Thursday, 1 November 2012

Utilize Penggunaan Google Maps


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Lately ni ary selalu guna google maps. Tujuan utama selalunya nak cari jalan. Yelah.. Mana lah nak tahu jalan kalau tak biasa. Tapi tahukah korang sebenarnya selain tunjukkan jalan, banyak lagi yang korang boleh buat dengan Google Maps ni. Antaranya adalah untuk cek TRAFIK.


Pasti ada yang kata ni first time tahu tentang fakta cek trafik guna googlee maps kan? Korang hanya perlu tick traffic di kotak bahagian tepi map tu. Kalau hijau tu maknanya laluan tu lengang dan boleh pandu laju. Kalau merah, maknanya kereta bergerak perlahan.




Banyak lagi sebenarnya kegunaan Google Maps. Cuma perlu rajin-rajinkan diri untuk menggodek. Hehehe. Tapi zaman sekrang ni orang pakai GPS je. GPS tak perlu pakai internet. Google Maps pula memerlukan internet.


Apapun, utilize the technology^^

Pengalaman Interview untuk Internship SMART FOCUS Consulting


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Selepas Halim&Lee, Ary mendapat panggilan untuk hadir ke satu temuduga. Kali ini merupakan syarikat konsultan yang terletak di Ampang - SMART FOCUS. Kali ini, temuduga ary mendapat tentangan daripada ibu dan ayah sebab temuduga dijalankan selepas waktu pejabat. Ia merisaukan ibu dan ayah ary. Tapi, kerana kedegilan ary, ary pergi juga. Dengan niat untuk melalui dan menimba pengalaman interview yang berbeza.


Interview kali ini sememangnya berbeza. SANGAT berbeza. Ary diuji tahap kemahiran ary dalam berbahasa inggeris. Pada mulanya, ary diminta untuk menulis esei - How will add value to the organization? Diikuti pula dengan interview lisan oleh eksekutif berkenaan. Dan diakhiri dengan presentation ringkas - My Dream.


Apa yang ary suka tentang interview kali ini, ary mendapat tips daripada ekesekutif berkenaan. Macam-macam tips lah. Tips penonjolan personaliti, tips menaikkan berat badan, tips hilangkan jerawat, etc. Disebabkan eksekutif berkenaan ramah bercerita, ary cuma menganggukkan kepala sambil cuba mengutip moral of the story yang ary boleh dapat dari bebelan eksekutif tersebut.


Apa pula yang ary tidak berkenan adalah keadaan yang mencurigakan. Lokasi Ampang yang memang di tengah bandar terdedah dengan environment yang tidak memberangsangkan. Sedang ary berjalan mencari lokasi interview, ary diusik mat rempit. Cepat-cepat ary berlari masuk ke dalam bangunan berdekatan. 


Selain itu, keadaan ary di-interview tanpa ada sesiapa di dalam pejabat tersebut lebih mencurigakan. Takkan lah cuma mamat tu seorang je yang kerja lebih masa? Ary cuba berlagak cool tapi dalam hati sebenarnya takut woooo... Banyak lagi sebenarnya. Cuma tak perlu lah didedahkan perkara yang kurang baik. Takut-takut apa yang disebarkan itu tidak betul dan menjadi dosa pula.


Memandangkan ary sedang was-was dan curiga dengan syarikat tersebut, maka secara automatiknya ary telah keluarkan dari list. Sekarang hanya perlu tunggu dan beri surat penolakan seandainya ary diberi tawaran. 

Wednesday, 31 October 2012

Meeting & Separating


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat .... (fill in the blank)^^


Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku taknak berpisah
Apakan daya jodoh tiada

Pernah dengar lagu tu? Tak pernah? Macam mana pula dengan lagu kat bawah ni..

Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua?
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita


Tak tahu juga? Hurrrmmmm.. Maknanya tak boleh dikategorikan sebagai orang melayu ni. Hehehe. Jadi topik hari ini adalah Meeting & Separating. Dalam bahasa melayunya adalah Pertemuan & Perpisahan. Ye ke? Kalau gugel translate ary silap, Maafkan saya:P


PERTEMUAN. Pertemuan tidak pernah dirancang dan tidak pernah diketahui. Kita tidak pernah plan dan expect untuk jumpa orang yang kita kenal pada hari ini. 




PERPISAHAN. Perpisahan itu pula pasti. Biarpun kita cuba mengelak dari berlakunya perpisahan. Namun, satu lumrah kehidupan yang kita tidak dapat elak adalah maut. Maka, secara automatiknya berlakulah perpisahan.


Tapi pernah tak kita terfikir kenapa kita takkan pernah tahu kita akan berjumpa seseorang? Dan pernah tak kita terfikir kenapa kita tahu tentang KENYATAAN satu hari nanti kita akan berpisah dengan orang yang kita kenal?

Rabu yang Bisu - Urmmmmm.. Nyam Nyam^^


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat tengahari^^



hasil tulisan arisyalee.blogspot.com