Saturday, 29 September 2012

REVIEW | J-Drama - Rich Man Poor Woman


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Peminat Korean dan Japanese Drama boleh lah layan cerita ni pula^^ Pada mulanya, ary nampak promosi cerita ni di dramacrazy.net tapi melihatkan poster dia yang biasa-biasa saja, ary tak tengok. However, bila ary check Most Popular Drama, ary terkejut bila cerita ni dalam top50 juga. Ary menonton bagi menentukan  tahap ke-best-an cerita ni. 




Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Toru Hyuga yang genius dan mampu mencipta kejayaan menggunakan akal genius dia tu. Toru Hyuga menggunakan kegeniusan dia untuk mencipta sistem fail projek bagi mencari ibu nya yang meninggalkan dia dari kecil. Walaupun Toru Hyuga ni genius, tapi dia mempunyai masalah untuk mengingati nama orang. 

Tanpa dirancang, dia ditemukan dengan seorang gadis yang mempunyai nama sama dengan ibunya. Jadi, dia dapat mengecam dan mengingati nama gadis tu. Semua orang terkejut apabila dia ingat nama gadis tu - Sawaki Chihiro. Kehadiran Sawaki itu mengubah sedikit demi sedikit perangai buruk Toru Hyuga. Konflik bermula apabila Sawaki mendedahkan nama sebenarnya.


Pendapat & Ulasan Ary Lee
Shun Oguri yang pernah melakonkan watak sebagai Sano dalam drama Hana Kimi kali ini tampil dengan watak yang memang berbeza. Jika dulu Shun Oguri berlakon sebagai watak yang control macho, cool bagai tapi kali ini terserlah kesengalan watak yang dia bawakan tu. Pelakon perempuan tu macam tak ada tarikan sangat sebab dia biasa-biasa je. Tak lawa mana pun. Tapi lakonan dia boleh diterima sebab ary rasa dia berjaya membawa watak sebagai budak perempuan yang polos, nampak macam lurus, etc.


Jalan cerita menampilkan isu yang biasa-biasa seperti pengkhianatan dalam persahabatan, cemburu atas kejayaan orang lain dan banyak lagi tapi penulis mahupun pengarah drama mampu menampilkan cerita dengan gaya yang menarik. Tidak bosan dan mampu juga membuatkan orang ketawa.
Soundtrack dia tak banyak. Yang paling kerap dimainkan adalah lagu Hikari E-Miwa. Ary tak tau lah yang itu nama tajuk lagu or ada nama penyanyi sekali. hahahaXD  Soundtrack dia sedap didengar dalam rentak akustik.




Label: MESTI tonton.

Friday, 28 September 2012

Bajet 2013 dari Perspektif Ayah Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan. 

"Apa membazir ni? Semua orang nak diberi bantuan"
-ayah




Penyelarasan Pencen Pesara Kerajaan

Kerajaan akan menyelaras semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25tahun dengan menaikkan minimum daripada 720 ringgit kepada 820 ringgit.

"Alhamdulilah" *sambil gelak besar
-ayah

Bagi ary, bajet kali ni banyak memberi bantuan pada rakyat. Memang lah bagus tapi bagaimana pula dengan ekonomi negara? Ary suka dengan adanya rebate RM200 untuk pembelian smartphone 3g. Tapi ary terfikir, berapa banyak Malaysia harus keluarkan dengan pembelian smartphone oleh berjuta-juta rakyat ini nanti?

#keretakecilwarnamerah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


"Itu bukan lagi kereta awak sebab masih ayah lagi yang bayar"  - ibu

"No matter what, jangan bagi orang lain bawak. Awak je bawak"  - acik

"Bila dah mula bawak kete, ramai yang akan mula baik dengan awak"  - bibik




Itulah antara pesan mereka-mereka sekeliling waktu pertama kali ary bawa kereta ke UM. Bawa kereta bukan untuk bermegah-megah tapi untuk keperluan dan kegunaan. Hakikatnya, ary dah tebal muka nak menumpang kawan untuk ke kelas. Lebih-lebih lagi kalau orang yang tumpangkan ary mula bergurau kasar - Kau balik jalan kaki je lah weyh. Aku takmau hantar.




Bila dah bawa kereta, banyak benda perlu diambil kira. Malah, ary perlu belajar berjimat untuk perbelanjaan minyak. Dan diakui juga, bila dah bawa kereta, makin ramai yang mendekat. Sila jangan buat macam tu ye. Itu tidak bagus ye, kawan-kawan~


Wednesday, 26 September 2012

Local Disk (D:) Hilang Selepas Bertukar ke Windows8


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Ary sebenarnya nak cerita pasal kereta, tapi memandangkan kerajinan melukis itu tak ada, ary nak kongsi solution penyelesaian masalah yang ary hadapi dan ary berjaya selesaikannya sendiri^^  Hungga! Local disk kedua, ary gunakan untuk simpan artwork, movie, game dan sewaktu dengannya. Tujuan adalah untuk meringankan Local Disk pertama yang mengandungi windows dan program files. 



Masalah yang Timbul selepas Windows7 Digantikan kepada Windows8

Selepas ary format laptop, ary menyedari yang hanya ada 1local disk yang bersaiz 151GB sahaja di bahagian komputer. Mana pulak perginya local disk kedua???? Waktu tu memang kalut lah bila fikir memori lappy tinggal sikit. Mana boleh bergantung pada hanya satu local disk sahaja.



Kebetulan, ary terjumpa petikan orang lain yang turut mengalami masalah yang sama di sini. 



Penyelesaian Masalah


Computer Management  >>  Storage  >>  Disk Management


Korang akan lihat ada satu hard disk yang tidak bernama bersama-sama dengan local hard disk pertama tadi. Dan local hard disk tersebut 100% free - kosong. Itulah sebenarnya local disk kedua korang. 


Right-click pada hard disk tidak bernama itu dan klik Change Drive Letters and Paths... 



Akan ada pop-up windows dan sila tekan add bagi memilih paths local disk kedua korang tu. Suka hati korang lah kalau nak pilih (Y:) or (Z:) pun. Kalau ada lah kan? :P



Lepas klik OK, ta-daaa!  Welcome back! 



hasil tulisan arisyalee.blogspot.com