Showing posts with label Application. Show all posts
Showing posts with label Application. Show all posts

Tuesday, 13 September 2016

Google Keep to Replace Evernote?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Keep talking about my travel experience, so tonight let's slow down by talking about technology. So, this entry is for us - Android user. 


Ever heard about Google Keep? Tak pernah? Ary just now about this application, and yes. I've replace Evernote with this new application by Google. Fungsi dia sama seperti Evernote. Tapi apa yang membuatkan ary nak tukar ke Google Keep, adalah saiz aplikasi yang lebih ringan berbanding Evernote. Well, I need to buffer more storage space for other things right? 




Aside from that, korang boleh pilih either nak display notes tu, atau simpan di archive. Meaning, not everything shown up at the main display. So, its kinda secured for us too. But, please be careful if you guys save list of password in there. It's kinda dangerous, as ary not sure if Google may have access to those things that u saved. 

Sunday, 31 January 2016

Smule: Sing! Karaoke


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Since mood tak berapa nak baik lately ni, Ary banyak habiskan masa dengan aplikasi ni. So, bila masa mood tak berapa nak baik, melalak lah sorang-sorang. 


This application allows those who love to sing, show their skills in singing. Apa yang interesting dengan aplikasi ni, kita boleh berduet dengan manusia dari serata dunia. However, untuk menikmati dan menyanyi lagu-lagu di Smule tanpa limit, korang dikehendaki untuk subscribe dengan harga RM35/setahun. So, you will get access to all songs without any limitation. 


Ok, selamat menyanyi! Lol.



Saturday, 21 February 2015

Evernotes - Bukan Nota Biasa


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam


Salah seorang pakcik ary yang agak berilmiah, bertanyakan satu soalan cepumas pada ary,"Cuba senaraikan semua function smartphone yang ary guna." 


Ary senaraikan satu persatu. Dari call, whatsapp, facebook, browser, instagram, camera, dictionary, GPS, Quran, Office, etc etc etc. Banyak lagi yang tak tersebut. 


Tapi lately ni ary tertarik dengan aplikasi Evernote. Sebabnya, ary boleh tulis note apa pun - nota biasa, checklist atau apa-apa nota pon. Bila attend meeting pun, ary just taip ke phone. Evernote turut membenarkan user untuk attach gambar at the note. Thats differ Evernote with other notes apps.




Actually, guna telefon bimbit biasa pon boleh tulis nota dengan menggunakan aplikasi mesej dan Save Draft. Utilize the technology, babe!

Tuesday, 3 June 2014

"Threesome" Melalui Skype


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Threesome? Macam pelik je, ary. 


Sememangnya threesome membawa maksud yang berunsurkan seks atau lebih tepat, dikelaskan sebagai 18sx. Tapi, the reality is, tak ada kaitan langsung entry ini dengan mana-mana maklumat informasi berkaitan seks. Sila sucikan kepala hotak mu itu.


Malam tadi, waktu call ibu secara rutin, ibu ajak skype bertiga dengan adik. Jadi, kami pun menggedik lah melakukan Group Video Call melalui Skype. Rasa kelakar pun ada,.. Hawau pun ada.. Sebabnya, hujung minggu ni nak balik kampung dah. Tapi bila dah ber-skype, terasa macam merantau jauh benor. BwahahaXD





Antara conversation yang tersirat:


Ibu: Wah! Indahnya pemandangan bilik awak. 
Fact: Pehal bersepah sangat bilik tuh?

Adik: Kau nampak berisi lah, weyh.
Fact: Giler gemuk kau sekarang! 

Me: = ="    *Krikkkk krikkk*

Saturday, 19 October 2013

Update Your GOM Player to the Latest Version!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat tengahari^^


Ada yang menggunakan Windows Media Player. Ada yang menggunakan VLC Media Player. Real Player. KM Player. Tak kisahlah banyak mana pun, ary tetap setia dengan GOM Player.


Baru-baru ini GOM Player ary telah di-update ke version 2.2.53. Sepatutnya dah lama kot di-update. Tapi memandangkan ary asyik tekan "Update Later" je, maka baru hari ni lah berkesempatan untuk meng-update ke latest version. 


kantoi tengok hindustan. HahahaXD


Alasan untuk tangguh menaik-taraf (update) sesuatu software/apa jua yang boleh diupdate? *awkward gila guna perkataan "menaik taraf". HahahaXD
  • Malas - alasan majoriti
  • Line internet slow
  • Nak cepat untuk menggunakan sesuatu software. Yelah.. Nak download and install sesuatu software mungkin akan mengambil masa yang lama.

