Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Wednesday, 7 June 2017

Review ACCA P2 Corporate Reporting June 2017


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam 


Just done with my P2 paper for second attempt today. Soalan susah. But the question is, pernah ke soalan ACCA senang? *sigh* Without any further ado, let's have a brief review on P2 paper this June'17.


Question 1 - Consolidated Statement of Financial Position (Diamond Group)

This is as per our expectation. Thus, nampak soalan dah senyum. But then, what kind of adjustment being tested? Well, I'm just going to share those parts which sounds complicated to me.
  • Piecemeal acquisition of Club - FV of initial acquisition and NCI interest being measured based on market price. However, there is difference between figure if investment in SOFP and figure calculated -- ((500+(1.60*40%*700)) 948 vs 928?
  • Associate to Trade Investment -- Investment in Heart. 25% to 15% -- Dispose 10%.
  • Financial Instrument -- Bond. (This one Ary totally out. Have no idea what kind of adjustment should be done).
  • Defined Pension Scheme - settlement / curtailment. 
  • PPE -- alteration/restructure cost and restoration cost.
Actually, those are normal adjustment. The question sounds simple. If we really practice and understand standards, should have no problem in making adjustment.

Part (b): This one pun ary totally out. The question state that Diamond would like to improve its liquidity by sell receivables to debt factor *which is ary tak tau apa kebenda binatang tu.* So, two alternatives  being given. As a professional, we need to evaluate and provide our analysis to Diamond.

Part (c): Ethical issue related to debt covenant? Again, I'm losing marks.


Question 2 -  Transactions related to Hollie. This question is much much more better than question 3 and 4. So at least, I know what I'm doing and answering. Ary rasa cukup lah ary just bagi topic for the sub questions.
  • Share based payment -- what Hollie currently doing and what they are suppose to do.
  • Foreign exchange -- Purchase/Depreciation/Gain on revaluation/Lease
  • PPE -- Purchase/Depreciation/Impairment/Contingent Asset/Changes of Accounting Policies and Estimates

For question 3 and 4, rasanya tak perlu lah ary kongsi. Sebab memang dah out sangat. Confuse topic apa. Actually, kalau tau topic apa, tak tau nak buat adjustment. LOL. I guess I just need to study more. It's ok, ary. Study for life. Not just to pass exam.


Btw, all the best for others who are still awaiting for their paper!

Wednesday, 18 May 2016

Tips: Read More, Learn More, Understand More!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat malam^^


Another 2 weeks before real war begin. ACCA, Bring it on! HahaXD  


Ary have difficulties to understand things. Any thing. Not just about study, but also about work. So, what I did, I will ask for more information. If I do not understand, I will ask. If ary rasa malu nak tanya, pak cik google kan ada. Baca sebanyak mana artikel yang ada. When I read more, I know more, I learn more and I'm understand more. Sounds cool, isn't it? 


But then, membaca sesuatu yang kita tak faham, mengantukkan diri. Sebab tak faham, so terasa bosan. That's why after read a few minutes, I will take a break and give myself time to absorb what I read. Ary have to admit, sometimes benda sama ary baca banyak kali sebab tak faham. Baca pertama kali, rasa strange. Baca 2 kali, faham ciput. Baca 3 kali, belum faham habis. Sometimes it takes me like 10 times to read the same thing again and again, in order for me to absorb and digest about what I read. Lol. 


But yet, Ary try google and baca artikel artikel lain, untuk fahamkan. So, that's what I do normally to study. Actually, dah tak sempat nak buat macam tu. But yet, I need to make myself understand, baru boleh jawab dengan puas hati kan? Passing exam is just not about pass the paper. It's how you gain and utilize the knowledge to. Don't u think so? 

Good night, everyone! And gambate!

Sunday, 6 March 2016

Liquid Paper Banned from ACCA?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kebanyakan orang dah terbiasa gunakan liquid paper. Kalau kena caranya, memang nampak kemas, compared to potong perkataan yang salah. However, please be reminded for not using liquid paper atau apa pun sewaktu dengannya dalam peperiksaan ACCA. 




