Sunday, 6 May 2012

Warung Aneka Penyet, Pasar Seni


Kalau nak makan ayam penyet je, ary akan datang ke Pasar Seni. Pasar Seni ni dulu tempat favourite ayah ary. Selalu dia datang sini untuk tengok orang melukis waktu dia bujang-bujang dulu. Sampai sekarang pun, bila dia naik KL, dia akan pergi Pasar Seni. *tetiba tukar topik.




Warung Aneka Penyet ni ada menjual beberapa jenis makanan tradisi Indonesia. Sesuai dengan tagline yang digunakan iaitu - truly Indonesia. Antaranya makanan yang penyet-penyet belaka, gado-gado dan Ikan Bakar. Tapi bila ke Pasar Seni, memang ary cari ayam penyet sahaja. Lepas tu, order float di booth minuman. Memang menu tetap^^


Harga dia pun standard. Satu set ayam penyet bersama nasi putih hanya berharga RM7.50. Rasa dia memang menepati tekak ary since sambal yang di-provide memang tahap HOT punya. Apa yang membuatkan servis di sini dikategorikan baik adalah ayam, tauhu dan tempe akan dipanaskan semula selepas order dibuat. 


Jadi, bila berlegar-legar di Pasar Seni atau Masjid Jamek, bolehlah menyinggah makan ayam penyet^^

3 comments:

Tinta Lana said...

Salam..dalam pasar seni ke ary? Hoh, mesti pi! Lana biasanya makan kt kedai mamak yg kat luar Centrl Market tu, ala, yang dekat ngan kfc tu.hehehe

Noor Maizan said...

wah masakan indonesia ke? bolehlah try nanti ....

Unknown said...

jangan kata berlegar .. nak jejak kaki ke semenanjung pun payah rasanya . hehe

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com