Tapi, sebenarnya adalah penting untuk  memastikan software korang gunakan tu. Antara sebab untuk memiliki versi terkini sesuatu software:
  • Boleh menggunakan ciri-ciri terbaru dalam aplikasi tersebut. Contoh, GOM Player sekarang dah mempunyai volume yang boleh digunakan sehingga 200% seperti VLC Media Player.
  • Kerosakan/kekurangan versi lama sesuatu aplikasi mungkin telah diperbaiki dalam versi terkini.

Memang KARANGAN sangat entri ni. HahahaXD

Monday, 24 December 2012

Dropbox - Simpan File Di Alam Maya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ary selalu berhadapan dengan masalah terlupa nak bawa pendrive yang berisi dokumen yang ary nak print di kedai. Jadi, bila dah macam tu, tak dapat lah nak print. Tapi, sejak ary dikenalkan dengan aplikasi dropbox oleh lecturer ary, ary tak perlukan pendrive lagi.




Bagaimana Dropbox Berguna untuk Ary?

Bila ary buat assignment, ary akan save dalam fail dropbox yang ada dalam laptop ary. Jadi, once ary save dokumen dalam fail dropbox, ary boleh akses dokumen tersebut menggunakan device lain di mana-mana sahaja. Ary boleh gunakan Galaxy Ace ary untuk akses assignment ary di jamban mahupun di meja makan. Secara konsepnya, dropbox ni seperti windows8 yang menggunakan konsep cloud computing. 


Apa yang Kurang Best dengan Dropbox?

Aplikasi ini memerlukan internet. Ini adalah kerana, bila save dalam fail dropbox, ianya perlu automatically upload di alam maya. Jadi, kalau tak ada internet, tak boleh lah ianya automatically upload. Selain itu, dari segi sekuriti, ary tak boleh nak beri jaminan. Jadi, once fail tidak digunakan, digalakkan untuk delete fail di dalam dropbox.


icon dropbox menunjukkan fail sedang di-upload


Jadi, jika sesiapa nak mencuba dropbox, boleh lah mendaftar secara PERCUMA di sini. Tak salah mencuba. Kalau tidak, tak merasai teknologi dan kemudahan yang ada. Kalau korang nak test akses fail di dropbox menggunakan smartphone, boleh download aplikasi dropbox di playstore.

Saturday, 22 December 2012

Tutorial Lock Mesej & Gambar,Etc. Untuk Android


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Waktu ary sedang menerangkan pada pelawat booth pameran ary tentang File Security Encryption Software, lebih ramai yang berminat untuk tahu cara lock file di telefon bimbit berbanding di lappy. Soalannya berbunyi,"Kalau nak lock file di telefon bimbit,macam mana?"


Untuk lock fail media (media files) seperti gambar, lagu atau apapun format failnya, korang boleh gunakan FILE LOCKER. Cara menggunakan nya, korang boleh buka fail locker tersebut. Kemudian, cari media yang korang nak lock. Korang boleh pilih (select) satu persatu mana-mana fail yang korang nak lock ataupun select all. Then, cuma perlu klik "Lock". Masukkan Password and done. 






Korang boleh tengok perbandingan antara fail yang dikunci dan fail yang tak dikunci seperti di bawah. Fail yang dikunci akan kelihatan seperti kotak-kotak. Kalau korang nak buka fail yang di-lock tadi, korang perlu unlock terlebih dahulu di aplikasi file locker. 




Selain itu, kalau korang nak letak password untuk mesej, korang boleh gunakan aplikasi SMS Lock Lite. Jadi, setiap  kali korang nak view mesej, korang perlu masukkan password terlebih dahulu. Selain itu juga sekali lagi, korang perlu activate kan aplikasi ini setiap kali phone korang off dan di-ON kan semula. Ianya kerana aplikasi ini tidak automatically activated.




Ary kongsikan mengikut pengalaman ary sendiri. Jika korang ada gunakan aplikasi lain, mungkin boleh kongsi di ruangan komen.

Friday, 21 December 2012

Tutorial Membuat Rujukan Format APA Menggunakan Microsoft Word


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kalau buat assignment, ary sangat lemah bila tiba masa nak kena buat bahagian reference. Sebabnya, most of my lecturers prefer student mereka untuk guna format APA untuk bahagian reference. Ary pun tak tahu kenapa pensyarah ary lebih prefer kitorang guna APA. Sampaikan dijadikan dalam salah satu syllabus subjek Kemahiran Maklumat.


