Minggu ni ary google 'restoran sedap kawasan bangsar'. Biasalah... Saja-saja nak test makan di tempat baru. Makan di tempat sama setiap minggu pun bosan juga kan? Seminggu sekali jamu selera di tempat baru, apa salah nya.
Destinasi pilihan kali ini merupakan Restoran Rebung Chef Ismail. Lokasinya adalah berdekatan LRT Bangsar dan terletak berhadapan Wisma Volkswagen. Ary pi nek LRT ja..
Di sini, korang boleh pilih whether nak makan buffet atau ala-carte. Jadi, ary memilih untuk buffet. Tak tanya harga pun, waktu tu. Men bedal je. Dalam hati, hope duit dalam poket ni cukup ler nak bayar bil nanti.
Selepas solat Maghrib di surau yang disediakan, ary dan teman pun mula menikmati makanan yang disediakan.
Overall makanan di situ adalah makanan kampung. Kata teman, ala-ala negeri sembilan makanan kat situ. Memang banyak pilihan untuk lauk-pauk. Sedap pun sedap. Ulam pun berjenis-jenis. Sambal belacan, cencalok, budu pun ada. Macam hotel lah juga.
Selain nasi putih, ada juga disediakan nasi tomato kottt... entah. tak try pula. Hehe. Nasi lemak pun ada you allsss... Selain nasi campur, they got laksa penang, char kuey teow *xdone nak makan*, ayam dan ikan bakar, sate, nasi impit, kuih-muih, rojak, abc, etc.. *banyak nau ntuk ditulis*
Namun begitu, untuk buffet, hanya abc, plain water, tea & coffee saja disediakan. Untuk air jus, pelanggan perlu order.
Semasa kami menjamu selera, ada persembahan ala-ala jazz. Lalalala~~ Nak karaoke? Pelanggan di sini pun ada yang karaoke.
Ary luangkan masa lebih kurang 3jam di Restoran Rebung. Dari pukul 7.45 sehingga 10.30 malam.. Lepas habis makan, ary minta bil. Gulllppppp!
2x Buffet Dinner @RM50.00 RM100.00
2x Orange Juice @RM15.50 RM 31.00
Sub Total RM131.00
Service Charge 10% RM 3.10
NET TOTAL RM134.10
Harga untuk buffet tu memang patut pun sebab sedap-sedap belaka lauk dan makanan di situ banyak. Yang ORANGE JUICE tu tak boleh blah. Tercekik aku tengok sampai lima belas hinggit! Wakaka! Nasib bek teman sponsor separuh:P
Apa pun, memang BERBALOI makan di sini. Sebab makanan banyak dan sedap. Tapi, diingatkan supaya tidak order air jus. Hahahaha!
4 comments:
perhhh .. jus oren saje? pengsan ! .. ahahaa . nice , dah ada segmen jalan2 cari makan lak ni . hehe
mak ai.. leh pitam tengok rege ok.. tp kalau sedap takpe gak berbaloi.. kalau rasa mcm warung tepi jalan.. mo sentap ok.. kakakkakkaa..
p/s: komen ini bukan kopipes..kkakaa
Salam.
Adoi ary yaiii..awat mahal sgt,muhuhuhu. Tapi dah ary ckp sedap, kompem berbaloi la dgn hrga yg dibayar, ye tak?
Habistu, jus oren rm15 tu sedap gak?hak3.
Akak, kalau mknn mahal, tak kisah. Tapi lau air pun mahal? macam air MILO ais, beli kat mcd. cett, mentang2lah ada mcm2 cas kt blkgnya, jdi berganda2 harga..kdg2 asa tak patot.
alahai..cam tak berbaloi lak part jus tu..kalau gelas beso takpe gak kan..tapi kalau perut kenyang hati senang kira berbaloi jugaklah kan
Post a Comment