Seperti yang pernah ary state dalam entri ini, kali ini, ary tertarik dengan cover majalah In Trend untuk bulan Mei 2012 ni. Bagi ary, bila ary melihat cover majalah ni, ary dah terbayang satu cerita drama fiksyen dalam kepala ary.
Ceritanya berkaitan 7 orang sahabat baik sejak menuntut di universiti lagi. Namun, tanpa disedari, Nazim menaruh hati pada Izara Aishah dan tanpa Nazim sedari juga, Sharifah Sakinah juga turut menaruh perasaan padanya.
Pergolakan hubungan keluarga yang dialami Sharnaaz dan masalah jiwa yang dihadapi Anzalna akibat dirogol oleh abangnya sendiri membuatkan hubungan persahabatan antara mereka bertambah keruh. Amar dan Elfira cuba untuk membantu rakan-rakan mereka yang tersepit namun mereka sendiri tidak mampu untuk melakukannya.
Fuhhhh.... Gila tragis penghayatan ary. Klise kan pemikiran ary?? Ni kes dah terlampau banyak tengok cerita drama Melayu= ="
Ary memang dari dulu kuat berangan. Tapi angan-angan ary itulah yang membuatkan ary asyik nak menaip dan terus menaip. Tapi selalunya cerita yang ary tulis tiada akhirnya. Bila lah ary dapat menemui pengakhiran jalan cerita ary sendiri?
Sumber gambar kali ini adalah dari laman fanpage FB InTrend ^^
3 comments:
boleh buat segmen...create ur own ending for the story...hihi
cantik mag cover tu..fiza suka juga!
Salam ary..
Ary, idea dah ada, tulis je dulu, kat mana2. Siapa tahu, satu masa, Dia tunjukkan jalan.. tetiba ary jdi novelis berjaya, mana lah tau kan? :)
Tak tragis la..ok le tu, hak3. Lana pun kuat berangan gak, memacam nak jadi.. nak jadi superheroin pun ado,hahahaha
Post a Comment