Sejujurnya, setiap kali kena buat reference, ary akan google "APA Format for .... (Books/magazine/newspaper/interview/etc.)". Ary takkan pernah ingat biarpun dah buat APA berkali-kali. Huhuhu. Short term memory^^


Baru-baru ini, ary jumpa penyelesaiannya. Sedang ary menggodek microsoft word, setelah sekian lama, baru ary tahu boleh buat reference format APA menggunakan microsoft word. Mudah betul zaman sekarang ni. Jadi, ary akan kongsikan caranya tapi menggunakan Microsoft Word 2010.


Pertama sekali, boleh ke tab REFERENCES >> INSERT CITATION >> ADD NEW SOURCE. 




Kemudian, akan ada pop-up window. Di window tersebut, boleh lah korang isi maklumat bahan bacaan. Sewaktu fill in the blank, di bahagian "Type of Source", korang boleh pilih samaada nak buat APA mengikut jenis bahan bacaan. 




Selepas klik OK, akan ada citation. Contohnya, (Shirazy,2007). Jadi, boleh padam jika korang nak. Sebabnya itu bukan maklumat bahan bacaan tersebut berformat APA. Itu bukan apa yang korang mahu. Untuk dapatkan maklumat reference berformat APA seperti yang korang mahu, klik REFERENCES>> BIBLIOGRAPHY>> INSERT BIBLIOGRAPHY.




Kemudian, APA format bagi maklumat yang korang nak akan dipaparkan di document korang tersebut. Contohnya: Shirazy, H. E. (2007). Dalam Mihrab Cinta. Kuala Lumpur: Ar-Risalah Products Sdn Bhd.


Buat pengetahuan korang, setiap kali korang masukkan maklumat sewaktu INSERT CITATION, maklumat itu akan kekal dalam master list. Ini bermaksud, jika pada masa akan datang korang memerlukan APA format untuk bahan bacaan sebelum ini, korang boleh menggunakan MANAGE SOURCES di tab REFERENCES. 




Tak perlu takut-takut menggodek microsoft office korang tu. Sebenarnya banyak lagi yang dapat membantu korang dalam menyelesaikan tugasan. Utilize the technology^^v

Thursday, 13 December 2012

File Security Encryption Software


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^v





Tiada masa untuk update blog. Jadi ary upload poster yang ary design untuk exhibition kokurikulum ary yang akan diadakan pada minggu hadapan^^v

Friday, 16 November 2012

Android: Berita Teknologi di Appy Geek


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ary suka sangat untuk mengikuti perkembangan teknologi. Tak kisah lah tentang apa. Asalkan berkait dengan teknologi. Jadi, aplikasi Appy Geek ini memenuhi kehendak ary. Berita di Appy Geek ini sentiasa terhupdate. Maknanya, dalam sehari, korang boleh membaca pelbagai perkembangan tentang teknologi. 




Kelemahan aplikasi ini adalah appy geek memerlukan internet untuk digunakan. Maka, jika korang berada di kawasan yang tidak mempunyai rangkaian internet, korang tidak dapat menggunakan aplikasi ini. Dan alangkah lebih baik jika appy geek dihubungkan dengan aplikasi POCKET. Sekurang-kurangnya, boleh juga di-tag dan dibaca kemudian waktu ketika masa lapang atau tiada internet^^


Update: Appy Geek boleh integrate dengan pocket. Maafkan saya^^

Wednesday, 7 November 2012

Thursday, 1 November 2012

Utilize Penggunaan Google Maps


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Lately ni ary selalu guna google maps. Tujuan utama selalunya nak cari jalan. Yelah.. Mana lah nak tahu jalan kalau tak biasa. Tapi tahukah korang sebenarnya selain tunjukkan jalan, banyak lagi yang korang boleh buat dengan Google Maps ni. Antaranya adalah untuk cek TRAFIK.


Pasti ada yang kata ni first time tahu tentang fakta cek trafik guna googlee maps kan? Korang hanya perlu tick traffic di kotak bahagian tepi map tu. Kalau hijau tu maknanya laluan tu lengang dan boleh pandu laju. Kalau merah, maknanya kereta bergerak perlahan.




Banyak lagi sebenarnya kegunaan Google Maps. Cuma perlu rajin-rajinkan diri untuk menggodek. Hehehe. Tapi zaman sekrang ni orang pakai GPS je. GPS tak perlu pakai internet. Google Maps pula memerlukan internet.


