Tuesday, 25 March 2014

Setiap Individu adalah Model


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Model. Selalunya model ni dikaitkan dengan kata adjektif "Cantik". Sebabnya, semua model peraga baju tu semua cantik-cantik. Mana ada yang hodoh. Dan disebabkan adjektif "cantik" itu, bukan semua orang boleh jadi model. Hanya orang yang cantik je boleh jadi model.


Tapi, the fact is kita SEMUA adalah model. Model yang ary maksudkan di sini adalah contoh, example, description dan sewaktu dengannya. Kita adalah model cara pengajaran ibu bapa kita, model agama, model bangsa kepada orang ramai. Bukan hanya certain people saja tapi setiap individu.




Selalunya, orang terbiasa dengar, bila kita melangkah keluar, kita bawa nama mak bapak kita. Jarang sekali dengar, bila kita keluar, kita bawa nama agama kita iaitu ISLAM. Ary pun tak pernah terfikir sebelum ni. Tapi apabila ary bekerja dan bergaul dengan majoriti non-muslim di office ni (dengan kuota Chinese-20 Indian-2 Malay-5) , ary mula terasa diperhati dan dinilai dari segi behaviour. I show a side of Islam to them indirectly.


Itulah sebabnya kita have to behave ourselves. Supaya orang lain especially non-muslim will believe yang Islam adalah cara hidup yang betul. Sentiasa ingat, kita membawa nama ISLAM. Wallahualam.

Sunday, 23 March 2014

Tulisan Minggu Ary - Kita Berbeza tapi Sama


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^




Aku lihat engkau
Engkau lihat aku kembali
Diperhati setiap sisi
Dikira setiap inci

Tahap IQ berbeza
Isi poket berbeza
Warna rambut dan kulit berbeza
Citarasa berbeza
Terlalu banyak beza

Tapi masih ada yang sama
Cara tuhan menilai kita

Saturday, 22 March 2014

Apabila tema makan malam adalah Rock&Roll..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Apabila tiba majlis makan malam atau apa sahaja majlis keramaian, benda yang paling memeningkan kepala adalah untuk mencari attire/pakaian yang bersesuaian dan menepati tema majlis. Tema yang paling mudah diikut adalah tema warna. 




Tema majlis makan malam tahunan syarikat ary yang diadakan di Aloft Hotel, KL Sentral kali ini adalah Rock&Roll. Keseluruhan majlis memang sangat Rock. Except than persembahan sebab semua lagu yang dinyanyikan adalah lagu oldies belaka. Adalah juga lagu melayu which is lagu Kamelia. Memanglah TAHU kan? = ="


Door gift yang diberi pada malam tadi adalah drum sticks. Sangat bersesuaian dengan tema malam tadi. And we really rocking ourselves last night!






Sunday, 16 March 2014

Tulisan Minggu Ary - Rasa itu Tak Salah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^




Kesalahan itu selalu aku lakukan
Berkali-kali
Sehinggakan aku tidak pasti untuk ke berapa kalinya
Tapi aku yakinkan hati
Rasa itu tidak salah
Yang salah cuma aku dan perbuatanku
Di mana asalnya
NAFSU
hasil tulisan arisyalee.blogspot.com