Thursday, 31 January 2013

Cara Mudah Menjadi Golongan yang Hebat


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^






Ramai orang-orang hebat yang menemukan ilmu-ilmu baru dengan tidak sengaja. Antaranya adalah seperti archimedes, isaac newton, etc. Tapi itu mereka yang hebat. Then, kita yang biasa ni? Apakah mahu terus berada di level biasa-biasa ataupun nak upgrade kan diri supaya sama hebat dengan mereka-mereka?


Tak perlu jadi terlampau hebat. Sederhana pun boleh. Tapi, yang pasti, perlu BERILMU. Ilmu ni pula boleh dipelajari dengan pelbagai cara. Tapi selalunya, ramai yang kata, orang rajin membaca, lebih luas pengetahuannya. 


Seorang jutawan yang bernama Dr. John Dermatini menyamakan perbuatan membaca dengan mencelup tangan ke dalam gam. Katanya,"Apabila kita masukkan tangan ke dalam sebotol gam, sudah tentu ada sedikit gam yang melekat pada tangan kita." Begitu juga dengan membaca. Bila kita baca satu buku, walaupun tak mampu nak ingat setiap fakta dalam buku tersebut, tapi pasti ada ilmu dari buku tu yang terlekat dalam minda kita. 


Ingatlah juga bahawa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah surah al-Alaq. Ayat pertamanya membawa maksud,"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk." Masihkah ada lagi keraguan bahawa membaca memberikan manfaat? 


Cuma fikirkan satu hal. Orang berilmu tidak mudah tertipu. Orang jahil iaitu orang tidak berilmu akan mengikut kata orang lain secara meng-khinzir buta lalu tertipu. Akhirnya, siapa yang rugi? Ary taknak tergolong dalam mereka yang kerugian dan ary harap korang pun sama. Sehari 1muka surat sudah memadai. Tapi, utamakan kalamullah terlebih dahulu ya, sahabat-sahabat^^ *tetiba terasa nak nyanyi lagu Sahabat Selamanya. HahahaXD

Wednesday, 30 January 2013

Monday, 28 January 2013

Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah by Muhammad Rusli Amin


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^




Buku ini membuka pemikiran ary tentang hikmah di sebalik perbuatan solat yang disyariatkan kepada umat Islam.  Dulu, ary pernah terfikir mengapa kita sebagai umat Islam diwajibkan untuk bersolat lima kali sehari? Mengapa solat itu yang utama? Dan bukan puasa? Zakat? Kenapa?? Kenapa??!! *Ok. Ter-OVER. Harap maaf. HahahaXD


Tidak kah korang terfikir semua itu? Lalu, selepas membaca buku hasil tulisan Kiai Muhammad Rusli Amin ini, ary mula menyedari keindahan bersolat. Jadi, ary memang suggest korang baca buku ini. Buku ini bukan sentiasa memberi pengetahuan, malah memberi motivasi secara indirectly. In shaa ALLAH^^


Buku seterusnya yang ary ingin kaji adalah : Sejarah Agama Yahudi. Kenapa? Sebab ary ingin tahu kisah di sebalik kekejaman Israel terhadap Palestin. Ibu bertanyakan soalan, kenapa buku-buku ini yang menjadi pilihan? Jawapan ary, ilmu itu luas dan ary ingin tahu tentang subjek-subjek yang diutarakan buku-buku tersebut. 



Saturday, 26 January 2013

Fish&Co : Santapan di Paradigm Mall


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera^^


Hujung minggu ary kali ini diluangkan dengan menonton PARKER lakonan Jason Statham dan pengisian perut di Fash&Co. At first, we planned to have our dinner at Manhattan Fish.. Errr. Betul ke Manhattan Fish? WakakaXD However, tiada branch Manhattan Fish di Paradigm Mall. Jadi, kami melabuhkan punggung di tempat yang sewaktu dengannya iaitu Fish&Co.




Berdasarkan laman web Fish&Co, perniagaan ini asalnya dari Kota Singa, Singapura sebelum diluaskan ke Malaysia. Jadi pada malam itu, kami pesan Italian Fish & Chips, Seafood Baked Rice, Iced Water & Passion Fruit. Rasanya memenuhi selera bagi ary. Huhuhu. 





Harga pula berpatutan. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Total bagi menu yang kitorang order, Italian Fish & Chips (RM15.95) , Seafood Baked Rice (RM17.95) , Iced Water (RM0.80) & Passion Fruit (RM5.50) + Service Charge = RM44.20. Tapi,kalau cuma ada RM10 dalam poket, lupakan saja niat untuk membuat pesanan kecuali kalau ada orang lain yang nak bayar :-P






hasil tulisan arisyalee.blogspot.com