Monday, 14 May 2012

Aspek Perlu Difikirkan Sebelum Berbelanja


Ary akan mengambil kamera LOMO sebagai contoh. Sekarang ni ary rasakan LOMO camera ni dah macam satu trend segmen pula. Ramai je yang ada buat GA lomo camera. Soalan yang terlintas di fikiran ary-Kenapa orang berebut nak lomo camera sedangkan secara manually kita dah boleh edit photo tersebut menjadi lomo effect? 




Ary sebenarnya nak juga memiliki sebuah kamera lomo ni. Tapi, sebelum ary beli, ada beberapa perkara yang ary perlu fikirkan. Antaranya:


KOS 
Kos untuk membeli sebuah kamera lomo adalah rendah berbanding beli sebuah DSLR. Namun, kos diperlukan untuk membeli filem dan mencuci filem tersebut. Berbanding dengan hanya menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit/ kamera digital. Gambar boleh diedit dan disimpan salinan nya. Penjimatan berlaku di situ. Di sini, ada dua kos perlu difikirkan iaitu kos lepas dan juga kos membeli.

TUJUAN
Kenapa ary nak beli kamera lomo? Apakah ary akan benar-benar menggunakan sebaiknya atau hanya sekejap saja pengaruh kamera lomo itu pada ary? Persoalan sebenar adalah : Apakah ia satu keperluan atau kehendak?  Jika ianya hanya kehendak, adakah bila ary beli kamera lomo tersebut, bajet kewangan ary akan terganggu? 


Secara kesimpulannya, sebelum melakukan pelaburan wang ke atas sesuatu, semua balik semula pada aspek OBJEKTIF dan BAJET. Objektif - Kenapa beli? ; Bajet - Ada peruntukan kewangan untuk itu atau tidak?


Korang pula macam mana? Type yang akan berfikir sebelum beli atau terus je 'sapu' bila dah nampak??

4 comments:

Mya Mashudi said...

kerengga nak fujifilm instax mini .. >.<

Unknown said...

camera ni besttt! dulu eyfa minat lomo skrg dh kureng.

eyfa selalu main sapu je dulu. pastu dh dapat xguna pun. then menyesal.

Anonymous said...

ya, setuju ! mula2 ayu dgr pasal lomo guna filem pun, ayu dah tak berminat.. menyusahkan. Tapi ni pendapat ayu, org lain mgkin ada pendapat lain

Riswin Zahari said...

kalo banyak duit, sapuuu je =P

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com