Tuesday, 30 September 2014

Burger Kukus Jalan Rejang di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat 5 Zulhijjah^^


Ary tak pasti jika ini satu-satunya cawangan "Burger Kukus Jalan Rejang". But then, this is my first time jumpa burger kukus. Location: Bersebelahan gerai PCJakarta.


Apa yang special nya? Burger je pun. Tapi teknik memasak burger ini berbeza. Selalunya, burger dimasak dengan teknik bakar/goreng. Dan diketahui ramai, makanan yang dibakar atau digoreng tidak bagus untuk kesihatan. Untuk bacaan lanjut, boleh lawat blog Ris yang dah lama tak ter-hupdate. 




Apa beza burger Original & Supreme, bang? Burger original abang guna daging yang dah diproses macam daging Ramly tu. Supreme tu daging dia tebal sikit dan 100% asli tanpa tepung, dan bahan pengawet lain. Kekdahnyaaa...

Yang menarik, logo abang ni macam ada unsur-unsur Manchester United (MU) lah. Glory glory Manchester, bang! Haha!


Monday, 29 September 2014

Lagu untuk Semua Situasi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hari Isnin^^


Tak perlu lah nak ber-blues sangat. Today is Monday! U are supposed to be hyper and active. Sebab Isnin adalah permulaan untuk hari-hari yang mendatang. Done with motivation hari ini.




Ary ada satu habit - menyahut dialog orang lain dengan lagu. Sampaikan kawan-kawan ary tanya, "Wei, kau memang ada lagu untuk semua benda ke?".




It's just naturally happened. Ada ajer lirik lagu yang terlintas di kepala ni bila terdengar/terbaca apa-apa perkataan. Ada bakat macam ni, sayang kalau tak gunakan. Sayang sayang sayang.. Kamu dah berpunya. LOL. *tak ada kaitan.


Sunday, 28 September 2014

Pisang Cheese Jakarta di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Puasa sunat ke hari ni? Ye lah.. Hari ni kan dah 3 Zulhijjah. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas RA bahawa Baginda Nabi SAW bersabda yg bermaksud : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Tapi ini kan waktu selepas berbuka. Rasanya tak ada masalah untuk baca entry berkaitan makanan.


Lokasi kali ini adalah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Exact location adalah stall yang terletak di lorong between Restoran Kelisa dan Warung @Bangi. Landmark lain: Pusat Rawatan Islam Az-Zahra, Poliklinik An-Nur. *Kotttt




Untuk order, sila ke stall PCJakarta, dan beri pesanan korang pada pekerja dia. Selepas order, korang akan diberi number keychain. Lepas tu duduk lah mana-mana meja korang suka. Minuman pula boleh order dari Restoran Kelisa. PCjakarta pilihan ary waktu tu adalah Crunchy Oreo. 




Bagi Ary, Pisang Cheese Jakarta ni macam pisang goreng biasa je. Bezanya, atas pisang goreng tu ditabur cheese dan oreo. So, after this, boleh lah cuba menu ni kat rumah kan? Kos buat kat rumah rasanya less than RM3 kot^^




Friday, 26 September 2014

Tips for Brokenhearted - Phase 1: Dalam Kenangan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Hari ini jumaat. 


 TGIF? Mungkin untuk sesetengah orang. Mungkin juga tidak untuk yang setengah lagi. Dalam kegembiraan dan indahnya cahaya berseri-seri, ada yang duduk menyendiri. Memandang sepi dunia dengan fikiran yang kosong. Patah hati mungkin? 


Mungkin ada dari kalangan "sendiri" itu, sedang baca tulisan ini. Gara-gara mengoogle - "Cara-cara melupakan si dia", "Tips Putus Cinta", etc etc. Sangat cliche kan? But then, thats the reality. Manusia akan mencari jalan untuk keluar dari kekusutan. Tapi adakah dia pasti dia akan bebas?


Murung. Stress. Depressed. Sedih. Kecewa. Memberontak. Meraung. 


ihsan: Google


Itu semua tanda-tanda anda seorang yang normal. Itu memang normal bila kita kehilangan seseorang dari sisi. Lagi-lagi seseorang yang sering ada menemani. Bertambah syahdu.


"EVEN THINGS THAT DO NOT REMIND ME OF YOU,
REMIND ME OF YOU."


Semua yang dibuat serba tak kena. Pergi mana-mana pun, teringat dia. Malah, seakan bayang dia di mana-mana. Waktu tu, hampir semua orang muka macam dia. Hati menjadi rindu. Kata hati, aku nak kembali hidup aku yang dulu. Tapi betul ke yang kau mahu hidup kau yang dulu? Atau kau rindu perjalanan hidup tika dia bersama?


Tanya soalan itu kembali pada diri kau.


ihsan: Google

 
Dalam fasa ini, kehidupan tidak menentu. Makan minum tidak terjaga. Mungkin juga terlebih makan. Pakai kau tak bersiap. Dan adakalanya, keanak-anakan terserlah. Bila rindu, kau memandang telefon, menunggu kalau-kalau ada mesej dari dia. Berharap. Status "last seen" pada Whatsapp dan wall FB dia, puas di-stalk.  Akhirnya, nombor dia kau dail. Ya. Nombor tu. Nombor yang kau dah delete and save banyak kali.


Tak apa. Kau dibenarkan untuk buat semua tu dan bersendu. Kau rasa nak menangis? Menangis lah. Rasa nak habiskan masa dengan tidur? Tidur lah. Rasa nak bunuh diri? Tanya diri - Is it worthy and are u really sure? Pastikan kau jawab tika kau masih dalam akal yang waras.


Psstttt.. What's your weekend plan?


hasil tulisan arisyalee.blogspot.com