Thursday, 15 May 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Menangis (Episod 1)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Jujurlah padaku.. Bila kau tak lagi cinta.. Bait-bait lagu Jujur dari Radja mengembalikan ingatan ary pada suatu cerita. Cerita cinta. Masih lagi cinta antara manusia. Tapi bukan cinta biasa. Bukan cinta adam dan hawa. Bukan cinta Rumi dan Juli. Cuma cerita cinta dia. Dia yang ary kenali dengan nama Suzie. *bukan nama sebenar*





Ary, datang amik aku malam ni lepas habis keje boleh? Keta rosak lerrrrr... Whatsapp diterima dari Suzie. Ary balas simple seperti biasa - OK. Pukul 11 malam, ary dah tunggu dalam kereta depan McDonald 24 jam Pandu Laju di Kajang. Area mana? Ish. Rahsia tu. HahahaXD


10-15 minit selepas tu, nampak minah ni terkijat-kijat jalan ke arah kereta ary. Masuk je kete dengan muka selenge dia. 


"Sorry lah ary. Kete rosak lah. Hantar bengkel. Sok pagi baru boleh amek. Nah! Mcflurry feberet kau!" Nasib baik ada Mcflurry. Kalau tak membebel dah ary kejap. Kami borak macam selalu. Pasal kerja. Pasal study. Pasal gosiiiippp. Biasalah perempuan. Out of sudden, radio memainkan lagu Kita by Forteen.


"Ary, tukar lah radio lain. Boring ar lagu ni," Muka Suzie dah lain macam. Ishhh.. Adalah tu yang tak kena. 


"Biarlah. Best apa lagu ni," Ary besarkan lagi volume radio. Lalu berteriak lah ary dalam kereta menyanyi. And out of sudden juga, Suzie menangis teresak-esak. Dah pehal minah ni? 




"Weyh, kau ok tak ni? K k. Aku tukar radio," Esakan dia makin kuat. Dah lah mata dia memang type bengkak. Makin bengkak lah al kisahnya. Sambil-sambil drive tu, ary hulurkan tisu. Tak berhenti ary tanya dia ok ke tak. Minta maaf berkali-kali. Rasa bersalah lah dah buat orang nangis.


"Ary, aku nak cerita kat kau something boleh? Jom gi Mapley," Ok. Nampaknya akan ada another true story. 


Wednesday, 14 May 2014

#infatuation


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Orang yang patah hati/heartbroken selalunya akan melakukan benda-benda di luar kawalan. Kadang tertanya, di mana hilang kewarasan itu? Tapi apa nak buat bila hati dah menguasai diri. Huh = ="





Now ary berkata sendiri, motif sangat kau lukis gambar ni ary. BwahahaXD


Tuesday, 13 May 2014

Aktiviti Memanah di Stars Archery, Sunway Pyramid


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ini pertama kali ary mencuba sukan memanah ni. Itupun sebab terbaca dari blog orang. Entah blog siapa entah. Pada mulanya, ary plan nak ke Times Square. But since kawan ary tak suka kawasan yang sesak melampau, kami mengorak langkah ke Star Archery, Sunway Pyramid.


Landmark bagi Star Archery ni adalah berdekatan dengan tempat bowling. Level atas sekali. Kalau nak confirmkan tanpa sesat, sila cek directory since Sunway Pyramid tu quite besar. HohohoXD





Waktu kami datang, ada promosi. 30 arrows untuk RM23. Usually 15 Arrows RM13. Jadi, dapat lah jimat RM3 kan? Kami masing-masing memanah 15 batang anak panah seorang. 




Cis! nampak macam senang je kan memanah ni? Hakikatnya, kalau 1st timer, memang agak susah. Plus, tangan perlu diangkat tegak. Ditambah lagi dengan ketegangan tali yang perlu ditarik, memang lenguh dan menggigil juga lah rasanya. 




Sunday, 11 May 2014

Tulisan Minggu Ary - Bila Aku Rindu


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Petang^^

Mereka tanya aku
Apa aku buat
Bila aku rindu

Aku kata
Ada 3perkara

Baring atas katil
Tarik selimut

Tapi aku tak bagitau perkara terakhir
Menangis
hasil tulisan arisyalee.blogspot.com