Tuesday, 31 December 2013

Semua Ex Saya adalah Kawan Saya Tapi Bukan Awak..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Berjalan perlahan sambil membaca komik di tangan. Terdengar seakan suara manusia bernama lelaki dan perempuan sedang bertelagah. Perlahan langkah dihentikan. Ary mendiamkan diri, cuba memasang telinga.


"Why? Kenapa kita tak boleh jadi kawan? Macam you dengan Suzanne. Both of you pernah bercinta 5 tahun, but still you kata dia kawan you kan? But kenapa I tak boleh?"


"Sebab I betul-betul cintakan you! If I benarkan you jadi kawan I, maksudnya I have to face the truth that I can't accept! Bukan sebab I taknak, tapi I tak boleh. Just go away from here!" Ary melihat perempuan itu pergi meninggalkan lelaki yang sedang tertunduk teresak-esak. Ary kenal lelaki itu. Siapa dia? Biarkan rahsia.


"Kalau kau sayang dia, kenapa kau suruh dia pergi? Kenapa kau tak cuba stand for her? Plus, jadi kawan pun cukup kot. Asalkan dapat spend time dengan dia," Ary mula mencelah. Biarpun ary dapat lihat tangisan yang mengalir dari seorang lelaki.


"Untuk apa jadi kawan ary? Aku boleh jadi kawan dengan semua ex aku, tapi bukan dia. Sebab aku betul-betul sayangkan dia. If aku terima jadi kawan dia, hati aku ni takkan dapat baik. Aku akan terus berharap agar dia kembali pada aku. Dan hati ni masih sakit. Masih sakit,"


Ungkapan "Masih sakit" seakan-akan berdengung di telinga. Ary faham apa yang dia rasa. Kadang, kita perlu membuang seseorang yang kita sayang secara fizikalnya - Unfriend di Facebook, berlagak tidak pernah mengenali, etc. Bukannya sebab kita dah lupa pada dia. Bukan juga sebab kita dah move on. Tapi sebab kita nak kurangkan rasa sakit. Tapi pasti kesakitan itu masih ada. Biarpun hanya secebis.

What Happened to You on New Year's Eve?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Pada malam tahun baru, di setiap sudut lokasi atau di mana jua, ary pasti banyak perkara yang berbeza yang sedang berlaku di keliling kita pada malam ini. 


Mungkin ada yang berduka. Mungkin ada yang sedang berbahagia dan bergembira. Ada yang memilih untuk berpisah. Dan mungkin ada yang baru saja berkenalan. Malam tahun baru ini mungkin membawa seribu erti pada sesetengah orang dan sesetengah lagi mungkin merasakan tiada erti yang perlu ditafsirkan.


Ary pula hanya menghitung masa. Dengan harapan, diri ini dapat 'bernafas' semula. 

Saturday, 28 December 2013

Lonely? Boring? Need Girlfriend?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Setelah habis melepak di sekitar Sunway South Quay pada jam 2-3 pagi, dan ketika beransur ke kereta, ary nervous tengok kertas yang diselitkan di cermin kereta. Mana tahu, kot-kot surat saman. Sebabnya, ary tengok cermin kereta orang lain, tak ada pon apa-apa kertas terselit di cermin kereta depa. Dengan pantas, tangan mencapai kertas yang melambai-lambai. *metafora sungguh ayat itu. Ayat nak teater.




Maka terkejut lah beruk melihatnya. Ini mesti kerja warga asing ni. Eja GIRLFRIEND pun tak lepas. Ary rasa, depa ni aim kenderaan tertentu je. Yang nampak macam kenderaan player tu, kenderaan tu lah yang di-aim. Kenderaan je nampak player. Pemandunya setia. GagagaXD   Setia SANGAT! 


Hah! Yang duk gatai tangan nak test market and pi tekan number kat atas tuh, ary babap nanti! 

Friday, 27 December 2013

Secebis Pesan dari #TiketKeNeraka


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Salam Jumaat yang penuh Berkat^^




Sentap? Ary pon = ="

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com