Bukan apa. 


Kertas peperiksaan ACCA akan di-scan dan dihantar ke pusat ACCA, UK usai tamat peperiksaan yang dijalankan. Dalam workshop peperiksaan yang ary join baru-baru ini, lecturer informed that those words written on liquid paper spot, unable to be read by examiner. Spot yang korang guna liquid tu will be reflected as blank on screen. Tak ke naya tuh? 


So, please take note. Afraid that due to setitik liquid paper, we need to resit the paper. Lol. 


Btw, all the best for those who are going to sit for March'16 paper!

Tuesday, 18 June 2013

Mulakan Nombor Muka Surat 1 di Helaian Kedua, Ketiga, Ke-empat atau infinity.


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Ada kalanya kita tidak mahu nombor muka surat bermula di muka surat pertama. Ini kerana, kemungkinan muka surat pertama merupakan muka hadapan (front cover) ataupun isi kandungan (content). Tapi, macam mana nak mulakan nombor "1" di helaian ke-3?


Langkah pertama
Klik pada helaian sebelum helaian yang mahu di-muka suratkan. Kemudian, klik
Page Layout> Breaks> Next Page


Jika langkah ini tidak dilakukan, anda tak boleh broke link antara helaian tu. Bak kata pepatah, air dicincang, tak akan putus. Oleh itu, kita kena putuskan silaturrahim dan tukar helaian 1 kepada air dan helaian kedua dan seterusnya menjadi minyak. Barulah boleh dipisahkan link antara muka surat.*Hyperbola betul.


Langkah kedua
Insert> Footer > Link to Previous


Anda perlu klik "Link to Previous" untuk switch off link antara helaian tersebut. 


Langkah ketiga
Insert> Page Number


Pilihlah lokasi pilihan anda untuk meletak nombor muka surat mengikut citarasa. Atas? Bawah? Tengah-tengah je tak boleh.


Langkah keempat
Page Number> Format Page Number > Start at "1"



Btw, langkah 2 dan 3 tadi tu boleh bertukar-tukar. Jadi kalau rasa nak insert page number baru nak break page, terpulang. Just beware: Page Break is different with Breaks Page Layout^^ 

Monday, 3 June 2013

Tips untuk Tidak Mencangkung atas Tandas Duduk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kebanyakan tandas yang ada di Malaysia ni adalah tandas duduk. Moden lah kononnya. Sebenarnya nak selesa kan pengguna tandas. Tapi, kebanyakan pengguna akan rasa geli untuk duduk di atas tandas itu disebabkan title "Tandas Awam". Ye lahhhh.. Bermacam-macam jenis orang guna tandas tu. 


Perasaan geli itu pasti ada walau sedikit. Ada yang geli sampai mengambil keputusan untuk mencangkung di atas tandas duduk tersebut. Sebab tu, kadang-kadang nampak kesan hitam dan kotor tapak kasut dekat tempat duduk tandas tersebut. Ish3..  


Ary nak pesan pada mereka yang suka sangat mencangkung atas tandas duduk agar hentikan perbuatan anda. Ianya adalah kerana jika anda mencangkung, terdapat possibility untuk perkara di bawah berlaku.






Keadaan yang terakhir sekali tu memang rare (jarang berlaku) tapi PERNAH berlaku. Jadi, sebelum kaki anda dipotong kerana cedera parah, adalah lebih baik jika anda belajar untuk menggunakan tandas duduk dengan betul. Dulu, ary turut mempunyai masalah untuk membuang air dengan menggunakan tandas duduk. Namun begitu, ibu ary berkongsi tips untuk tidak mencangkung di atas tandas duduk.


