Friday, 30 November 2012

Berilmu tapi Tidak Beramal


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


"Ary, aku pelik lah kau ni. Kau ada ilmu agama. Tapi kenapa kau macam ni eh?" 


Soalan yang diajukan membuatkan ary terdiam seketika. Ary cuma manusia biasa. Manusia yang melakukan kesilapan berulang kali. Memang pelik.. Bila seseorang yang ada ilmu agama bertindak seperti mereka-mereka yang socialista. *socialista lah sangat. 


Ary pernah diajukan soalan oleh lecturer di dalam kelas - "If Malaysia really practicing Islam, why we don't enjoy the benefit of Islam? e.g peace, humanity, unity." Jawapannya mudah sahaja. "Actually Malaysia are not really practicing Islam. We are only admit that we are practicing Islam, however we are not," 


Ramai yang mengaku dirinya Islam. Namun berapa ramai yang betul-betul mengamalkan nya? BERUBAH. Sesuatu yang sukar dilakukan dan ianya tidak berlaku dalam sekelip mata. Jika ianya sukar, lakukan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan membaiki solatmu kerana ianya perkara pertama yang akan ditanya. 


Ary juga masih sedang mencari.. In shaa ALLAH^^

Wednesday, 28 November 2012

Saturday, 24 November 2012

Kenapa Ary suka menonton Glee?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Glee merupakan rancangan drama siri berbahasa inggeris yang ditayangkan di saluran FOX. Glee juga sudah memasuki musim ke-4. Ary mula mengikuti glee sejak musim ke-2. And sampai sekarang, ary tak pernah miss walau satu episod pun. *Alangkah indahnya if ary tak miss membaca al-quran walau sehari pun,kan?*


Why I would love watching Glee?

  • It's musical. Salah satu elemen kegemaran ary adalah muzik. Glee ini adalah berkonsepkan musical di mana pelakon-pelakon akan menyanyi dan menari untuk beberapa babak tertentu. Malah, terus terang ary cakap, ary lebih mengikuti lagu-lagu inggeris apabila lagu tersebut dinyanyikan dalam Glee. Contohnya, lagu Everyone's Talk. Biarpun lagu tu dah lama, tapi ary mula minat nak dengar selepas tonton episod 5 glee - The Role You Were Born To Play.


  • Glee memaparkan realiti sebenar dalam satu masa. Realiti sebenar kadang-kadang tidak dapat diterima oleh masyarakat kita. Contohnya, isu hubungan sejenis yang dipaparkan melalui watak Blaine, Kurt, Brittany dan Santana. Ianya membuatkan Glee di-protest oleh beberapa pihak. Dan ary tertarik pada perkara baru yang ditampilkan Glee baru-baru ini iaitu berkaitan dengan Dyslexic.
  • Pelakon-pelakon yang sedap mata memandang. Hehehe. Itu sesiapa pun akan tertarik. Kalau dah pelakon dia hensem, cantik dan comey belaka kan? 
  • Glee would improve my english^^ Biarpun bahasa inggeris yang digunakan dalam Glee adalah diibaratkan bahasa inggeris pasar, namun begitu, glee dapat menambah pengetahuan dari segi vocabulary, penyusunan ayat, etc.

  • 4 sebab tu cukup tak rasanya? heheheXD

    Friday, 23 November 2012

    Dia Ibu Dia Sahabat


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


    Selalunya orang kata Dia Kekasih Dia Sahabat. Tapi berbeza dengan ary. Sejurus ary letakkan telefon,..


    Teman: Kau cakap dengan siapa dalam telefon tadi?

    Ary: Mak aku.

    Teman:  Mak ke? Seriously aku ingat kau cakap dengan kawan. Selamba giler kau borak ngan mak kau.


    Ary tak tahu macam  mana orang lain berbual dengan mak masing-masing. Tapi itu lah gaya bila ary berbual dengan ibu ary. Masih mengekalkan rasa hormat, tapi cuba berbual sebagai seorang sahabat. Mungkin juga disebabkan umur ary yang menginjak dewasa. Atau mungkin juga sebab ary anak sulung. Jadi ibu lebih open untuk berbual dengan ary tentang apa saja.

    hasil tulisan arisyalee.blogspot.com