Apapun, utilize the technology^^

Friday, 26 October 2012

savevid.com - Alternatif Download Video dari Youtube


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang


Rata-rata kawan ary menggunakan Youtube Downloader untuk download video dari youtube. Tak kurang juga kawan ary yang menggunakan Internet Download Manager (IDM). Dua-dua ary pernah guna. Youtube Downloader ary guna waktu sekolah menengah dan IDM digunakan selepas masuk U. Bezanya, download menggunakan IDM adalah lebih devasss dan laju^^


Savevid.com - alternatif lain yang boleh digunakan untuk download video dari youtube. Berbanding youtube downloader dan IDM, savevid.com tidak memerlukan apa-apa aplikasi di-install ke dalam lappy. Cuma perlu update dan install java je if lappy anda tiada java. Atau dalam erti kata lain adalah, ia merupakan downloader online. 


Langkah untuk download menggunakan savevid.com adalah mudah semudah A.B.C! HahahaXD  Cuma perlu copy+paste link URL video yang hendak didownload dan klik lah download dengan gumbiranya. 




Kemudian, akan ada loading dan pop-up window"Run This Application". Just klik Run. Pilih format video yang korang nak download, dan selepas beberapa klik teknikal yang dilakukan, video akan di-download. Kelajuan meng-download tidak dapat dikenal pasti^^ 




Apapun, Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat mereka. Aidiladha makin kurang dirasai. Mungkin dirasai mereka-mereka yang mempunyai keluarga yang menunaikan ibadah haji dan membuat korban. Akhir kata, Lov U^^  * tetiba menggedik.

Wednesday, 26 September 2012

Local Disk (D:) Hilang Selepas Bertukar ke Windows8


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Ary sebenarnya nak cerita pasal kereta, tapi memandangkan kerajinan melukis itu tak ada, ary nak kongsi solution penyelesaian masalah yang ary hadapi dan ary berjaya selesaikannya sendiri^^  Hungga! Local disk kedua, ary gunakan untuk simpan artwork, movie, game dan sewaktu dengannya. Tujuan adalah untuk meringankan Local Disk pertama yang mengandungi windows dan program files. 



Masalah yang Timbul selepas Windows7 Digantikan kepada Windows8

Selepas ary format laptop, ary menyedari yang hanya ada 1local disk yang bersaiz 151GB sahaja di bahagian komputer. Mana pulak perginya local disk kedua???? Waktu tu memang kalut lah bila fikir memori lappy tinggal sikit. Mana boleh bergantung pada hanya satu local disk sahaja.



Kebetulan, ary terjumpa petikan orang lain yang turut mengalami masalah yang sama di sini. 



Penyelesaian Masalah


Computer Management  >>  Storage  >>  Disk Management


Korang akan lihat ada satu hard disk yang tidak bernama bersama-sama dengan local hard disk pertama tadi. Dan local hard disk tersebut 100% free - kosong. Itulah sebenarnya local disk kedua korang. 


Right-click pada hard disk tidak bernama itu dan klik Change Drive Letters and Paths... 



Akan ada pop-up windows dan sila tekan add bagi memilih paths local disk kedua korang tu. Suka hati korang lah kalau nak pilih (Y:) or (Z:) pun. Kalau ada lah kan? :P



Lepas klik OK, ta-daaa!  Welcome back! 



Tuesday, 25 September 2012

Windows8 Saingan Android sebagai OS - Part 2


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat sebelum tidur^^


Samsung telah mencipta sejarah apabila berjaya mengalahkan jualan dari syarikat telefon bimbit yang lain apabila syarikat tersebut memperkenalkan android sebagai OS telefon bimbit. Kepada yang masih baru dalam bidang teknologi, OS stands for operating system atau dalam bahasa melayunya sistem operasi. 




Semasa sedang explore windows8, ary merasakan bahawa microsoft juga ingin mewujudkan fenomena penggunaan windows phone yang confirm-confirm menggunakan windows sebagai OS. Windows8 sangat sesuai untuk peralatan mudah alih dan skrin sentuh seperti telefon bimbit, tablet, etc.


Speed / Kelajuan
Seperti mana android yang bertindak balas dengan laju apabila jari menyentuh skrin, begitu juga yang di-adapt windows8. Memang korang akan terasa laptop korang ringan je. Operasi yang dilakukan sistem tersangatlah lajunya. Ini memang ketara kalau dibandingkan dengan windows yang terdahulu.


Interface
Unique. Bukan nurdani yang younique mahupun unique Glee. Tapi itulah first impression ary semasa pertama kali melihat interface windows8. Apa yang uniknya? Lu tengok lah sendiri:P


START


Desktop
Kalau korang perasan, di bahagian dekstop, TIADA butang start/menu. Ini kerana, ianya telah dialihkan di bahagian tepi dan telah disembunyikan. Cursor perlu diletakkan di bucu bahagian kanan korang dan start menu korang akan kelihatan. Pada awalnya, memang rasa janggal tapi lama-lama korang akan terbiasa dengan sendirinya. 