Caranya mudah saja. Ambil seberapa banyak tisu dan alaskan di atas tempat duduk tandas tersebut sebelum membuang air. Kalau rasa nak siram dulu tempat duduk tandas menggunakan air pun boleh^^ Jadi, dengan cara ini, tak perlu mencangkung lagi. Tak dapat imagine? Sila rujuk gambar rajah^^




HahahaXD    Lawak lah plak bila buka kelas buang air. Biarpun ini merupakan perkara asas, tapi tak boleh pandang remeh. Berhentilah menjadi manusia moden yang tidak bertamadun^^ 

"Nabi s.a.w pernah berkencing berdiri disebabkan penyakit pada belakang pelipat kaki antara kaki dengan betis. Tetapi kalau kencing berdiri tanpa sebab, (melainkan sebab dah tak tahan atau kencing duduk nanti kena najis pada pakaian), maka hukumnya MAKRUH." 
- Sumber: Artikel Gaya Saya Jaga Kebersihan by Shadiya Abbas, Gen Q Isu 19.

# Bagaimana pula dengan lelaki yang kencing berdiri?

Friday, 21 December 2012

Tutorial Membuat Rujukan Format APA Menggunakan Microsoft Word


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kalau buat assignment, ary sangat lemah bila tiba masa nak kena buat bahagian reference. Sebabnya, most of my lecturers prefer student mereka untuk guna format APA untuk bahagian reference. Ary pun tak tahu kenapa pensyarah ary lebih prefer kitorang guna APA. Sampaikan dijadikan dalam salah satu syllabus subjek Kemahiran Maklumat.


Sejujurnya, setiap kali kena buat reference, ary akan google "APA Format for .... (Books/magazine/newspaper/interview/etc.)". Ary takkan pernah ingat biarpun dah buat APA berkali-kali. Huhuhu. Short term memory^^


Baru-baru ini, ary jumpa penyelesaiannya. Sedang ary menggodek microsoft word, setelah sekian lama, baru ary tahu boleh buat reference format APA menggunakan microsoft word. Mudah betul zaman sekarang ni. Jadi, ary akan kongsikan caranya tapi menggunakan Microsoft Word 2010.


Pertama sekali, boleh ke tab REFERENCES >> INSERT CITATION >> ADD NEW SOURCE. 




Kemudian, akan ada pop-up window. Di window tersebut, boleh lah korang isi maklumat bahan bacaan. Sewaktu fill in the blank, di bahagian "Type of Source", korang boleh pilih samaada nak buat APA mengikut jenis bahan bacaan. 




Selepas klik OK, akan ada citation. Contohnya, (Shirazy,2007). Jadi, boleh padam jika korang nak. Sebabnya itu bukan maklumat bahan bacaan tersebut berformat APA. Itu bukan apa yang korang mahu. Untuk dapatkan maklumat reference berformat APA seperti yang korang mahu, klik REFERENCES>> BIBLIOGRAPHY>> INSERT BIBLIOGRAPHY.




Kemudian, APA format bagi maklumat yang korang nak akan dipaparkan di document korang tersebut. Contohnya: Shirazy, H. E. (2007). Dalam Mihrab Cinta. Kuala Lumpur: Ar-Risalah Products Sdn Bhd.


Buat pengetahuan korang, setiap kali korang masukkan maklumat sewaktu INSERT CITATION, maklumat itu akan kekal dalam master list. Ini bermaksud, jika pada masa akan datang korang memerlukan APA format untuk bahan bacaan sebelum ini, korang boleh menggunakan MANAGE SOURCES di tab REFERENCES. 




Tak perlu takut-takut menggodek microsoft office korang tu. Sebenarnya banyak lagi yang dapat membantu korang dalam menyelesaikan tugasan. Utilize the technology^^v

Wednesday, 21 November 2012

Adakah Nasib HP akan Menjadi seperti ENRON?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


ENRON - Suatu kes yang selalu menjadi rujukan yang popular di kalangan pelajar-pelajar jurusan perniagaan dan perakaunan. Suatu kes penipuan yang diketahui seluruh dunia disebabkan syarikat itu melingkup selepas dibuktikan bersalah dalam perbuatan memanipulasi laporan kewangan.




