Thursday, 28 February 2013

Merancang Perbelanjaan Perjalanan melalui Pengiraan Tambang Tol


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Jika kita dah terbiasa pergi ke suatu destinasi, tak payah nak ambil tahu sebab kita dah hafal. Tapi, andai nya destinasi itu merupakan destinasi yang belum pernah kita pergi atau jarang pergi, pastinya tambang tol akan menjadi salah satu isu. 


Baru-baru ini, kerana kesempitan poket, ary merancang perjalanan ary sebaik mungkin. Bukan pergi mana pun,. Balik Melaka je pun. Kampung sendiri. Tapi untuk langkah berjaga-jaga supaya ary tiba di destinasi mengikut bajet yang ditetapkan, terpaksa lah ary google tambang tol dari Kota Damansara ke Ayer Keroh.


Plus ada menyediakan kalkulator tambang tol di laman web mereka. Hanya dengan memasukkan destinasi permulaan dan destinasi yang dituju, kita sebagai pengguna tol, boleh tahu berapa tambang tol yang perlu dibayar. Macam ary, ary target untuk mulakan perjalanan dari Tol Kota Damansara dan keluar di tol Simpang Ampat. Jadi, tambang tol yang perlu dibayar adalah RM18. 


Bila dah tahu bajet, barulah boleh memulakan perjalanan dengan tenang^^


Update: Hasil dari perancangan, ary berjaya balik tanpa kegusaran. Setibanya di Simpang Ampat, ary membayar tol tambang seperti yang dijangka. RM18! Ini bermakna, aplikasi yang disediakan Plus boleh dipercayai^^

Sunday, 24 February 2013

Bonjour Garden Bakery Cafe


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^



Ada yang mengidam nak makan chicken chop. Jadi, semalam ary pun ke Bonjour Garden yang terletak berdekatan dengan Burger Bakar Abang Burn, Sunway Damansara. Dah biasa dah lalu tepi Bonjour Garden Cafe ni tapi buat pertama kalinya menjejakkan kaki di sini semalam. 




Waktu kami baru tiba di cafe tersebut, kami terus mendapatkan tempat duduk dan menulis menu yang kami nak di atas borang yang disediakan di atas meja. Selepas borang diisi dengan nombor menu yang boleh didapati di dalam menu ala-ala surat khabar, borang tersebut perlu dihantar sendiri ke cashier ye. Huhu.  


Cordon Bleu


Menu yang diorder adalah ringkas. Chicken chop + Cordon Bleu + Latte. Plain water diberi secara percuma. Jadi, kalau nak save, tak payah order air pun boleh.Hehe. Rasanya boleh tahan sedap. Ary bukan lah type yang makan mashed potato tapi, first time makan mashed potato yang disertakan dalam menu Cordon Bleu, mashed potato tu seakan-akan melt dalam mulut. Pehhh.. 


Chicken Chop


Harganya adalah standard harga makanan kafe yang high class. Ala-ala Theobroma Chocolate Lounge juga lah. Total untuk Chicken Chop (RM18.90) + Cordon Bleu (RM19.90) + Latte (RM9.80) + Govt Tax + Service Charge = RM56.40. 

Ada ke tempat makan chicken chop yang murah area KL/Selangor ni?


Lagi gambar di Bonjour Garden Bakery Cafe:




Thursday, 21 February 2013

Bernyawakan Pasir Di Balik Kaca


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Pernah dengar lagu Live Like We're Dying dari Kris Allen, salah seorang bekas juara rancangan realiti american idol tak lama dahulu? Antara bait-bait yang menarik perhatian ary adalah So if your life flashed before you, what would you wish you would've done?


Seandainya sebelum malaikat maut menjemput, dia bertanya apa yang dimahukan? Pasti ramai akan menjawab, ku mohon putarkan kembali masa supaya dapat ku tebus segala. Tapi hakikatnya, ianya adalah mustahil sama sekali. Mengangis air mata darah sehingga tercirit-cirit ketakutan, masa itu tidak akan kembali.


Tapi masih belum terlambat untuk berhenti dan hidup seakan-akan tiada esok untuk diri. Rasa-rasanya, jika baki nyawa diibaratkan seperti pasir di dalam gelas kaca, tinggal berapa lama lagi mampu ia bertahan?




