Monday, 30 June 2014

Tips Resolution untuk Percetakan Komersial


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ramai yang tidak tahu bahawa semasa aktiviti design untuk percetakan komersial, resolution design adalah penting. Ini kerana kalau resolution gambar yang didesign adalah kecil, takut-takut gambar tu akan pecah dan blur. Lalu, akan menghasilkan hasil percetakan yang tidak berkualiti.


Mungkin ada yang katakan, design tu boleh dire-size. Tapi, masih hasilnya akan menjadi pecah-pecah dan blur atas subjek yang dicetak. Jadi, untuk play safe, boleh sentiasa rujuk pada syarikat percetakan.


Hasil yang pecah dan blur



Oleh itu, designer perlu memastikan resolution printer yang akan digunakan untuk mencetak bagi menghasilkan hasil percetakan yang berkualiti. Contohnya, resolution yang yang digunakan untuk mencetak kad adalah minimum 300 DPI (Dots per Inch). Untuk banner dan banting pula, resolution yang diperlukan adalah sekitar 720 - 1200 DPI.


Untuk aplikasi adobe photoshop, resolution boleh ditetapkan pada langkah awal. Semasa File > Create, masukkan resolusi yang dikehendaki dalam column yang berkenaan.




Macam mana pula dengan resolusi bagi percetakan atas beg, tshirt, kulit buku, etc? Ada yang nak kongsi? Berkongsilah walau sekadar satu garis.


Sunday, 29 June 2014

What's Your Favourite Social Media?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Banyak betul masa terluang pada bulan puasa ni kan? Bila dah terluang, maka mengadap lah semua media sosial yang ada sekarang ni. Terbaru yang sedang menjadi trend di Malaysia sekarang ni adalah Instagram. 




Semua media sosial yang ada mempunyai keistimewaan dan kegunaannya yang tersendiri. Bergantung pada penggunanya. Tapi bagi ary, blogger dan facebook masih di hati walaupun ary ni kategoti syok sendiri bila bergambar. BwahahahaXD


"Alangkah baiknya kalau masa mengadap Media Sosial boleh digantikan dengan Membaca Al-Quran." Auuuuccccchhhhhhh!


Pssstttt.. Tempahan untuk CUSTOM MADE E-CARD RAYA mula dibuka. Range harga bermula serendah RM15 - RM30 bergantung pada difficulties and type design.
PM for more details!




Wednesday, 25 June 2014

Tuesday, 24 June 2014

Sambil-Sambil..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Peribahasa ada menyebut, sambil menyelam, minum air. Malah, manusia juga suka buat 2-3 benda pada masa yang sama. Terutama sekali, sambil berbual, taip mesej. Duh!Yang itu, annoying ok? Don't ever try it.


Ada juga manusia yang ada dua-tiga kerja. Isnin ke jumaat, kerja pejabat. Sabtu dan ahad, jadi cikgu tuisyen. Takpun, siang ke pejabat. Malam, meniaga burger. Dulu ayah ary pun ada juga berniaga sambil-sambil kerja di pejabat. Waktu tu memang kesian gak tengok ayah cari duit lebih untuk keluarga. Kadang-kadang tak termakan pun tengahari tu. *Ayat drama jap. HahaXD


Sekarang ni, surrounding ary turut dipenuhi insan-insan yang buat kerja sambil-sambil ni. Contohnya, ada seorang kawan ary yang menjadi motivator/ penceramah secara freelance. Ada juga kawan ary yang bekerja sebagai technician, bertindak sebagai jurugambar pada hujung minggu. 






Tapi, sejujurnya memang ary tabik lah pada mereka yang sambil-sambil ni. Sedangkan kerja dari pukul 8pagi hingga 6 petang pun dah cukup memenatkan. Inikan pula nak tambah lagi satu kerja yang lainnya.


Sebenarnya, motif entri nak tunjuk karikatur ary lukis tu je. Ha-ha-ha! Ok, bye!  XD


hasil tulisan arisyalee.blogspot.com