Friday 20 April 2012

Sesatnya Seorang Mualaf


Terdetik di hati ary untuk berkongsi satu detik yang sangat berharga buat ary. Pada masa itu, ary dan beberapa orang rakan menjengah ke kawasan Bukit Bintang area pukul 3 pagi. Apa yang kami temu? 




Kami tertarik dengan seorang wanita berpakaian lengkap hitam menutupi tubuh dan kepalanya. Apa yang membuat kami duduk dan berbual dengannya merupakan buku yang dipenuhi kalimah-kalimah memuji Allah. Dan lebih mengagumkan lagi kalimah tersebut terdapat tulisan-tulisan kecil memuji Allah.

Jadi, kami berborak dengan makcik tersebut. Menanyakan apa yang ada di sebalik kalimah tersebut. Kami turut nyatakan asal makcik tersebut. Makcik ini rupanya merupakan seorang mualaf. katanya dia belajar islam dari serata negara. *wallahualam kebenarannya*




Namun, kami dapati bahawa makcik ini mula terpesong apabila dia mengatakan bahawa tidak perlu percaya atau BERIMAN pada Allah dan boleh menggunakan kalimah itu hanya untuk mencari kemewahan tanpa perlu beramal. 

Pada pendapat ary, makcik ini pastinya tidak mendapat bimbingan dari pihak yang sepatutnya dan hanya belajar Islam sendiri sahaja. Itu mungkin boleh menyebabkan makcik ini terpesong dari kefahaman Islam itu sendiri. Orang kata, malu bertanya, sesat jalan. 

Semoga akan ada pihak yang membantu makcik ini untuk mengenali Islam yang sebenar. Amin.

14 comments:

Unknown said...

harapnya ada yang nak membantu. nanti pulak tersebar ke orang lain, payah juga :')

[sutera kasih] said...

semoga makcik tu temui bimbingan yg sebenar..

adan said...

kesiannya tgk.. patut ada yg membimbing beliau..

Unknown said...

dgn sapakah dia belajar islam d serata negara itu? smoga ada yg membimbing dgn ilmu islam yg sebenar

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

ary n kawan2 ke yg bertanya? Woww..em..pa pun, kena siasat latar belakang makcik ni dulu.. baru boleh buat kesimpulan..

Mudah2an Allah menolongnya..kalau dia benar2 Mualaf..kalau bukan sekalipun, moga Allah menghantar padanya mana2 hambaNya yg boleh membantu makcik ni..

Lya Amie said...

mudah mudahan ada yang akan membimbing makcik ni .. kena selamatkan rakan islam kite ..

Unknown said...

agree wif Tinta Lana.
apapun, tahniah tuk korang diatas pendedahan ini.

Ezad Skytech said...

semoga ada yg dpt membimbing makcik ni...

Zehan Ilyana said...

kesiannya makcik ni...moga ada yang dapat membimbing...

Unknown said...

ary yang tanya ea? wah . dah macam wartwan pun ada .. apapun , semoga mak cik ni di beri bimbingan yang betul .. hmm ..

Azhafizah MN said...

tak berkesempatan nak tengok video tu..internet slow..harap harap makcik tu tak terus terpesong..

Eera Shera said...

smoga Allah beri dia hidayah amin

Nisa said...

Patut bawa mak cik ini ke PERKIM, di situ, mereka ada menawarkan kelas bagi muallaf (tak silap sayalah).

Semoga Allah SWT memberikan dia bimbingan.

Akupenghibur.com said...

ermm hidayah ALLAH dudah di dapatkan tapi tak ada yang membimbing ..susah tu ..ramai2 doakan semoga mak cik tu selamat hari hasutan syaitan laktullah

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com