Tuesday, 19 February 2013

Jangan Banyak Tanya, Boleh Tak?



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Pernah diajukan soalan seperti tajuk entri kali ni? Selalunya ungkapan seperti itu ditujukan pada masa-masa seperti di bawah:

1) Bila individu tersebut dah malas nak layan. Tapi condition ini selalunya bila yang bertanya itu adalah kanak-kanak. 

2) Bila individu tersebut sedang mengejar masa dan nak cepat. So, daripada mengambil masa menjawab dan menjelaskan, individu tersebut lebih prefer untuk kita cuma buat tanpa banyak bertanya.

3) Bila individu tersebut dah tak tahu nak jawab apa. Ini kes taknak menyerah kalah. HahaXD





Bertanya. Itu lah satu-satunya perkara yang digalakkan ketika di dalam kuliah, seminar mahupun mana-mana perjumpaan ilmu. Tapi selalunya, kalau dalam kuliah fakulti ary, everybody dalam mode silent. Secara tiba-tiba kuliah yang hingar-bingar ketika lecturer sedang bercakap berubah menjadi hening seperti filem bisu dan masing-masing menoleh kanan kiri melihat yang lain.


Tapi ada juga di mana bertanya itu tidak perlu. Tapi untuk sesetengah perkara sahaja terutamanya hukum-hakam agama. COntohnya, Kenapa pula lelaki boleh kahwin empat tapi perempuan tak boleh? Ary tertarik untuk meng-quote satu perenggan yang ary terbaca di laman web lain. Ulang sekali lagi. Quote di bawah bukan milik ary lee. CUma disampaikan semula.


"The muslim's basic rule is to follow the commands without trying too hard to understand precisely why a text commands or forbid something. But if he has some knowledge of the reason behind the commands, then praise be to Allah. Alhamdulillah"


Terpulang untuk setiap individu samaada untuk ambil tahu atau tidak tentang hikmah di sebalik setiap suruhan. Tapi suka untuk ary beri andaian. Bayangkan ada 2 doktor, A & B. Kedua-dua ada ijazah & merupakan A student. Tapi A sahaja yang mampu explain kenapa prosedur perubatannya adalah sebegitu rupa sambil menampilkan fakta dan huraian yang bernas. Tapi B hanya mampu mengucapkan, dah buku kata macam tu. Rasanya, which one adalah doktor yang better?


Update 25hb Feb 2013:

Ary mendapat respon dari seorang teman. Katanya dia tidak bersetuju dengan pendapat ary. Katanya, bertanya tentang Islam itu bagus. Hujahnya, kalau kata orang tanya, "Kenapa pula lelaki boleh kahwin empat tapi perempuan tak boleh?" Tak boleh ke tanya soalan tu? Bila soalan tu ditanya, ianya akan membuka minda tentang hikmah sesuatu hukum.


Boleh. Bertanya tentang hukum hakam agama ini sememangnya boleh dan digalakkan tapi jika ianya sehingga membebankan pemikirnya, tak perlu lah bertanya dan berhentilah berfikir. Takut-takut akan tersalah akidah pula nanti.


Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud:
"Syaitan akan mendatangi kamu dan bertanya, siapa yang mencipta itu dan ini? Siapa yang mencipta itu dan ini? Sehinggalah syaitan akan bertanya: "Siapakah yang mencipta tuhanmu?" Sekiranya ia berlaku, maka hendaklah dia meminta perlindungan daripada Allah s.w.t dan berhenti memikirkannya." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Entri ary ini tidak bermaksud untuk mengharamkan perlakuan bertanya tentang hukum agama. Tidak juga menafikan The Power of Questioning. Cuma ary ingin katakan, bertanya tentang hukum-hakam agama yang boleh membebankan lalu membawa kepada permasalahan akidah adalah tidak digalakkan.

Perkongsian entri ini juga adalah kerana pengalaman ary sendiri yang pernah memikirkan sesuatu yang menafikan kekuasaanNya. Astaghfirullah Al Azim. Bak kata pensyarah ary, curiosity is good. But the curiosity should be controlled^^

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com