugar glider felt yang dijahit sendiri oleh merahitujambu. Ary demand sugar glider betul sebenarnya tapi felt pun, felt lah. Janji sugar glider kan?^^




Hadiah itu pastinya akan menjadi pengikat silaturrahim antara ary dan mereka^^ *pengikat?? hyperbola betul= ="

Monday, 18 June 2012

Tips Bercuti | Barang yang Perlu Dibawa Seorang Blogger Separuh Masa


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat malam semua^^


Ary sedang sibuk mengemas barang untuk dibawa bercuti pada esok hari. Insya-ALLAH, ary akan ke Langkawi esok^^ Excited nak ke Langkawi sebab kali terakhir ary ke Langkawi ketika ary berumur 12 tahun. Itu pun rombongan sekolah. Nak tunggu parent ary bercuti, memang tak lah~ Ayah tak berapa suka bercuti. Dia suka sponsor anak dia bercuti je. HahahaXD




Ary cuma membawa 1 beg sandang je untuk percutian selama 3hari 2 malam ni. Errrr... Muat ke ary?? Muat je^^ Jom kita usha barang apa yang ary bawa. *Bajet retiss je ada orang nak usha.

  • Pakaian jalan & pakaian tidur & pakaian tuuuuttt- Total 4 helai baju, 2seluar, dan beberapa helai tuuuttt. HahahaXD
  • Telekung & kain batik. Kain batik tu menggantikan tuala sebab nak bawa tuala, tebal sangat. Telekung tu wajib bawa. Dalam keseronokan bercuti, perlu juga ingat pada Dia.
  • Alatan mandi - Ary bawa shampoo, pencuci muka, berus gigi dan juga sabun. Yelahhh.. takkan tak basuh rambut tu sampai 3 hari kan? Errrrr...
  • Gadget - Handphone itu confirm dibawa. Laptop untuk menghupdate & mengadap blog. Charger juga jangan dilupa. Memory Card reader pun ary siap bawak tau.. Ary tak bawa camera sebab ary cuma mampu ambil gambar guna handphone je. HohoXD
  • Buku Nota - Apa fungsi buku nota? Buku nota tu mengandungi planning sepanjang di Langkawi, bajet percutian *mana boleh main belanja je, dan juga peta arah jalan di Langkawi. 
  • Boarding pass - Itu ada pada teman ary. So, ary tak payah fikir nak bawa. HahahaXD Yelah.. Sekarang ni check in on-line je kan? ^^

Itu lah dia benda-benda yang ary bawa. Muat kot dalam 1 beg sandang. Tak kuasa nak letak barang kat kargo sebenarnya. Nanti di-cas RM10. *eh.. betul ke kargo?? Hentam saja lah labu~

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com