Sunday 22 April 2012

Char Kuey Teow LRT Universiti


Dah lama ary study di UM, baru ary tahu yang di situ ada jual Char Kuey Tiow. Ary pun duduk untuk nikmati keistimewaan Char Kuey Teow bersebelahan Apartmen Vista dan berdekatan LRT Universiti. Yelah.. Ary tengok ramai je tetiap malam. Sedap sangat ke?

Baru je 2-3 minit order char kuey teow Special, char kuey teow kami pun sampai. Urmmmmm~ So far, memang sedap di tekak ary. Bukan setakat char kuey teow, ary dan teman turut order kerang rebus.




Lori char kuey teow bergerak ni cuma jual char kuey teow SAHAJA. Nasi goreng ke.. Mee goreng ke.. Memang takde lar. Korang boleh order samaada nak char kuey teow biasa ataupun special. Bezanya hanyalah kuantiti char kuey teow. Selain itu, ada juga jual kerang rebus dan kerang bakar. 

Apa yang special kat sini? Char Kuey Teow dimasak mengikut pesanan. Maksudnya, jika ada 10pesanan, 10 pesanan itu tidak akan dimasak sekaligus. Tapi char kuey teow tersebut dimasak sepinggan sepinggan. *errr.. paham ke ek?*




Servis cepat. Makanan pun panas-panas. Harga? Kira standard lah. Tak adalah melampau macam makan kat Restoran Rebung Chef Ismail. HUhuhu.

8 comments:

Azhafizah MN said...

alahaii my favourite ni..char kuew teow dan kerang bakar ..ary bile nak belanje fiza ni :p

[sutera kasih] said...

perghhhhh favourite !!

Tinta Lana said...

Salam ary..

Hek?kat ngan Lrt Universiti?salu ada mula kul bpa, nak cuba, nak cuba,hahaha. Bab makan laju aje,hehe.

Lau ary nak, cuba kt foodcourt sek 6, s.alam. Situ sedap gak, time lana blaja, salu gak melahap kat situ..ade kerg rebus gak, tedapppp sgt..heh3..maaf la ary, bab mkn, smua lana ckp sedap,hahaha

Mawardi yunus said...

pergh kerang.. sedp umph

Tinta Lana said...

Oh..mula kul 7? ok gak tu, hehehe.Roger2? InsyaAllah.. :)

Hazmirull Shamsudin said...

sedap kew...???

Unknown said...

ada jugak macam tu eh? wow! eh , kerang sedap tak?

Amanina said...

slupp. favourite saya nih. wahaha, terliur terliur :DD

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com