Thursday, 15 August 2013

Pergaulan Orang Islam Dengan Bukan Islam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Selamat Hari Raya! Tetiba je.. HahahaXD   Dalam beraya ni, ada tak kawan bukan islam yang datang beraya ke rumah? Rumah ary, tetiap tahun, akan ada kawan ibu dan ayah yang bukan Islam datang beraya. Mereka tampak lebih seronok bila hari raya. Sebab apa? Maybe sebab makan free kot. HahahaXD


Dulu, ary cukup lah anti dengan orang bukan islam especially Ca-Ya-Nun-Alif. Lagi-lagi waktu belajar sebab ary rasa diorang ni je yang nak conquer top student di UM mahupun waktu sekolah. Sedangkan waktu tu diorang meniru senyap-senyap waktu exam. Bukan pandai mana pun. Itu lah pemikiran ary waktu tu. 


Tapi pemikiran ary berubah apabila ary mula bekerja di DKSH Corporate Shared Service Centre (CSSC) yang hampir 80% di-conquer oleh bangsa tersebut. Diorang ni memang sangat bagus bekerja. Cepat, tangkas. Berbeza dengan bangsa melayu. Ary sendiri pun terpaksa stay back sampai malam untuk catch up balik jalan kerja diorang. 


Berbuka dalam kereta dengan strawberry given by my Non-Muslim's buddies^^


Malah, diorang ni lebih concern dan friendly bila kena pada caranya. Bayangkan, diorang buat gathering waktu buka puasa. Bila diorang terorder Tiramisu with congested alcohol inside, diorang orderkan kek pavlova untuk ary. Siap lagi diorang kata pada ary, do not have to be jealous cz kek yang diorang makan tu tak sedap pun. HahaXD


Malah, dalam Al-Quran ada menyebut:
Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah al-Hijr,ayat 85)


Sedangkan Allah s.w.t menuntut kita berbuat baik pada golongan bukan Islam di dalam Al-Quran. Berbaik dan berbuat baik tu pun jangan lah sampai memesongkan akidah pula ye. 




Contengan di atas ni adalah apa yang berlaku di pejabat ary apabila kawan-kawan non-muslim ary ni sibuk bertanyakan pasal Islam pada salah seorang  muslim di pejabat ary.  Tahan gelak ary waktu tu. Yelah.. Takkan nak gelakkan kawan tu kan? Moga dia ambil iktibar ye^^ Huhuhu.

Saturday, 3 August 2013

Aku, Kamu & Side Mirror


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^



























Jualan Murah Barangan Eletrik Jenama MORGAN - MORGAN Midyear Warehouse Sale!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^  *since 2am already :-P. Plus, it's Autopublish.


Sudah-sudah lah issue tentang Izzue dan Shera. Moga mereka bahagia dengan kehidupan baru masing-masing. 


Raya makin menjelang tiba. Selalunya masa ni semua dah tersedia kan? Jadi, sila check list semula. Perhiasan rumah? Baju raya? Juadah raya? Duit raya untuk ary? HahahaXD


Jika ada yang berniat untuk menggantikan barangan eletrik yang dah rosak kat rumah tu, boleh lah ke MORGAN Midyear Warehouse Sale 2013 di DKSH Malaysia PJ, Jalan Universiti. Landmarknya adalah bersebelahan Jaya One. 




Apa kaitannya DKSH dan MORGAN? 
DKSH adalah tempat kerja ary sekarang. Kaitannya adalah, jenama MORGAN adalah hak milik DKSH. Macam Famous Amos tu. Sebenarnya DKSH punya tapi DKSH membuat keputusan untuk masih menggunakan nama Famous Amos atas sebab brand Famous Amos tu dah ada strong brand. Macam tu lah if we put it in simple way. Antara brand lain yang merupakan hak milik DKSH adalah Coffee Bean, BiO LiFEdan lain-lain. *sebab tak ingat. HahaXD


Selalunya bila DKSH mengadakan Warehouse Sale, ianya hanya dibuka kepada staf SAHAJA. Tapi, kali ini, warehouse sale dibuka kepada orang ramai (PUBLIC). Jadi, boleh lah plan belanja shopping korang through price list kat bawah ni. 




Tapi, ingat. Jangan pula berlebih-lebihan kerana sesungguhnya sikap suka berlebihan tanpa perlu mungkin akan mengundang kemurkaan Allah. Mungkin juga merugikan diri. Wallahualam.

Wednesday, 31 July 2013

TRUE STORY: Epilog "Siapa yang Dia Pilih?"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Suzuki Swift Merah ber-plat XXX 6061 adalah satu-satunya kereta di tempat letak kereta. Kelihatan Izzue sedang duduk termenung, memandang kosong pemandangan luar kereta.Seketika dia menoleh ke seat penumpang di sebelah. Kelihatan Shera tersenyum. Jemari Izzue cuba menyambut jemari Shera tapi hanya angin yang dia peroleh. Ternyata, itu hanya bayangan dirinya saja.


Sebak menguasai diri. Dadanya sesak. Fikirannya kusut. Air mata mencurah-curah sehingga terasa diri seperti anak kecil teresak-esak kehilangan ibunya. Bibir menyebut nama Shera tapi tiada siapa menyahut. Tiada juga yang menenangkan seperti selalu.


Lagu-lagu di radio pula seakan-akan turut bersama mengamati erti sebuah perpisahan. Dari satu lagu ke satu lagu. Pupus dari Dewa, That's why you go away dari MLTR, Hanya Aku dari Hyper Act, lalu terbawa sehingga "Dia yang Kau Pilih" dari Shahir. 




Mulut Izzue menyumpah lagu-lagu yang diputarkan. Macam tak ada masa lain je nak pasang lagu macam ni. Huh!


Telefon berdering. Kelihatan nombor asing bagi Izzue. Itu tidak menjadi sebab untuk dia tidak mengangkat panggilan tersebut. 


"Ehem.. Uhuk! Hello," Izzue cuba selindungkan suara nya yang tenggelam kerana puas menangis.


"Hi. May I speak to Izzue Fakhri?"


"Izzue speaking,"


"Hi,Izzue. I'm Eliza, calling from Kraft's Food. Edmund called you just now,right? Straight to the point, we would like to offer you for Junior Master Data Executive. Bla bla bla.. So, what do you say?"


Izzue terkedu. Tersenyum. Alhamdulillah.




Buka mata, hati, telinga
Sesungguhnya masih ada yang lebih penting
Dari sekadar kata cinta
- Mata, Hati, Telinga by Maliq & D'Essentials

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com