HP Mengikut Jejak Enron

Hewlett Packard (HP).. Sinonim kan jenama tu? dan ary pasti ada antara blogger yang pakai laptop jenama HP. It is not about boycotting. Hehehe. Tak ada lah ary nak suruh boikot HP sepertimana korang dah boikot McD tuh. Cuma ary nak kongsi satu update berkaitan dunia bisnes dan ini berkaitan dengan syarikat HP.


HP telah dikatakan melakukan penipuan perakaunan yang melibatkan amaun berjumlah US$8.8 billion. Jika dibandingkan dengan kes ENRON, jumlah itu tidak lah banyak. Namun begitu, ianya masih merupakan topik hangat kerana dalam perniagaan, penipuan dalam perakaunan adalah merupakan salah satu kesalahan yang besar. Sama juga seperti isu rasuah yang cuba dibanteras Malaysia biarpun ada antara pentadbiran negara yang melakukannya.




Peranan Whistleblower dalam Organisasi

Salah laku yang dilakukan itu diketahui apabila whistleblower dari syarikat Autonomy Corporation (syarikat yang dibeli oleh HP sebelum ini) sendiri yang telah melaporkannya. Whistleblower adalah individu yang melaporkan/menghebahkan pelanggaran undang-undang atau tindakan tidak beretika yang dilakukan individu lain dalam sesuatu organisasi itu atau yang dilakukan organisasi itu sendiri kepada pihak berkuasa dan juga orang awam. Jadi, whistleblower ini diibaratkan seperti spy di dalam company lah.




Kesan Penipuan dalam Perakaunan

Pasti ramai yang tidak tahu kenapa ary tekankan isu ini. Lebih-lebih lagi mereka yang belajar dalam jurusan engineering, medic, etc. Kenapa penting sangat sampai kena buat entri?


Apabila berlaku penipuan dalam laporan kewangan yang dibentangkan, ini menunjukkan performance syarikat tidak dapat digambarkan keadaan sebenar. Ramai yang tidak dapat bergantung pada maklumat yang diberikan dalam laporan kewangan termasuk pengurusan syarikat tersebut tersendiri. 


Bagaimana masyarakat akan terkesan dengan tindakan penipuan dalam perakaunan ni? Ary cuba beri situasi supaya korang memahaminya.


Untuk mengekalkan prestasi yang baik di mata para pelabur, laporan kewangan syarikat haruslah menunjukkan keuntungan supaya pelabur tidak menarik semula pelaburan yang dilakukan. Apabila syarikat memperoleh kerugian, syarikat cuba menyembunyikan kerugian tersebut dengan memanipulasi laporan kewangan. 


Manipulasi laporan kewangan yang dimaksudkan adalah dengan mengubah beberapa figure dalam laporan kewangan. Mungkin juga ada yang tidak membuat laporan kewangan berdasarkan prinsip/standard perakaunan yang sepatutnya. 


Kadang, ada syarikat yang fikir mereka akan dapat cover balik kerugian dengan keuntungan pada masa hadapan. Tapi, SEANDAINYA mereka memperoleh keuntungan. Bagaimana pula jika sebaliknya? Seandainya mereka memperoleh kerugian pada masa akan datang, kerugian akan bertambah dan bertambah. Senang cerita, lubang yang koyak di seluar, kononnya boleh dijahit dan cuba disembunyikan. Tapi bagaimana pula kalau lubang itu semakin besar? 


Apabila kerugian tidak dapat ditampung syarikat, syarikat akan diisytiharkan muflis. Ramai yang akan kehilangan pekerjaan. Ekonomi negara akan merudum. Maka bertambahlah lagi manusia yang masuk dalam rancangan Bersamamu tu. Hew hew hew.


Jika ada yang ingin tahu lebih lanjut tentang isu ini, cuba google Satyam Scandal. Satu lagi contoh terbaik untuk penipuan dalam perakaunan ni.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com