Lawa kan interface dia? Hehehe. Ary percaya pasti ramai ge-girl kat luar sana dah terpaut hati nak tukar ke windows8. Tapi ary tak habis cerita lagi ni.. 


To be continued..

Monday, 6 August 2012

What your Birthday says about your Career?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Facebook ada macam-macam application yang mengarut-ngarut dan ary sangat suka untuk cuba application-application tersebut. Hari ni, ary cuba application What your Birthday Says about your Career? Dan resultnya:




Terus-terang.. Hampir kesemua career yang di-state dalam result tu pernah ada dalam angan ary. Kecuali veterinarians dan sportspeople. Sebab ary tak suka sukan-sukan ni. So, memang confirm OUT OF LIST:P Nak cuba? Klik sini^^

Friday, 6 July 2012

QR Code untuk Kegunaan Pemalas Sahaja


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari.


Semalam, kononnya ary pos sesuatu menggunakan qr code. Pesanan rahsia lah kononnya. Tapi saja je sebenarnya. Untuk me-unik-kan isi yang membosankan. Huhuhu.


QR code merupakan singkatan quick response code. Jadi, dengan hanya scan code tersebut, korang dah boleh retrieve url atau mesej yang cuba disampaikan. Macam code yang ada dalam entri pesanan rahsia tu, ary cuma tulis text. Penggunaan qr code yang berasal dari negara Jepun ini dijangka dapat memudahkan manusia. 




Dunia dah makin canggih kan? Dari handphone 3310, beralih ke handphone skrin berwarna, kemudian yang ada kamera 2.0MP. Tup tup la ni android phone atau smartphone mula melambak-lambak di pasaran. Jadi, dunia yang makin canggih ni memberi ruang untuk qr code memudahkan lagi manusia yang rasanya makin malas ni^^  Eh? Malas hapenye kan? Dah ada kemudahan, baik kita guna^^


Ary guna aplikasi QR Droid untuk scan code ini. Rasanya banyak lagi aplikasi lain. Dan untuk buat qr code itu sendiri, korang boleh cuba qrstuff.com. Nanti boleh letak contact di sidebar macam ary buat tu^^ 


Apapun, masih ada lagi disadvantage adanya qr code ni biarpun ramai syarikat yang berebut membuat promosi menggunakan qr code ni. Ianya adalah disebabkan masalah bilangan orang yang dapat membaca mesej yang cuba disampaikan. Bukan semua orang ada smartphone kan? 

Friday, 4 May 2012

Android: Semuanya Ada di Dalam POCKET!


Kalau dulu instagram menjadi TREND buat mereka yang gila KAMERA, kali ini ary rasa pocket akan menjadi trend baru. Aplikasi POCKET ini berjaya menarik perhatian ary dengan fungsinya yang berguna buat ary.




Dengan Pocket, ary mampu untuk SAVE laman web yang ary tak sempat nak baca atau suka baca berulang-ulang dan kemudian, ary boleh akses secara offline. No internet required. However, perlu save terlebih dahulu. Bukan save the url ke aplikasi pocket eh tapi save di aplikasi pocket itu sendiri. *nanti bila dah try, korang faham lah apa yang ary cakap ni


Korang juga boleh save video dalam pocket, namun begitu, untuk memainkan video tersebut, internet masih diperlukan. Pendek kata, korang boleh simpan semuanya dalam poket korang^^


Aplikasi Pocket ni ala-ala aplikasi Spool juga. Apa yang membezakan antara Spool dan Pocket adalah Spool ada laman sosial sendiri macam instagram lah. So, tahap privasi agak kurang apabila orang tahu artikel apa yang dibaca dan gambar apa yang dilihat, etc. Mana 1 yang best? Try dan korang akan tahu mana yang korang lebih suka^^

Tuesday, 14 February 2012

[Android] Sketch N Draw

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Ini merupakan kali pertama ary menulis jadi mohon maaf jika ada yang tidak kena sepanjang penulisan ary. Hari ini ary nak berkongsi satu application yang boleh digunakan untuk para penconteng Android. Ary dah lama tahu tentang application ni tapi baru ada kesempatan untuk berkongsi. Software yang ary maksudkan ialah Sketch and Draw.


Sketch and Draw merupakan aplikasi di mana korang boleh melukis di telefon bimbit korang. Jadi, tak payah lah tunggu sampai ada Galaxy Note. Kini korang mampu untuk melukis di mana sahaja! Untuk download, boleh download through phone di android market.

Antara hasil contengan ary:

#Seronok juga berblogging ni 
hasil tulisan arisyalee.blogspot.com